Hari ini dah melepasi hari ke lima fasa kedua kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan wabak Covid-19. Pastinya ia satu pengalaman yang tak mungkin dapat kita lupakan sepanjang hayat. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Paling bermakna ialah selama hampir 20 hari ini, kita dapat menghabiskan masa berharga bersama keluarga. Dan untuk ibu-ibu khasnya,masak dan makan lah kerja kita ye tak ? Dah duk merap di rumah lapar memanjang lah suami dan anak-anak. 

Untuk ana sendiri, hanya akan keluar membeli stok barang dapur seminggu sekali sahaja di pasaraya berhampiran kediaman ni , memang tak keluar jauh-jauh kerana patuh pada arahan PKP yang dikeluarkan. Tapi syukur sangat masih ada perkhidmatan jualan secara online jadi mudah lah nak dapatkan stok makanan yang tidak di jual di pasaraya, kita order sahaja secara online. Salah satu daripadanya adalah produk pes sos makanan sedia di masak dan snack keluaran AYA Real Food. Memang berbaloi kerana satu pes sos ini kita dapat menghidangkan pelbagai menu masakan, mengikut kreativiti sendiri. 



AYA Real Food pelbagai pes untuk menu masakan segera

AYA adalah nama kepada cinta hati pengasas produk pes sos masakan ini yang melambangkan cinta dan kasih sayang seorang terhadap puterinya. Sebagai seorang ibu pastinya kita akan memberikan makanan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga kita, jadi dari inspirasi itulah AYA Real Food mempastikan produk pes dan sos masakan nya adalah menggunakan semua BAHAN ASLI SEMULAJADI, TANPA MSG, TANPA BAHAN PENGAWET dan TANPA PEWARNA TIRUAN. Paling penting ianya HALAL JAKIM



Ana sempat mencuba tiga menu dari AYA Real Food ni iaitu Pes Kalio (500g) yang merupakan rempah ratus pes sos untuk masakan kari dan rendang berlatar belakang masakan Padang , Gillies Rendang (120g) sesuai untuk mereka yang vegetarian di mana ianya sedia di makan, cuma panaskan sahaja boleh di nikmati bersama nasi atau roti dan mengandungi cendawan di dalamnya dan Karashi Bilis (120g) snack pedas rangup ikan bilis dan cili yang juga sedia di makan di mana-mana dan bila-bila masa.




Untuk pes Gillies Rendang ni, walaupun boleh di makan terus dengan nasi dan roti, ana olah dan jadikannya pes rendang di masak bersama ayam. Mudah sangat dan jangan tak percaya menu ini di masak oleh suami ana sahaja. Cuma panaskan kuali, masukkan santan dan masukkan pes Gillies Rendang berserta ayam. Semuanya dah sedia di dalam pes yang telah di masak ini. Cuma rasakan dengan garam sedikit kerana ana dah tambahkan santan dan ayam. Rasanya sedap, rasa rendang asli tradisional dan cukup lengkap rasa pedas, rempah ratus dan lemak. Di dalamnya juga terdapat cendawan . Korang tengok sendiri kepekatan dari adunan pes rendang Gillies Rendang ni. asli rendang tradisional kan. Serius ana tak tambah apa-apa bahan rendang langsung, semuanya menggunakan sepeket pes Gillies Rendang AYA Real Food




Jadi kalau korang nak travel ke luar negara atau nak masak sendiri rendang tanpa perlu mencari dan menyediakan bahan rendang, gunakan sahaja pes Gillies Rendang AYA Real Food ni, mudah sangat sebab tanpa di masak semula pun korang boleh makan begitu sahaja. 





Keesokkannya pula ana cuba menggunakan pes sos KALIO AYA Real Food. Ana olahkan menjadikannya resepi sambal ikan cencaru sumbat. Cuma tambahkan bawang merah dan bawang putih, masukkan pes sos KALIO dan tumis. Sumbatkan ke dalam sisi ikan cencaru belah belakang dan goreng. Wow!! Sedap sangat kerana pes KALIO ni adalah bahan asas rendang seperti bawang merah, bawang putih,halia, serai, lada hitam, buah keras, daun limau purut, minyak , santan serta gula dan garam. Kan mudah kan nak masak,masukkan sahaja pes sos KALIO mengikut kreativiti masing-masing. Sedap!!! Tak tipuu... 




Yang ketiga ni pula adalah kegemaran Adik Ika, snack rangup KARASHI Bilis. Ikan bilis garing yang dicampurkan cili kering pedas rangup. Adik Ika siap buat kudapan lagi dan kalau ada lagi pasni nak bawa balik kolej katanya buat makan dengan nasi kosong pun sedap. 




Untuk pengetahuan korang semua, kesemua sos dan pes AYA Real Food ni boleh tahan sehingga 2 tahun jika tidak di buka , tetapi jika korang dah buka simpan dalam peti sejuk boleh tahan 3 hari atau di simpanan freezer mampu bertahan selama 3 bulan. Kesemua produk AYA Real Food ni buat masa ini boleh di beli di Jaya Grocer Starling Mall, Intermark & Gardens Mall. Tetapi usah risau kerana korang boleh sahaja membelinya secara online dan dihantar ke rumah dengan melayari ke laman web : (terdapat juga pelbagai idea resepi di sana )


 www.ayarealfood.com

Facebook : aya real food

Instagram : @ayarealfood


10 Comments

  1. Karashi Bilis tu nampak sedap.
    Okay nanti nak terjah website Ayarealfood

    ReplyDelete
  2. teringin nak rasa yg karashi bilis tu..nnt nak try jugak laa

    ReplyDelete
  3. ohoo time2 MCO ni ada penting nyee juga ada pes pes ni.. memudahkan kerja nak memasak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan CT kalau bahan tak cukup pun boleh masak dengan adanya pes macam ni :)

      Delete
  4. Antara yang wajib ada di rumah nie.. memudahkan kerja memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha senang kalau ada stok pes macam ni kat rumah

      Delete
  5. Menarik ni. Nanti nak cubalah. Bilis tu nampak tempting sangat!

    ReplyDelete