Sejak balik study week dua minggu lepas lagi Adik Ika duk bagitau dia teringin nak makan satay. Ayahnya kata tunggu lah ayah masuk gaji kita pii makan satay. Satay sekarang pun paling murah pun 80 sen secucuk kan. Itu harga satay di sebelah kedai tomyam di Saujana Rawang ni, tapi kalau di kebanyakan tempat atau di restoran-restoran dah berharga RM1 lebih secucuk. Ye lah bukan sesaja depa nak jual harga macam tu dah bahan mentah sekarang ni mahal, nak tak nak terpaksa lah peniaga mengikut harga pasaran. 




Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri 


Berbalik kisah satay Adik Ika, hari Sabtu lepas balik dari Ikea lepas singgah Maghrib di surau Damansara, ayahnya terus lajak ke Bandar Tasik Puteri. Kami pekena Satay Pak Wan.. Sebelum ni pernah dah makan Satay Pak Wan bersama jiran-jiran bila Man nak bertukar kerja ke Muar. Masa tu makan ramai-ramai seronok sangat berborak tak lah fokus pada satay nya. Tapi sempat juga ana terbitkan entri di SINI . Kali ni kami makan empat beranak, ermm memang menikmati sungguh keenakan Satay Pak Wan. 


Satay perut dan satay daging 

Serius sedap rasa perapan sataynya, dan yang penting satay depa bersaiz jumbo, besar-besar isinya setiap cucuk, boleh kenyang lah. Kami ni suka makan satay kalau ada lemak-lemak tak lah isi ayam atau daging padu. Di Satay Pak Wan, korang boleh pilih sama ada nak makan satay dengan lemak-lemak atau yang tak suka tu boleh jer order satay tanpa lemak. Hat ni harga lain lah. 


satay Pak Wan gemok2 dan padu isi dia 


Kuah kacang dia pun sesedap rasa. Cukup lemak manis, tak terlalu pedas dan kacang di blend halus jer bila korang ceduk ke atas satay dan ngap ke mulut. Sedapppp!! Di datangkan dengan hirisan timun dan juga bawang. Bawang laa nii mahal jadi tak yah makan bawang banyak-banyak :) Kalau korang nak tambah nasi impit pun ada jer. 




Kami makan satay ayam 30 cucuk, satay daging 10 cucuk dan satay perut 10 cucuk. Selain dari satay ada juga menu lain antaranya mee atau mihun sup dan bakso kalau tak silap ana. Dah niat nak makan satay jadi kami order satay sahaja lah dengan air minuman. 


satay ayam dan satay daging 

Harga satay di Satay Pak Wan ni kalau satay ayam 90 sen secucuk, satay daging RM1.20 dan satay perut RM 1.50. Kalau korang nak yang hat tak ada lemak tu harga dia lain pula naa. Satay kambing pun ada juga tulis kat menu tu. Tapi kami tak try lagi. 


harga satay pak wan
harga Satay Pak Wan 


Satay-satay ni bakar di hadapan kedai Satay Pak Wan ni sahaja, tak lah lama sangat tempoh menunggunya sedang-sedang je lah kalau tak ramai pengunjung tapi selalunya penuh memanjang. Kalau tak makan kat sana, orang akan beli dan bungkus satay bawa balik. Berderet lah pembakar satay depan kedai makan Satay Pak Wan yang terletak bersebelahan dengan Mr DIY di Bandar Tasik Puteri ni. Satay Pak Wan juga ada banyak cawangan lain. Cuba lah search di internet mesti jumpa mana-mana lagi cawangan Satay Pak Wan berhampiran kawasan korang. 


Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri 




Jadi kalau terliur tengok gambar satay-satay gemoks lemak merdu di sini, pii laa cari Satay Pak Wan naa. Sataynya sedap pada selera kami sekeluarga. Alhamdulillah dan yang penting Halalan Toiyiban lah kan. 


12 Comments

  1. Replies
    1. kann tapi hat ni kalau 90 sen masih berbaloi JR sebab isi dia tebal dan saiz besar :)

      Delete
  2. Satay kat kawasan saya ni paling murah 60sen secucuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh seronoknya masih dapat harga 60 sen UN :)

      Delete
  3. aduh terliur nya nengok kak oi, udahla memang peberet dana....
    satay yg ada lemak sikit tu sataynya jadi juicy sangat lembut je kan, kalau yg tanpa lemak bg dana mmg rasa padat sangat makan panas-panas ok lah, dah sejuk rasa padat sangat tak berapa best

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dana kak ana pun suka yang berlemak sikit tu hehe :)

      Delete
  4. Sue pun suka juga Satay Pak Wan nie tapi selalu tapau ja Ana. Mee Hoon depa pun sedap juga tau Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat lah tempat Sue ni kan, tak pernah try lagi menu lain depa sue :)

      Delete