Ana sangat meminati keindahan budaya kaum peranakan Baba & Nyonya ni sejak dahulu lagi. Kerana itu antara drama siri Mandarin yang pernah ana ikuti suatu masa dahulu adalah Little Nyonya terbitan Media Corp, Singapura. Dari busana unik kebaya kasa rubiah dengan sulaman, berkain batik sehinggalah tatarias kepala adalah sangat cantik dan unik digayakan oleh kaum Nyonya peranakan walaupun mereka bukanlah orang Melayu. Itu yang istimewa sangat, kan. 


Siling dengan corak dekorasi berlampu bermotifkan elemen peranakan dan oriental 


Dekorasi ruang rumah gaya Peranakan Baba & Nyonya 


Ditambah pula dengan gaya dekorasi seni bina rumah yang tersendiri dengan tatarias ruang dalaman dalam campuran elemen Melayu dan Oriental di gabung kan menjadi satu tatapan yang sangat luar biasa berbanding dengan gaya-gaya moden dan tradisional sesuatu kaum yang lain. Di tambah pula dalam menu-menu masakan mereka, malahan dialek juga banyak unsur-unsur kemelayuan di dalamnya. Namun itu semua dahulu lah kan, kini generasi baharu keturunan Baba dan Nyonya ni dah kian hari kian berkurangan nilai-nilai tradisi lama yang mereka amalkan. Mungkin sekadar untuk majlis tertentu dan juga sebagai satu cabang warisan yang masih ada terpelihara. Semua nya dah beransur kepada peradaban arus dunia moden dan kontemporari. 


Meja makan dengan pinggan mangkuk elemen peranakan Baba & Nyonya dengan warna yang cukup tradisional 


Sabtu lepas, ana telah singgah ke Festival Golden Thai di sales galeri Setia Eco Templer, tak jauh dari bandar Rawang ni. Kami singgah waktu malam dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur. Sekadar nak tengok-tengok lampu warna warni seperti yang di posting di facebook. Tapi semua tu biasa sahaja lah kan di mana-mana pelancaran fasa baharu perumahan, kini dah jadi trend untuk menarik pengunjung dengan mengadakan festival dalam pelbagai tema dan lampu-lampu led ni wajib ada sebagai tarikan utama. 


Dekorasi lampu dengan elemen oriental di hiasi lukian dinding biru motif tradisional 


Bukan itu yang ingin ana kongsikan disini, tetapi sekali lagi terkasima dengan dekorasi interior design beberapa rumah contoh yang ada disini. Ada tema moden, Bali, kontempori dan yang paling menarik perhatian ana adalah dekorasi gaya ruang dalaman rumah dengan tema Baba dan Nyonya Peranakan ni. Dari kemasan lantai, hinggalah ke siling cukup istimewa dalam nilai budaya tradisional peranakan. Jom kita tengok dari beberapa keping foto yang sempat ana ambil dan semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang ingin menjadikannya idea dekorasi ruang dalaman rumah. 


Gaya moden di ruang kamar utama dan diselitkan elemen oriental pada sarung bantal dan lukisan latar belakang katil 


Sofa moden yang di padankan dengan lampu sudut pasu serta dua stool tembikar bermotifkan peranakan , begitu juga soft touch pada kusyen dengan motif oriental klasik 


kemasan lantai, bangku kayu dan juga corong muzik klasik gaya oriental peranakan Baba & Nyonya 


Pembahagi ruang dengan motif klasik berwarna emas di padankan dengan lampu yang senada 


Ruang dapur sentuhan moden dengan tatarias dekorasi klasik peranakan Baba & Nyonya khasnya pada mangkuk tingkat 

20 Comments

  1. memang cantik, suka tengok bila datuk chef wan buat rancangan masak-masak ke rumah baba dan nyonya, selalu chef florence tan pun selalu bt masak-masak kat rumah baba nyonya.. cantik betul kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Dana memang cantik2 koleksi DCW atau Florence Tan, kak ana pernah jumpa chef Florence tu baik sangat hehe :)

      Delete
  2. Cantik sangat . Saya pun suka masuk tempat-tempat macam chinatown tu . Paling suka tengok lukisan dekat barang perhiasan dia yang bercorak oriental klasik tu .

    ReplyDelete
  3. wah... nak pergi jugaklah nanti cuci mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pii laa OP weekend dia buka untuk public boleh je masauk :)

      Delete
  4. memang cantik sangat lah design tu ^_^

    ReplyDelete