Bila balik kampung jer berderetlah kisah kat Teluk Intan terbit di sini kan. Seronok sebenarnya nak berkongsi dengan pembaca semua aktiviti kami balik kampung sekali sekala ni. Setiap orang yang punyai kampung halaman pasti ada yang istimewa di tempat korang kan, begitu juga lah dengan ana. Kalau balik Teluk Intan, ada sahaja lah keseronokan yang ingin di kongsikan bersama di sini. 

Lepas Maghrib, adik sepupu ana, Hanum call ajak pi lepak malam kat Padang Speedy nak celebrate birthday mak saudara ana, wancu. Wancu ni kalau panggilan kat Perak tu mak sedara yang bongsu lah, sama ada wancu, acu atau mak cu. Cu tu kira bongsu lah tu. Anak wancu, Muin dah beli kek birthday dengan yong tau fu kat pasar malam.Ana dan suami pula beli air dan kacang rebus kat depan Menara Condong tu. 


 Menara Condong , Teluk Intan

Sempatlah juga singgah dataran Menara Condong sambil tengok keindahan menara yang berwajah baharu sekarang ni. Kalau sebelum ni Menara Condong di hiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warna pada sebelah malam, kali ni satu lampu kuning keemasan sahaja yang menyinari . Unik dan cantik sangat mercu tanda ni di sebalik kegelapan malam yang hitam ada sinaran keemasan di tengah-tengahnya. 



Kalau malam minggu atau cuti umum, dataran Menara Condong atau pun kami kat Teluk Intan ni panggil jam tinggi, penuh lah warga tempatan dan pengunjung luar beriadah bersama keluarga dan anak-anak. Ada macam-macam tarikan seperti kereta kawalan yang di pandu kanak-kanak, permainan giant bubble, jualan makanan dan minuman dan sebagainya. Meriah lah kan. 



Bila ana renung lama-lama, kadang-kadang terasa menara ni makin banyak condong ke kanan sekarang ni. Kalau lihat dari pandangan tepat ke arah menara memang ketara sangat menara yang dah berusia lebih 100 tahun ni.Tapi ana yakin ia sentiasa di dalam kawal selia pihak yang dipertanggung-jawabkan untuk menjaga keselamatan bangunan ini. Dari kami kecil-kecil lagi dah condong, apatah lagi kini. Semoga menara kesayangan ana dan semua warga Teluk Intan ini akan kekal terpelihara sebagai satu monumen warisan kebanggaan kita semua, In Shaa Allah.