Sedap tak menu dari dahmakan , food delivery ni ?

Anak-anak di kolej selalu lah terpaksa membeli makanan melalui food delivery ni . Banyak kebaikannya juga sebab dapatlah anak-anak tukar-tukar selera dan menu yang panas-panas. Kadang-kadang makanan di gerai di kolej tu cepat habis dan jemu juga kalau benda yang sama memanjang kan. Dari borak-borak dengan anak-anak depa kata paling sedap kalau order food delivery dengan dahmakan

Selalu juga nampak rider dahmakan berkeliaran di sekitar bandaraya Shah Alam dan KL menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Hari Ahad lepas, Kak Long orderlah beberapa menu dengan dahmakan , nak bagi ibu dan ayah merasa pula katanya. Kebetulan pula kami berada di sekitar Kuala Lumpur, cepat jer order sampai. Kak Long dan Adik order 4 menu dari pilihan dahmakan. Ianya Mac & Cheese with chicken meatball, Salted egg buttered chicken, Nasi lemak with ayam berempah dan Beef Pepperoni Pizzagne





Sedap tak menu dari dahmakan ?


dahmakan - Nasi lemak with ayam berempah


Kami pun berkelah di taman rekreasi berhampiran dan rasalah serba sedikit dari menu-menu yang dipesan. Nasi lemak with ayam berempah ni berharga RM12, ada nasi lemak, ayam goreng berempah, sambal, timun , ikan bilis dan kacang goreng. Not bad, sedaplah rasa masakan chef Shahril ni . Kalau ikut apps dahmakan setiap menu tu akan diberikan sekali nama chef yang menyediakan masakan menu tersebut dan Halal-friendly. 


dahmakan-Beef Pepperoni Pizzagne


Hat ni pula paling sedaplah bagi kami, menu western Beef Pepperoni Pizzagne . Kaya sungguh dengan cheese dan lapisan pepperoninya yang melimpah ruah. Di masak oleh exec chef Izzuan berharga RM14.90. 


dahmakan-Mac & Cheese with chicken meatball

Menu pilihan Adik Ika yang kaki western food ni ialah Mac & Cheese with chicken meatball, Mac & Cheese tu biasa sahaja tapi chicken meat ball dalam sos seperti bolognese  tu memang win sangat. Terasa adunan herba Inggeris di dalam menu masakan chef Doul berharga RM14.90 .



dahmakan- Salted egg buttered chicken

Pilihan Kak Long pula Salted egg buttered chicken menu ayam bersama telur masin dan butter bersama nasi putih. Berharga RM14.90 . Kurang kena pada selera ana butter chicken ni, maklum lah tekak orang kampung kan. Tapi ana pasti ramai yang menggemarinya, ikutlah citarasa masing-masing. 

Ermm.. pada ana , ana bagi rate 4/5 menu-menu yang kami makan dengan dahmakan ni. Harga pun berbaloilah dengan menu dan ada caj delivery mengikut kawasan. Kalau sekali sekala nak tukar selera dan malas nak keluar rumah tapi lapar, bolehlah order food delivery dahmakan dengan menggunakan apps dahmakan yang boleh di download playstore atau ke website dahmakan.com untuk melihat butiran lanjut mengenainya. Korang boleh gunakan kod referal NUR9999U7 buat pelanggan pertama kali mendaftar dan mendapat  kupon RM32 pembelian pertama. Jom.. dahmakan!!!
Sedap tak menu dari dahmakan , food delivery ni ? Sedap tak menu dari dahmakan , food delivery ni ? Reviewed by Ana Jingga on February 12, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. Mudah dan pelbagai citarasanya.
    Cuma harganya agak boleh tahan

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak tu kaak. Terliur aiols. :D

    ReplyDelete
  3. menarik tengok semua menu tu kak, harga pun kira reasonable jugak... nasi lemak tu nampk besar...
    kalau sedap apa salahnya order kan, dana tak pernah try tapi kadang tingin juga nk try...

    ReplyDelete
  4. SA x pernah cuba lagi dah makan ni kak..nanti nak try la..

    ReplyDelete
  5. baru tau 'dahmakan' ni.
    senang tinggal di bandar, banyak pilihan food delivery.

    ReplyDelete
  6. kalau balik kg kt bangi tu boleh jugakla order sbb ada macam2 option food delivery.. kalo kat penang ni dok area pinggir bandar tadak sangat.. bru sampai food panda je..

    ReplyDelete
  7. wah pepperoni cheese dia nampak mengancam.. T_T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.