Lama dah tak makan puding jagung tradisional ni. Ini memang resepi puding jagung tradisonal lama dahulu. Sebab nya sekarang ramai dah ubah puding jagung ni jadikan menu dalam koktail bersama susu. Ana suka juga dengan koktail puding jagung moden ni dan selalunya anak-anak suka makan. Tiba-tiba teringin pula nak makan puding jagung kampung macam ni. Bahan asas tepung kastad dan tepung jagung pun ada lagi di rumah, cuma nak beli jagung manis tin sahaja. 

Ana panggil ni puding jagung kampung sebab ia menggunakan santan dan bukannya susu cair. Haa!! Menu oang kampung kan suka lah guna santan macam dedulu kala tu. Rasanya tak jauh beza pun kalau guna santan dengan susu cair ni. Kalau dulu di kampung ana, arwah mak saudara kami , Wan Ani selalu buatkan puding jagung ni kalau ada kenduri. Sedap sangat lembut je puding jagung arwah wan. Rindu sangat. 





Resepi puding jagung tradisional


Ana gunakan resepi lama yang pernah ana terbit kan pada tahun 2012 dahulu antara entri awal-awal masa menulis blog. Memang entri resepi ana buh resepinya je tak ada cerita borak-borak macam sekarang ni, adoiya, skema sungguh. Bila baca balik kelakar sangat kan entri-entri awal dedulu. Tapi resepinya masih relevan dan menjadi tau, meh cuba sendiri kalau tak percaya :) 

Bahan-bahan puding jagung tradisional 





1 liter santan
150gm gula
70gm tepung kastad
70gm tepung jagung
1 tin krim jagung manis
secubit garam


Cara-cara buat puding jagung 


1. Bancuh tepung kastad,tepung jagung,gula dengan santan. Didihkan diatas api yang perlahan sambil mengacau agar tidak bergentil.




2. Apabila hampir pekat masukkan krim jagung dan kacau sebati hingga masak berkilat.Puding jagung cukup masak bila ada letusan-letusan dalam periuk dan adunan nampak berkilat. Boleh lah matikan api. 


adunan yang cukup masak berkilat dan ada letusan blup2 dalam periuk :) 


3. Masukkan dalam loyang atau acuan dan sejukkan.



tuang dalam loyang, sejuk dan boleh di potong-potong 


nak tuang dalam acuan pun boleh 


Kalau nak cantik buh lah dalam acuan tapi kalau nak cepat dan banyak hasilnya, muai kata orang utara buh sahaja dalam loyang dan potong-potong bila sejuk. Ikut lah citarasa masing-masing. Kalau korang suka nak makan dengan susu cair pun boleh jer, jadi kan koktail. 




Selamat mencuba.