Memandangkan dah lama tak buat entri Wordless Wednesday, hari ini ana nak share beberapa keping foto bunga-bunga berwarna pink yang mekar di laman. Musim panas ni pasti lah musim bunga-bunga mekar berkembang. Cuma perlu di siram setiap hari supaya pokok-pokok kembali segar akibat cuaca panas. Pokok-pokok tanaman khasnya didalam pasu ni selalunya ana siram waktu malam.
|
pokok adenium |
Pokok adenium
Pokok adenium pink ni lama dah pemberian jiran Cina ana, tapi beberapa bulan lepas ia macam tak sihat dan langsung kering batangnya tak berbunga dah. Bila ana baca perkongsian di group FB Kelab Peminat Bunga, ada petua untuk suburkan semula pokok adenium ni, ana cuba dan alhamdulillah, sehari dua ni kembali berbunga. Caranya ada ana terbitkan di
SINI untuk korang yang ada masalah dengan pokok adenium yang sakit.
|
pokok bunga burung pink |
|
pokok kemuning Cina |
|
bunga rose pink |
|
pokok bunga keembong |
Bila bercerita kisah bunga keembong ni pasti teringat zaman sekolah rendah kan. Subjek sains paduan dedulu belajar cara pembiakan pokok dengan biji benih, contohnya pastilah pokok keembong ni. Bawa ke sekolah biji benih keembong untuk bahan ujikaji. Pastu ana ni kecil-kecil dulu suka lah pii letopkan biji benih keembong, habis hati kalau dapat pecah kan jentik dengan jari je 😊😊
|
bunga tapak kucing pink ( torenia ) |
|
bunga kertas pink ( bougainvillea ) |
Pokok bunga bougainvillea atau bunga kertas ni ana ambil foto ni ketika di kampung hari tu. Masyaa Allah memang lebat bunganya walaupun tak berjaga di biar macam tu sahaja pokoknya di rumah mak saudara ana ni. Lebat sampai tak nampak batang dan daun bila tiba musim panas sebegini.
Bila kita melihat keindahan pokok-pokok bunga ciptaan Tuhan, terasa betapa agongnya kebesaran dan kekuasaan Allah swt mentadbir alam. Setiap ciptaan nya tiada yang sia-sia dan sebagai hambaNya kita panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kerana masih berkesempatan melihat keindahan alam yang indah. Bukan semua insan masih bisa melihat dan menikmati keindahan alam kerana ada sesetengah sudut dunia sedang di landa musibah dan juga peperangan yang tak pasti bila akan berakhir. Semoga Allah swt melindungi kita semua dari segala keburukan dari dunia hingga akhirat, aamiin.
27 Comments
cantik2 smua pokok2 bunga tu
ReplyDeletetenkiu mama :)
Deletekolin suka juga pokok bunga. Tapi lagi suka tanam pokok herba hahaha..
ReplyDeleteamboiiii... kak ana suka dua2 Kolin :)
DeleteCantiknya.. Menyegarkan mata dan jiwa bila tengok pokok dan bunga nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah Sha :)
Deletecantiknya bunga2..
ReplyDeleteAlhamdulillah ezy :)
Deleteakak, arini thursday kene buat WT hehehe bukan WW
ReplyDeletecantik semua bunga akak, bunga keembong tu cantik betul... lama dana tak jumpa walaupun masa balik kampung
kann Dana lama tak jumpa pokok bunga keembng ni :)
Deletesubhanallah cantiknya semua. menggoda mata yg memandang ni ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSatu perangai yang suka pecahkan biji bunga keembong....puas hati bila dpt pecahkan semua yg tergantung di pokok tu.
ReplyDeletehaha boleh geng kita :)
Deleterajinnya tangan yang menjaga dan membaja.
ReplyDeleteikut mood jugak ni Ummi :)
DeleteRos pink..suka tengok.
ReplyDeletetuu laa PC kesayangan kak ana tu :)
DeleteNampak segar bugarnya bunga2 tu suka suka!
ReplyDeletealhamdulillah
Deletelawo2
ReplyDeletealhamdulillah wak :)
DeleteCantik2
ReplyDeleteSedap mata memandang.
Saya kalau balik kg suka belek bunga burung. Ada 2 jenis kat rmh mak - pink & hijau kecik2 burungnya.
haah ujie kak ana ada juga benihnya yang hijau tu tapi dah tak berapa menjadi :)
DeleteMeriah la bunga pada musim panas ni.
ReplyDeletekann kak mala :)
Deletecomel sgt semua bunga2 ni.
ReplyDeletecara mengerjakan umrah
umrah diy
pakej umrah terbaik