Cheezy Chicken Popcorn resepi paling mudah
Mengambil inspirasi dari instafamous masakan kesayangan ramai siapa lagi kalau bukan KhairulAming lerr.. Adik Ika balik kali ini dia pun buatlah chicken popcorn bercheese ni untuk menu makan malam kami. Macam selalu, kami suka olah semula resepi ni ikut bahan yang ada di kabinet dapur. Sedap juga hasilnya sebagai snack atau pun kudapan ratah-ratah sekeluarga. Makan malam kami selalunya yang ringan-ringan jer pun.
Jom ana kongsikan semula resepi mudah dan sempoi chicken popcorn bersos cheese yang pekat dan yummeh sangat ni:
Resepi dan cara buat cheezy chicken popcorn
Bahan-bahan untuk chicken popcorn :
Isi ayam ataupun ayam biasa pun boleh tapi kena perisi kannya dan potong kecil-kecil
Tepung goreng serbaguna - instant pun boleh jer
Telur putih
Lada sulah
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara buat chicken popcorn :
1. Ayam tu bersihkan dan ambil dagingnya sahaja tanpa tulang. Potong kiub kecil-kecil.
2. Celup ke dalam putih telur yang di dadar seketika.
3. Salutkan dengan tepung serbaguna yang di campur dengan lada sulah dan garam.
4. Goreng dalam api perlahan sehingga garing.
5. Angkat dan toskan minyak.
Resepi dan cara buat Sos Cheezy Cheese
Bahan-bahan :
Mentega dalam sesudu
4 keping cheddar cheese
Susu segar dalam 1 cawan
Tepung gandum 1 sudu
Cara masak cheezy cheese :
1. Panaskan mentega dalam periuk kecil.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau guna whisk sebati.
3. Masukkan susu segar dan kacau jangan sampai meruap keluar.
4. Akhir sekali masukkan kepingan cheddar cheese dan biarkan masak hingga pekat. Sejukkan dan sedia untuk di makan.
Korang boleh tuang ke atas chicken popcorn tadi atau makan sebagai dipping sos. Ikut lah selera masing-masing kan. Selamat mencuba :)
18 Comments
Nice sharing. Boleh try nanti. Tak payah beli kat luar :)
ReplyDeletenanti cuba eh :) senang je ni
DeleteSaya suka cheese tapi belum pernah rasa cheezy chicken popcorn.
ReplyDeleteNext time boleh suruh mama cuba resepi ini..
ermmm nanti suh mama redza try kay :)
Deletesedapnye!
ReplyDeleteblh try..
cubalah ezy :)
DeleteBoleh try ni.tq ana share resepi
ReplyDeletemost welcome KY, lama tak muncul hehe :)
DeleteBiasanya beli aje
ReplyDeletebeli lagi senang WP :)
Deletesedap naw2 ni kak oi...
ReplyDeleteanak2 suka laa kan Dana :)
Deleteammi suka sgt tgk video si KhairulAming tu. mcm senang je dia masak.
ReplyDeletekann ammi, kak ana pun suka sangat resepi dia pun mudah2 je nak buat :)
Deletekalau masak cis tu aje pun sodap. kalau anak sy dia buat ayam korea dengan pop corn ciken tu. sedap jugak.
ReplyDeletehaah sedap kan juga tu ayam spicy korea tu kan IL :)
DeleteSedapnya.. buat sendiri lebih puas hati kan kak ana..
ReplyDeletetuu laa Sha puas anak-anak makan kan :)
Delete