Kecantikan itu tidak akan pernah kekal
Hampir seminggu ana jadi pemerhati pada setangkai mawar desa yang berputik di halaman. Bunga ros kampung pink pemberian mak, kali ini galak sungguh berbunga. Tak putus-putus berputik, berkembang dan akhirnya gugur. Bila di amati, begitulah kehidupan kita juga di atas dunia ini. Tak akan kekal dan tiada yang kekal melainkan Allah swt, Tuhan yang Maha Esa.
Pertama kali bunga mawar mak ni berputik dan muncul lebih awal dari 4 lagi kudup di tangkainya. Masih terjaga kelopaknya tersusun rapat. Bagaikan bayi yang baru lahir belum tahu apa-apa tentang dia terlindung rapi oleh penjaganya.
Keesokkannya, kudup mula berkembang kecil beberapa kelopak menampakkan seri warna pink di tangkai namun masih belum mekar sepenuhnya. Pada ana, ia bagaikan alam kanak-kanak kita dahulu. Sudah mula keluar dari jagaan untuk melihat keindahan dan isi dunia. Namun masih belum berani melangkah jauh, mengembangkan layarnya.
Subhanaallah.. hari ketiga, pagi yang cerah ia mekar kembang berbunga dengan indahnya. Setiap kelopaknya terpancar keindahan warna pink yang bisa menarik perhatian siapa sahaja yang memandang. Harumannya juga luar biasa dan amat mempersona. Begitulah juga alam remaja. Ketika usia remaja, waktu inilah kecantikan sedang mekar, menjadi perhatian ramai, ghairah dalam melayari perjalanan usia. Segalanya indah dan mempersona, mudah juga tercalar dan tergoda kerana kita mula bebas dalam meneroka dunia. Sang kumbang pun ingin menghampiri dan menikmati manis madunya bunga.
Hari ke-lima, warna kian pudar, walau masih berkuntum kelopaknya. Ana anggap ini waktu kita di alam rumahtangga. Kelopak mulai pudar kerana kepenatan dalam aliran carta kehidupan. Banyak yang harus kita lakukan dalam keterbatasan waktu yang di pinjamkanNya. Lelah dengan ujian yang tak pernah padam. Namun masih mampu bertahan seadanya, perjalanan kehidupan harus di teruskan jua.
Hari ke-enam. Kelopak sudah mula kelayuan dan satu persatu gugur ke bumi. Inilah bakal pengakhirannya nanti. Usia yang kian meninggi jika diizinkanNya nanti. Kecantikan kian pudar, kudrat kian berkurangan. Pendakian usia kian memenatkan. Keindahan bukan lagi milik sang mawar, yang bakal kelayuan.
Dan akhirnya, hari ke tujuh ia telah gugur sepenuhnya dan digantikan oleh kudup-kudup mawar yang baharu mekar. Inilah pengakhiran kehidupan sang bunga begitu juga kita manusia nanti. Hilang lenyap dari pandangan. Tiada lagi haruman dan keindahan. Bakal di gantikan oleh keturunan.
Ironi kan.. perjalanan bunga mawar desa ini dengan lentera kehidupan kita manusia. Mungkin perjalanan usia kita berbeza, ujian dan bahagian yang kita lalui juga tidak sama namun kesinambungan nya hampir serupa. Tidak ada yang kekal di dunia melainkan Dia. Segalanya ini bukan milik kita, pinjaman semata-mata. Namun usah kita terus leka, carilah bekalan selagi berbaki usia untuk menerangi dan menemani di alam yang kekal di sana...
16 Comments
great sharing. betul tu takda yang kekal dalam dunia ni
ReplyDeletep.s pernah tanam dulu mawar kampung tu but one day my mom pergi cantas, semak katanya
i guess bunga tu merajuk, lepas kena cantas dia terus mati..x hidup lagi dah even i try to save it so many times
hehe bunga ros kampung ni jenis tumbuh merayap2 je batang di panjang2 kan memang boleh jadi semak susah nak pantau kena trim selalu :)
DeleteMasa terindah hari ketiga macam kita manusia prime time of life is in the 30s.
ReplyDeleteboleh jadi juga kan atau pun sekitar usia awal 20 ketika sedang mekar mewangi gitew :)
DeleteBetul tu KakNa. Kitaran hidup kita akhirnya kembali kepada sang pencipta. Terima kasih untuk perkongsian 😊
ReplyDeletebegitulah perjalanan usia yang dipinjamkanNya Sha :)
DeletePatutlah ada ayat berkata jika ingin melihat kebesaran tuhan maka lihatlah pada alam.
ReplyDeletekita semua tidak kekal. kita cuma hamba
kan ARz kadang-kadang setiap sesuatu tu kita kena pandang dengan mata hati buka sekadar sebuah pandangan :)
DeleteBetul setuju sekali! apa pun tiada yang kekal, hari ini milik kita esk belum tentu lagi.. hargai apa yang kita ada, syukur...
ReplyDeletesetuju tu Bonde sama-sama kita istiqomah dalam mencari kebaikan dan bekalan untuk akhirat, in shaa allah
DeleteYang kekal lawo lama sikit bunga plastiklah.
ReplyDeleteAda pengajaran daripada kisah bunga ini.
haha betul tu WP tapi bunga plastik keras kaku jer hehe :)
Deletebila sesekali akak berfalsafah, seronok baca,... betul sangat tu kak, kecantikan tidak ada yang kekal, kalau ada yang rupa sama je dari muda sampai ke tua cantik je tu compom dah buat plastic surgery hehehe
ReplyDeleteikut mood juga dana nak menulis ni hehe :)
Deletecantik luaran xkekal tp cantik dalaman tu insyaAllah kena kekalkan.. hihi
ReplyDeletemaceh ezy, pendapat yang bernas sekali :)
Delete