Bila balik kampung jer berderetlah kisah kat Teluk Intan terbit di sini kan. Seronok sebenarnya nak berkongsi dengan pembaca semua aktiviti kami balik kampung sekali sekala ni. Setiap orang yang punyai kampung halaman pasti ada yang istimewa di tempat korang kan, begitu juga lah dengan ana. Kalau balik Teluk Intan, ada sahaja lah keseronokan yang ingin di kongsikan bersama di sini. 

Lepas Maghrib, adik sepupu ana, Hanum call ajak pi lepak malam kat Padang Speedy nak celebrate birthday mak saudara ana, wancu. Wancu ni kalau panggilan kat Perak tu mak sedara yang bongsu lah, sama ada wancu, acu atau mak cu. Cu tu kira bongsu lah tu. Anak wancu, Muin dah beli kek birthday dengan yong tau fu kat pasar malam.Ana dan suami pula beli air dan kacang rebus kat depan Menara Condong tu. 


 Menara Condong , Teluk Intan

Sempatlah juga singgah dataran Menara Condong sambil tengok keindahan menara yang berwajah baharu sekarang ni. Kalau sebelum ni Menara Condong di hiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warna pada sebelah malam, kali ni satu lampu kuning keemasan sahaja yang menyinari . Unik dan cantik sangat mercu tanda ni di sebalik kegelapan malam yang hitam ada sinaran keemasan di tengah-tengahnya. 



Kalau malam minggu atau cuti umum, dataran Menara Condong atau pun kami kat Teluk Intan ni panggil jam tinggi, penuh lah warga tempatan dan pengunjung luar beriadah bersama keluarga dan anak-anak. Ada macam-macam tarikan seperti kereta kawalan yang di pandu kanak-kanak, permainan giant bubble, jualan makanan dan minuman dan sebagainya. Meriah lah kan. 



Bila ana renung lama-lama, kadang-kadang terasa menara ni makin banyak condong ke kanan sekarang ni. Kalau lihat dari pandangan tepat ke arah menara memang ketara sangat menara yang dah berusia lebih 100 tahun ni.Tapi ana yakin ia sentiasa di dalam kawal selia pihak yang dipertanggung-jawabkan untuk menjaga keselamatan bangunan ini. Dari kami kecil-kecil lagi dah condong, apatah lagi kini. Semoga menara kesayangan ana dan semua warga Teluk Intan ini akan kekal terpelihara sebagai satu monumen warisan kebanggaan kita semua, In Shaa Allah.

14 Comments

  1. Replies
    1. balik kampung memang best lah kan mamapp hehe :)

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    Wah...kami malam2 tak biasa lagi di sana...pi siang ja...panaih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, siang memang paneh laa fida dataran kan :)

      Delete
  3. cantik menara condong ni..
    sy xpernah smpai lg kat situ.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah satu hari nanti ezy sampai lah ke sini kan :)

      Delete
  4. Replies
    1. ada rezeki nanti sampai lah wak jalan2 Teluk Anson sini pun banyak kebun gak wak hehe :)

      Delete
  5. Tak pernahh jejak ke menara condong ni walaupun kc lahir Perak hahaha. Sebab kampung belah kuala kangsar kan, so idok le ke teluk intan. Teringinnn nak pergiii.

    P/s: sweettt nyaa gambar ibu and hubby hehehehe cia cia ciaa sangatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececeh .. haa kena lah datang sini kak cik barulah lengkap jadi anak Perak :)

      Delete
  6. Belum pernah sampai lagi 😭
    Doakan agar kami akan sampai jugak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, in shaa allah satu hari nanti Un akan sampai juga ke sini.. :)

      Delete
  7. Pernah baca sebelum ni, Menara Condong ni memang makin hari makin condong. Dan dicatat bacaan kecondongannya itu kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pandangan mata kasar kak ana pun nampak lebih condong dari masa kak ana kecil2 remaja kat sini dulu Sha :)

      Delete