BIL TNB - ANGGARAN SEMASA TEMPOH PKP & DISKAUN DALAM PAKEJ PRIHATIN 2020
Hujung bulan Mac 2020 yang lalu ketika kami membayar semua bil-bil bulanan secara online, suami duk tanya ana, bil TNB dah sampai tak? Ana pun jawablah belum rasanya sebab memang tak nampak pun bil dalam peti surat. Selang beberapa hari suami tanya lagi, ada tak bil letrik bulan lepas. Pun tak ada lagi sampai. Lewat agaknya, mungkin ada kaitan dengan PKP yang sedang berlaku waktu ini.
Rupanya benarlah telahan ana, dari perkongsian di FB TNB Careline semalam di nyatakan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi bacaan meter dan penghantaran bil tidak dapat dijalankan sementara waktu bagi membendung penularan wabak Covid 19. Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan bil akan diselaraskan semula dengan bacaan sebenar ( bacaan meter yang diambil di rumah anda) Sekiranya penggunaan sebenar ( bacaan di meter) lebih rendah dari jumlah bil anggaran, maka lebihan pembayaran tersebut akan dikreditlkan semula ke akaun TNB anda dan sebaliknya.
credit sumber info FB TNB Careline |
Kadar diskaun bil elektrik pelanggan domestik TNB bermula 1 April sehingga 30 September 2020.
Okay jelas dah kan, bermakna kita akan menerima bil secara anggaran dan untuk mendapatkan salinan bil kena lah ke portal my TNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB. Turut di maklumkan di FB TNB Careline juga adalah, susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 terbaru, kadar diskaun bil elektrik yang lebih tinggi dan secara berperingkat akan diberikan kepada pelanggan domestik TNB bermula 1 April sehingga 30 September 2020. Ini juga bermakna 90% daripada pelanggan domestik akan menikmati diskaun bil elektrik yang lebih tinggi.
Untuk keterangan lanjut soalan lazim FAQ mengenai pakej ransangan ekonomi Prihatin Rakyat boleh layari terus ke www.tnb.com.my Semoga semua langkah yang di ambil pihak kerajaan ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah khasnya mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini secara langsung atau pun tidak. Sama-sama lah kita terus berdoa agar semua ini akan segera berakhir dan kita di pinjamkanNya kesempatan kehidupan yang kembali normal sediakala, aamiin.
Sumber : https://www.facebook.com/pg/TNBCareline/posts/
22 Comments
Rezeki buat rakyat Malaysia. dok rumah semua. haha
ReplyDeletepasti ada manfaatnya kan
DeleteAlhamdulillah.. pemimpin berjiwa rakyat..
ReplyDeletealhamdulillah
Deletefollow ana juga di sini;)
ReplyDeletetq Asyikin :)
Deletealhamdulillah, banyak diskaun dapat tu...manfaatkan la sebaiknya..
ReplyDeletesemoga dpt meringankan beban di masa akan datang
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAda diskaun.
Tapi bil mesti melambung sebab semua duduk rumah
kebanyakan peralatan elektrik semua on sepanjang masa.
hehe betul juga ye wak :)
DeleteAlhamdulilah... kena tunggu bil sampai, baru bole tau dapat berapa diskaun.
ReplyDelete~sejak pkp ni, bil api pasti melambung tinggi 😅
kan tunggu je lah yer bil bulan april nanti
Deletealhamdulillah.. semoga kita semua dipermudahkan. ameen
ReplyDeletealhamdulillah semoga bermanfaat buat semua
DeleteAlhamdulillah..nk tengok bil nanti...mesti pelik suami sbb selama ni mmg sy tak ambil tahu..hehe
ReplyDeletekita tunggu nanti macam mana pula ye fuzy :)
Deleterumah saya pulak semua jenis bill bulan March tak sampai.. api air semua x sampai. adoiii..
ReplyDeleteboleh check bil tnb tu CT
Deletealhamdulillah.. bila ada diskaun ini ringan sikit rasanya.. Tambah dekat rumah 24 jam kan.. memang naik bil bulan nie..
ReplyDeletetak lah terasa sangat kan Sha
DeleteNak tanya bil akan dtg ikut anggaran bil sebelumnya masa tempoh pkp..kalau bil anggaran tinggi dari bil bacaan sebenar..baki dari bil anggaran tu mcm mane.. sbb bil anggaran saya baru dpt tinggi..walau mcm mana pun kita tetap kena bayar kn
ReplyDeletehaah kena bayar, tapi rasanya nanti TNB akan rebate dan adjust semula selepas PKP ni, apapun untuk pengesahan puan boleh hubungi 15454 talian TNB untuk pertanyaan
Delete