Satay Pak Wan Menu Makan Malam Bersama Jiran
Alhamdulillah bila kita dikurniakan jiran dan kejiranan yang baik-baik. Pada ana ia juga satu rezeki dariNya. Kejiranan kami ni majoritinya orang kita, tetapi ada beberapa rumah di lorong ana ni bukan Melayu namun Alhamdulillah kami hidup berkawan dan saling menghormati. Jiran paling rapat dan dah bagaikan adik sendiri pasti lah Man dan Ida, sebelah rumah dan juga Zura dan Abang Yahya sekeluarga. Sejak pindah sepuluh tahun lepas sampai ke hari ni, kami dah bagaikan saudara. Seronok sangat.
Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri
Namun, minggu lepas Man bakal berhijrah ke selatan tanahair bila di tukarkan ke sana atas kenaikan pangkat jawatannya. Nak tak nak kenalah berhijrah walaupun tak sepenuhnya lagi kerana Ida masih disini atas urusan kerjayanya. Sedih juga lah bila fikirkan dah rasa adik beradik tapi tak apalah tak ada yang kekal dalam kehidupan ini seadanya. Pasti akan datang dan pergi dalam coretan kehidupan ini.
Malam sebelum berangkat ke selatan, Man ajak kami sekeluarga serta Zura sekeluarga. Jom makan satay katanya. Lokasi tak berapa jauh dari kediaman kami juga. Kami ke Satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri. Man dan Abang Yahya sekeluarga sampai dahulu ke sana, ana lewat sikit kerana ada PR anta produk ke rumah, hehe :) Busy beno dia ye :)
Sampai di Restoran Satay Pak Wan, Man dah siap order satay. Ida suruh tambah menu lain, kak Long dan Adik Ika makan bakso. Ada macam-macam satay di Satay Pak Wan ni, antaranya satay ayam, satay daging, satay kambing dan satay perut. Lebih unik lagi ada satay tanpa lemak pulak tu. Tapi ana suka yang berlemak hehe ternak lemak dalam perut.
Satay kat Satay Pak Wan ni besar-besar saiznya dan setiap cucuk berharga berlainan mengikut jenis satay. Ana paling suka satay perut. Kuah kacang dia pun sesedap rasa lah. Tak pedas dan cukup lemak. Ada nasi impit, timun dan bawang, normal lah tu kan. Harga satay boleh tengok kat gambar di bawah ni.
Selesai makan, kami bergerak balik ke rumah. Sebak sangat tapi tak risau sangat sebab Man tetap akan balik hujung minggu atau bila cuti panjang sementara Ida belum transfer ke sana. Apapun terima kasih buat Man dan Ida, semoga dipermudahkanNya segala urusan d tempat baharu. Jaga diri baik-baik di tempat orang, Ida kami tengok-tengok kan kay, In Shaa Allah.
16 Comments
alhamdulillah. rezeki kan dapat jiran macam tu. memang bersyukur ^_^
ReplyDeletealhamdulillah syukur di atas segala kurniaanNya
DeleteSedapnya sate :) hehe
ReplyDeletesedap satay perut kak ana suka :)
DeleteWah.. menarik.. boleh minta yang tak de lemak.. Sedapnya kalau dapat satay kambing.. hehehe..
ReplyDeletetu yang uniknya Sha :)
DeleteAlamak.. Manu feveret mama Ni.. nasib baik smlm baru makn hihi
ReplyDeletehehe mama suka satay rupanya :)
Deletewaahh! dah lama saya tak makan satay. tetiba teringin pulak. hehe
ReplyDeletejom pi cari satay DP hehe :)
DeleteSedapnya sate. Adeh terliur baca blog kak Ana malam2 ni. Apa pun semoga urusan Abang Man dan Ida dipermudahkan ye
ReplyDeleteaamiin, terima kasih Sal :)
Deletealhamdulillah, sedapnya
ReplyDeletesyukur kan mama :)
DeleteSedapnyaa nampak satay tu.
ReplyDeletehehe lapar tak nani
Delete