Lama juga pokok belimbing buluh kami ni tak berbuah. Macam merajuk agaknya. Suami dah cantas-cantas juga dahannya tak juga berbuah. Last-last suami siram baja yang jiran kami bagi, baja cecair , nampaknya macam serasi berbuah semula beberapa biji di dahan. Seronok sangat rasanya, Alhamdulillah. Pagi tadi petik dah masak dengan telur itik buat gulai lemak, goreng ikan sepat masin. Nikmat yang di syukuri. 




Masa keliling pokok nak petik buah belimbing buluh ni nampak lah beberapa dahan mengeluarkan bunga. In Shaa Allah kalau lekat, banyaklah lagi buahnya akan muncul kan. Inilah bunga belimbing buluh bagi yang tak pernah melihat warna merah. Kalau bunga belimbing besi warna ungu macam yang pernah ana tunjukkan di SINI . Semoga tak jatuh lah kan bunganya sebab sekarang ni musim hujan, kalau ada rezeki nanti adalah tu. 




Pokok pisang emas dan pisang apa tah namanya ni pun ada dua tandan dah berbuah. Sikit lagi boleh lah tebang dan peram. Selalunya ana sedekah jiran-jiran juga pisang ni sebab banyak kan. Kami ni jenis tanam belakang rumah dan dah pesan siap-siap siapa jiran nak masak atau makan ambil je. Seronok-seronok sahaja sebenarnya sambil isi masa lapang dan ruang tanah sekangkang kera yang ada tu kita manfaatkan bersama. Ada hasil kita kongsikan bersama, Alhamdulillah. 




Haa.. hat ni mangga Abang Yahya, jiran kami pun sedang rancak bertangkai-tangkai buahnya. Pelam telur ni kan, masam boleh tahan gak hat yang muda ni, Dah dekat-dekat nak masak nanti bolehlah ambil, barulah sedap di makan. 




Buah limau kasturi pun banyak berbuah, cuma buah mulberi je tak berapa banyak lagi sebab baru lepas ana petik beberapa minggu lepas ketika anak-anak ada di rumah. Depa suka buat jus. Ni baru nampak ada tunas-tunas kecil muncul. Itu pun lepas ana cantas dahan-dahan pokok mulberi tu baru naik cabang baru dan berbunga serta berbuah. 

22 Comments

  1. sedapnya belimbing buluh! wat sambal itam.. kecur air liur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana belum pernah lagi buat sambal hitam ezy sebab buahnya tak berapa nak lebat :)

      Delete
  2. terus teringat sambal itam arwah mak kawan ammi

    ReplyDelete
  3. wahh.. macam2 pokok buah ada kat rumah kak ana ye.. best kalau rumah ada extra tanah.. boleh tanam macam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala benda kak ana nak tanam kat ruang yang kecil ni dillah hehe :)

      Delete
  4. Lama x makan belimbing buluh... Rumah mak dah kena tebang😅

    ReplyDelete
  5. meriah bila tanaman berbuah tu..bole collect hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mama bila time menuai tu seronok bukan main hehe :)

      Delete
  6. Alhamdulillah..pokok mulberi PC baru berbuah sekali kak..ambil benih daripada kampung..suka makan macam tu je..masam manis.Seronok kan kak bila pokok buah-buahan mengeluarkan hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti PC cantas dahan mulberi tu baru dia tumbuh dahan baru dan berbuah semula kay :)

      Delete
  7. Kalau orang suka buat sambal hitam, kakcik pula suka belimbing buluh masak lemak dengan ikan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kakcik sambal hitam pun sedap, masak lemak pun sedap kan :)

      Delete
  8. sedapnya lauk tolo itik gulai lemak campur belimbing buloh!

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak jumpa belimbing buluh ni AJ..dah tak ingat bila sy last makan..hihi
    berbuah lebat tu..meriah tanaman..

    ReplyDelete
  10. AJ suka kongsi dengan jiran ya...sama dgn akak.Suka2 je tanam bukan untuk jual .
    Lepas ni belimbing buloh tu pasti berbuah lebat.

    ReplyDelete
  11. Macam-macam pokok buah ada kat rumah akak. Jimat duit tak perlu beli buah.

    ReplyDelete