Ikan siakap ni lah paling senang nak masak, kan. Buatlah menu apa sekali pun semua pun sedap hasilnya. Biasa orang masak siakap tiga rasa, siakap stim, siakap masam manis, tuu antara menu yang lazim sangat dah kan. Kalau ana pula pernah try masak siakap asam pedas, siakap kari tak pun goreng panas-panas je, yang tak pernah cuba ikan siakap bakar saja lagi. Agak-agak sedap tak kalau kita bakar saja ikan siakap ni ?

Baru-baru ni kawan ana, Ema, datang ziarah ke rumah. Lama dah tak jumpa ema , maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak walaupun kami berdua ni suri rumah, tinggal pun tak lah jauh mana antara satu sama lain. Kira satu bandar sahaja. Ema datang bawa buah tangan bekas kek dan sebotol taucu dari kampung katanya. Nampak bersih je taucu ema bagi ni. Bukan untuk ana sahaja, Ema juga kirimkan untuk mak di kampung. Ema memang kenal mak dengan abah, pernah jumpa masa mak dan abah datang rumah ana dulu, Ema bawa kan karipap. Sampai hari ini mak dengan abah akan ingat, " Ema yang buat karipap sedap tu ye, "gelar mak buat Ema. 


ikan siakap masak taucu

Dah ada taucu di rumah, teringin pula nak makan ikan masak taucu. Paling mudah nak masak ikan siakap ni lah. Pii kedai Acheh, beli seekor ikan siakap, minta siang dan potong keping siap-siap. Bawa balik, goreng dulu. Pastu tumislah hirisan halia, bawang merah dan bawang putih. Masukkan taucu. Masukkan cili hijau belah dan juga timun potong, buang empulur nya. Masukkan kuah dengan air asam jawa cair-cair je. 

Masak taucu ni hati-hati kalau nak buh garam sebab taucu tu pun dah masin, ye tak ?? Ana letakkan juga sedikit gula untuk blendkan rasa masam dan masin. Last sekali masukkan ikan goreng. Sekali didih , mati kan api, siap dah satu menu sedap, ikan siakap masak taucu. Kalau korang dah jemu nak makan menu bersantan bagai, try lah ye masak taucu pula. Kita tukar-tukar idea masakan naa :) 

11 Comments

  1. Bila ada masak taucu..dah boleh cover lauk-lauk lain..satu lauk pun dah cukup dengan nasi panas.Allahu,boleh lupa azam awal tahun nak amalkan gaya hidup sihat kurangkan bertambah nasi kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC semoga istiqomah PC teruskan azam yang baik, aamiin :)

      Delete
  2. Sedapnyer lebih2 lagi kalau dapat ikan siakap laut fresh.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak, selalu kalau orang masak taucu mesti ada timun kan... dana pernah makan tapi tak pernah masak heheeh... nanti nk cuba jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah Dana senang sangat masak taucu ni :)

      Delete
  4. oh dah lama tak makan taucu. terus teringin ^_^

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi... boleh try ni.. mesti anak² suka..

    ReplyDelete