Mengambil inspirasi dari instafamous masakan kesayangan ramai siapa lagi kalau bukan KhairulAming lerr.. Adik Ika balik kali ini dia pun buatlah chicken popcorn bercheese ni untuk menu makan malam kami. Macam selalu, kami suka olah semula resepi ni ikut bahan yang ada di kabinet dapur. Sedap juga hasilnya sebagai snack atau pun kudapan ratah-ratah sekeluarga. Makan malam kami selalunya yang ringan-ringan jer pun. 




Jom ana kongsikan semula resepi mudah dan sempoi chicken popcorn bersos cheese yang pekat dan yummeh sangat ni: 



Resepi dan cara buat cheezy chicken popcorn  


Bahan-bahan untuk chicken popcorn :

Isi ayam ataupun ayam biasa pun boleh tapi kena perisi kannya dan potong kecil-kecil
Tepung goreng serbaguna - instant pun boleh jer
Telur putih 
Lada sulah
Secubit garam 
Minyak untuk menggoreng 

Cara buat chicken popcorn :

1. Ayam tu bersihkan dan ambil dagingnya sahaja tanpa tulang. Potong kiub kecil-kecil.

2. Celup ke dalam putih telur yang di dadar seketika.



3. Salutkan dengan tepung serbaguna yang di campur dengan lada sulah dan garam.

4. Goreng dalam api perlahan sehingga garing.

5. Angkat dan toskan minyak.

Resepi dan cara buat Sos Cheezy Cheese 


Bahan-bahan : 

Mentega dalam sesudu
4 keping cheddar cheese 
Susu segar dalam 1 cawan 
Tepung gandum 1 sudu 




Cara masak cheezy cheese :

1. Panaskan mentega dalam periuk kecil.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau guna whisk sebati.

3. Masukkan susu segar dan kacau jangan sampai meruap keluar.

4. Akhir sekali masukkan kepingan cheddar cheese dan biarkan masak hingga pekat. Sejukkan dan sedia untuk di makan.




Korang boleh tuang ke atas chicken popcorn tadi atau makan sebagai dipping sos. Ikut lah selera masing-masing kan. Selamat mencuba :) 

18 Comments

  1. Nice sharing. Boleh try nanti. Tak payah beli kat luar :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka cheese tapi belum pernah rasa cheezy chicken popcorn.
    Next time boleh suruh mama cuba resepi ini..

    ReplyDelete
  3. Boleh try ni.tq ana share resepi

    ReplyDelete
  4. ammi suka sgt tgk video si KhairulAming tu. mcm senang je dia masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ammi, kak ana pun suka sangat resepi dia pun mudah2 je nak buat :)

      Delete
  5. kalau masak cis tu aje pun sodap. kalau anak sy dia buat ayam korea dengan pop corn ciken tu. sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sedap kan juga tu ayam spicy korea tu kan IL :)

      Delete
  6. Sedapnya.. buat sendiri lebih puas hati kan kak ana..

    ReplyDelete