Hujung bulan Mac 2020 yang lalu ketika kami membayar semua bil-bil bulanan secara online, suami duk tanya ana, bil TNB dah sampai tak? Ana pun jawablah belum rasanya sebab memang tak nampak pun bil dalam peti surat. Selang beberapa hari suami tanya lagi, ada tak bil letrik bulan lepas. Pun tak ada lagi sampai. Lewat agaknya, mungkin ada kaitan dengan PKP yang sedang berlaku waktu ini. 

Rupanya benarlah telahan ana, dari perkongsian di FB TNB Careline semalam di nyatakan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi bacaan meter dan penghantaran bil tidak dapat dijalankan sementara waktu bagi membendung penularan wabak Covid 19. Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan bil akan diselaraskan semula dengan bacaan sebenar ( bacaan meter yang diambil di rumah anda) Sekiranya penggunaan sebenar ( bacaan di meter) lebih rendah dari jumlah bil anggaran, maka lebihan pembayaran tersebut akan dikreditlkan semula ke akaun TNB anda dan sebaliknya.


credit sumber info FB TNB Careline 



Kadar diskaun bil elektrik pelanggan domestik TNB bermula 1 April sehingga 30 September 2020.


Okay jelas dah kan, bermakna kita akan menerima bil secara anggaran dan untuk mendapatkan salinan bil kena lah ke portal my TNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB. Turut di maklumkan di FB TNB Careline juga adalah, susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 terbaru, kadar diskaun bil elektrik yang lebih tinggi dan secara berperingkat akan diberikan kepada pelanggan domestik TNB bermula 1 April sehingga 30 September 2020. Ini juga bermakna 90% daripada pelanggan domestik akan menikmati diskaun bil elektrik yang lebih tinggi.





Untuk keterangan lanjut soalan lazim FAQ mengenai pakej ransangan ekonomi Prihatin  Rakyat boleh layari terus ke www.tnb.com.my  Semoga semua langkah yang di ambil pihak kerajaan ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah khasnya mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini secara langsung atau pun tidak. Sama-sama lah kita terus berdoa agar semua ini akan segera berakhir dan kita di pinjamkanNya kesempatan kehidupan yang kembali normal sediakala, aamiin.

Sumber : https://www.facebook.com/pg/TNBCareline/posts/