Tips tinggalkan makanan kucing bila bercuti
Setiap kali nak balik kampung untuk tempoh masa yang lama, pasti risau nak tinggalkan anak-anak kucing di rumah ni. Bukan apa, depa-depa ni memang tidur di luar rumah bahagian belakang rumah berbumbung tu, cuma risau bab makanan. Selalunya bila nak balik raya lah kan yang sering kali ambil masa paling tidak pun seminggu. Risau sangat bekalan makanan depa habis sebelum kita sempat balik.
Selalunya ana beli makanan kering kucing tu dan isi kan dalam beberapa bekas dengan harapan dapatlah bekalan paling tidak mencukupi untuk dua tiga hari. Siap pesan lagi, makan sikit-sikit tau, mama lima hari baru balik. Ermm... agak-agak depa faham ke ye :) Takut sekali hadap selesai semua di makan, esok lusa lapar lah pulak.. Allahu tu yang paling duk risau sangat, sehingga bertawakal lah pada Allah swt.
Tips tinggalkan makanan kucing bila bercuti
Nak hantar pet hotel bagai tak mampu, sebabnya kami ni hanya termampu nak bagi makan dan tempat tidur sahaja setakad ni. Bukan murah harga nak hantar hotel kucing ni, tambah lah kucing ana ni kucing jalanan jer, nak duk hotel bagai tu kena kucing yang ada vaksin , bukan taraf korang lah anak-anak bulus.
Bila ana terbaca perkongsian dari salah seorang ahli Kelab Peminat Kucing di Facebook , macam menarik sangat idea dia. Haa.. bolehlah praktik kan ye tak. Bahan pun dari bahan terpakai sahaja ni. In shaa Allah lepas ni ana nak cuba buat sendiri bekas stok makanan kucing untuk di tinggalkan bila kita tak ada di rumah. Tak kiralah bercuti ke balik kampung ke. Boleh lah siap-siap isi.
Dari foto di bawah, nampak macam pemiliknya menggunakan 1 bekas balang plastik bertutup dan satu bekas aiskrim bersaiz besar tu. Nampak macam di tebuk balang plastik tu di bahagian bawah muat-muat untuk slot kan bekas aiskrim tu, kan. Kemudian isi lah balang plastik dengan makanan kering kucing. Bila miaw2 makan , stok makanan kering dari balang plastik tu akan turun dengan sendiri nya. Satu inovasi idea yang sangat bernas. Bolah lah kita sama-sama cuba nanti. Terima kasih buat pemilik gambar dan idea nya, ana tak dapat nak tag sebab bila cari balik posting ni dah tak jumpa. Kalau ada boleh lah tinggalkan link di ruang komen , ana akan kredit kan semula nanti. In Shaa Allah.
7 Comments
menarik ni kak ana. kalau mudah nak diangkut sahaja balik kampung tapi banyak pulak kekangan. Jaga diri ye anak-anak bulus
ReplyDeletesusah gak Sal nak bawa balik tak muat kereta dengan sangkar depa sat gi takut hilang lak kat kampung depa sesat ke kan kalau tak bawa sangkar hehe :)
DeleteUishh kretif nau ya otak2 manusia ni. Takyah risau dah lpasni nak tggal cat dkt rumah kalau ada nak kena pegi mana2
ReplyDeletetu tak kreatif dan inovatif sangat hehe :) tapi bermanfaat ni Ain :)
Deleteana bela kucing berapa ekor??
ReplyDeleteada enam ekor tapi tak lah membela cuma bagi makan dan tempat tidur je belakang rumah tu IL :)
Deletemenarik idea ni. tapi takut lemau pula. kalau tinggal lama-lama kan.
ReplyDelete