Waktu kecil-kecil dulu dah kenal pokok paku rawan ni. Bila mak masak pernah lah rasa, memang tak hingin laa nak makan. Mak kata sedap, tapi bila ana makan , pahit jer rasanya. Kat mana lah sedapnya. 

Tapi bila dah berusia ni, boleh pula suka makan tumis paku rawan ni. Kalau balik kampung mak siap beli ajak makan sama-sama, haa tuu laa, dulu kan main eksen tak suka sekarang boleh pula suka makan benda pahit-pahit ni. Agaknya selera dah berubah seiring usia. Begitulah putaran masa melewati usia, banyak berubah kan. Semoga ke arah yang baik-baik sahaja hendaknya lah. 


tumis paku rawan


Paku rawan atau daun genjer 


Balik kampung, minggu lepas, mak saudara ana, wan ada lah beli seikat paku rawan ni dari pasar Rabu. Seikat cuma seringgit je harganya. Dapatlah semangkuk. Wan goreng kan tumis dengan ikan bilis, cili, bawang merah dan bawang putih. Kami makan ratah macam tu jer. Adik Ika cuba lah ambil satu tangkai, berkerut mukannya, pahitnya ibu!! Apa yang sedap nya ?? Hehe! Macam tu lah ana dedulu. 


paku rawan

Paku rawan ni dulu tumbuh liar jer kat parit keliling rumah. Sekarang ni dah tak ada dah. Nak makan kena lah beli kat pasar atau pun pasar tani. Bukan mahal pun antara RM1 - RM2 sahaja. Selalunya kami tumis sahaja, atau pun celur cicah sambal belacan, masak lain tak pernah pula. Sedap di makan panas-panas, memang lah pahit juga rasanya tapi kena lah dengan selera kami. Kat kampung kami panggil daun genjer ni. Bahasa apa entahlah. Sedap kalau dapat makan bahagian pucuknya yang berbunga tu. Kalau dah kembang daunnya kurang umph!! 




Orang dulu-dulu bagi itik makan je daun paku rawan ni. Potong-potong bagi itik, suka itik makan. Hehe!! Bila cerita kat anak-anak depa gelak lah, apa lah ibu dengan opah ni makan makanan itik. Ermm...