Buah belimbing besi antara yang kian di lupakan

Ketika ana di rumah adik di Seri Manjung baru-baru ni, terpandang lah sepohon pokok rendang di hadapan rumah jirannya. Ada rantaian bunga-bunga halus nampak cantik di dahan, ana tanya pada anak-anak, bunga buah apa ni ? Dua-dua pun tak tahu.. Bila ana selak di celah-celah daun nampaklah buahnya. Owh!! Buah starfruit ibu.. Belimbing kan.. 

Anak-anak yang di besarkan di bandar, gitu lah kan, buah nya kenal, pokok dan bunga tak kenal. Bukan salah mereka pun, persekitaran kehidupan yang berbeza antara kita dan mereka. Jadi bila ada kesempatan waktu yang di pinjamkanNya, bertemu dengan alam yang pernah sebati dalam kehidupan kita, kenal-kenal kan lah pada anak-anak. Tambahkan ilmu kehidupan ini dengan pengalaman bukan sekadar kenal dari gambar di dunia maya. 


bunga buah belimbing besi 


Buah belimbing besi 



Ana sendiri pun dah lama benar tak makan buah belimbing besi ni. Nak jumpa di pasaraya pun tak banyak. Pasar basah mungkin ada tapi kami di sini jarang ke pasar basah. Kalau beli lauk pun di kedai Acheh, barang dapur pasti nya ke pasaraya. Pasar tani pun jarang nampak buah belimbing kampung macam ni, kalau ada yang di usaha kan secara komersil tu, besar-besar dan cantik buahnya. 

Rasa macam nak ke nurseri Sungai Buloh pula nak cari benih anak belimbing besi. Belimbing buluh ada sepokok di kebun belakang rumah ana ni, cuma dah kurang berbuah. Belimbing besi ni dahulu, kami kait je dari dahan pokok belakang bilik mandi rumah arwah Tok. Gosok-gosok kat baju, ngap terus. Ye lah pokok kampung mana ada sembur racun serangga atau berbaja apa pun, tumbuh sendiri je la kat situ, tapi tetap berbuah. Tapi kan zaman kanak-kanak dulu tak fikir pun bab-bab bahan kimia racun serangga bagai ni, tahu ambik ngap jer hehe :) Dan sifat Allah swt yang Maha Penyayang tu, elok je sihat anak-anak kampung masa tu, kan. 


buah belimbing besi 


Buah belimbing besi ni tawar je rasanya, manis-manis buah gitu. Kalau buat jus sedap juga kan, buh secubit garam dalam nya baru kaw!! Kalau tak pun kami cicah dengan kicap dan gula pun dah jadi kudapan bawah pokok atas pangkin beramai-ramai di waktu petang. 

Ada juga ana terbaca pelbagai khasiat dari buah belimbing besi ni. Daripada buah sampailah ke daun belimbing besi ni di katakan ada khasiat untuk rawatan tradisional lama. Hat tu korang kena cari sendiri lah kan, ana kalau tak mencuba sendiri dan lihat keberkesanannya jarang nak tulis. Tapi ana percaya, zaman dahulu memang orang tua-tua menggunakan sumber alam di sekitar kehidupan untuk merawat pelbagai penyakit ringan. Maklumlah nak hospital atau klinik ada lokasinya yang agak jauh. Jadi dengan pengalaman hidup ini mereka menggunakan sumber alam sebagai rawatan alternatif. Dan dengan izin Allah swt, ia sembuh maka tercetuslah pelbagai petua dan cara rawatan alternatif dari tumbuhan di sekitar rumah. Waallahu a'lam. 


Buah belimbing besi antara yang kian di lupakan Buah belimbing besi antara yang kian di lupakan Reviewed by AJ on July 04, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Replies
    1. owh ye ke Anum. Kak AJ tahu makan je hehe :)

      Delete
  2. sedapnya buah belimbing nie.. suka makan dengan garam..

    ReplyDelete
  3. memang dah lama sangat tak makan buah belimbing besi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Aryan kan lama dah tak makan buah belimbing :)

      Delete
  4. Cantiknya bunga dia. Betul, jarang-jarang dah dengar pasal buah ni. Nak nampak pun susah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan Syaza, lama dah tak makan buah belimbing kan :)

      Delete
  5. Sekarang orang tanam untuk ternakan kelulut.

    ReplyDelete
  6. Banyak khasiat buah ni, sedap pulak tu


    Jual Rumah Di Bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada juga yang kata banyak khasiat buah belimbing ni :)

      Delete
  7. Sedap.. Fav saya ni.. Tabur garam Pastu ngappp

    ReplyDelete
  8. aida ni x kira buah apa, semua nyer suka.
    ni jarang dpt, AJ.
    payah nak mencari.
    bukan dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Aida bimbang lama-lama nanti kian dilupakan :(

      Delete

Powered by Blogger.