Mee Kicap untuk menu makan malam
Selalu ana dengar je orang makan mee kicap ni, inilah kali pertama ana sendiri mencuba masak dan makan mee kicap di rumah. Menu mee ni kalau kat rumah kami memang tak berapa nak laku. Anak-anak dan suami memang tak suka makan mee kuning. Sebab tu lah ana tak masak mee goreng kalau kat rumah ni untuk sarapan ke makan malam ke. Kecuali mee berkuah sahaja depa boleh makan sikit dengan mee kuning ni. Depa duk complain tak suka mee ni sebab ia cepat kembang dan ada rasa pahit. Cuma mee berkuah tu boleh lah depa makan macam mee sup atau mee kari.
Berbalik cerita mee kicap , ana dan kak long teringin pula nak makan mee kicap lepas tertonton youtube Shila Rusly masak. Nampak punya lah menyelerakan, jadi pi kedai Acheh beli ayam teringat lah nak try buat untuk makan malam. Mee nya kami beli mee NuMee keluaran Gardenia. Ramai yang kata NuMee ni sedap tak kembang dan tak rasa pahit lagipun produk ni ada sijil Halal Jakim. Kalau sebelum ni pun ana beli mee kuning Ikhwan kerana lebih yakin keluaran Muslim.
mee kicap |
Mee kicap kami ni tak lah lengkap macam mee kicap Ipoh original tu. Dari resepi masakan Shila Rusly tu ana olah mengikut bahan yang ada di dapur. Tapi resepi mee kicapnya sebiji lah ikut resepi Shila Rusly cuma side dishnya sahaja tak lengkap.
Mee kicap ni dimakan bersama sup dan bawang putih dan istimewanya mee kicap sebab mee tadi di gaul dengan kuah kicap yang di tumis. Tumisan kicapnya lah yang melazatkan menu ini, di samping di makan dengan ayam goreng. Kalau korang nak resepi cuba lah cari di internet naa, sebab hat ana buat ni ala-ala sahaja, cuma untuk makan sekeluarga kami tu sedap dah tuu.
Resepi mee kicap mudah
Bahan untuk kuah kicap yang akan di gaul dengan mee :
4 ulas bawang putih - hancurkan
2 sudu besar minyak masak
2 cm halia - ditumbuk
6 sudu besar kicap manis
6 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil kicap pekat
2 sudu kecil pati ikan bilis
Lada sulah
2 cawan air
Garam & gula
Penyediaan kuah kicap
~ Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan untuk di hidangkan bersama mee nanti .Ini side dish yang di hidang bersama mee kicap kita nanti.
~ Dengan menggunakan minyak bekas menggoreng bawang putih tadi, tumis halia hingga naik bau.
~ Seterusnya masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat. Biarkan mendidih
~ Masukkan pula lada sulah, pati ikan bilis,garam dan gula. Jangan terlebih masukkan garam. Sebaiknya suaikan rasa terlebih dahulu. Masak sehingga kuah sebati dan matikan api
Bahan untuk sup :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 cawan air
Kiub ikan bilis
Fish cake atau fish ball
Lada sulah dan garam
Daun bawang
Penyediaan sup
~ Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, masukkan air
~ Biarkan mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sedikit garam
~ Renih sebentar dan matikan api dapur
Celur mee dan taugeh. Toskan .
Ana juga tambahkan isi ayam yang di rebus seketika kemudian di perap dengan kicap dan sos tiram dan goreng hingga garing bahagian luarnya. Bila menghidang hiris nipis isi ayam tadi atau boleh juga carik-carikkan seperti kita makan soto.
Letak mee dan taugeh tadi di dalam pinggan dan tuang kuah kicap. Tabur daun bawang dan bawang putih goreng . Makan dengan kuah sup tadi. Korang boleh sahaja nak makan dengan cili padi hiris berkicap atau sambal merah sebagai penambah rasa pedas sebab mee kicap ni memang tak pedas langsung. Ianya adalah menu asal makanan Cina jadi memang tak pedas , kalau nak selaras kan selera kita orang Melayu ni tambah lah sambal atau cili padi potong kan. Try lah korang, memang sedap tau :)
27 Comments
Sedap nampaknya. Dah la belum bfast lagi ni
ReplyDeletesedap gak IL 1st time kak ana try masak ni hehe :)
DeleteLama tak makan mee kicap ni. Ada satu port kedai makan mee kicap dekat Tanjung Malim kak ana. Nama kedai tu Kedai Makan Ayah Din. Sedap jugak.
ReplyDeletepernah dengar Kinah tapi tak pernah try lagi,in shaa allah satu hari nanti kak ana singgah
DeleteWah mee kicap..menyelerakan ni kak Ana.
ReplyDeletetu lah PC, sedap gak alhamdulillah
Deletemenarik kak ana..nanti SA nak cuba buat la...SA plak mmg penggemar mee..segala jenis mee la..
ReplyDeletetry nanti SA sedapgak tukar2 selera :)
Deletesedappnyaa mee kicap.rabia makan mee guna jenama numee jgk
ReplyDeletekann rabia sedap guna numee ni tak rasa pahit
DeleteAlahai sedapnyer
ReplyDeletesedap wak:)
Deletesesap mee kicap
ReplyDeletesedap
Deletehehe sedap WakLat :)
Deletesedapnya. thank you sebab share resipi. nanti kita nak masak lah mee kicap ni. hehe
ReplyDeletenanti cuba kay DP
Deletesedapnya nengok kak... dana kadang tak tahu mee kicap ni ada kene masak dulu ke kicapnya just tuang gitu je... pernah makan kt kedai linda onn mintak mee kicap, mee nya rasa macam mee kuning yang tak cuci di simbah kicap jalen manis tu je kak... huhuhu sedih
ReplyDeleteadoi naya tu Dana :)
Deletemak aii...boleh buka kedai dah kak ana oii
ReplyDeletehaha pandei ler ko Kolin weii :)
Deletenmpk sedap! boleh try buat ni..
ReplyDeletetry naa ezy
Deletemee masaka lah apa jenis pun semua nya sedap. nyummmmm ^_^
ReplyDeletewahh peminat mee ni UN :)
DeleteSedapnye mee kicap.. favourite nie :)
ReplyDeletesedap kan Pya :)
Delete