Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2020 kerana wabak COVID-19 ini, banyak urusan harian kita terbatas, bukan sekadar tidak dapat keluar bekerja bagi sesetengah sektor, banyak peraturan dan larangan yang di kenakan dengan matlamat untuk mencegah dan membasmi penularan wabak ini agar dapat di atasi segera, In Shaa Allah. Semua urusan secara terus kini di lakukan secara dalam talian sahaja termasuklah pembayaran bil utiliti bulanan dan sebagainya.

Bulan Mac 2020 ni , kami tidak menerima sebarang bil elektrik dan dari info yang ana perolehi melalui FB TNB Careline, semua urusan bil , semakan dan bayaran boleh di semak secara online. Memandangkan staff TNB tidak dapat keluar membuat bacaan meter di rumah dan premis perniagaan jadi jumlah bayaran bill sepanjang tempoh PKP ini di buat secara purata. Nak tahu lebih jelas perlulah ke portal rasmi TNB atau ke FB TNB Careline. 






Cara semak bil TNB secara online


Apa yang ana fahami dan telah pun lakukan buat masa ini ialah ana telah pun menyemak jumlah bayaran bil untuk bulan Mac - April ini secara dalam talian dan ana dapati ianya adalah jumlah yang sama seperti bulan terdahulu. Dan bagi yang belum mengetahui cara nak semak bil bulanan TNB secara online, ana kongsikan di bawah ini sebagai panduan kita bersama. 






Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi myTNB , korang perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi beberapa langkah yang di perlukan. Sebelum itu perlulah memuat turun aplikasi myTNB ke telefon pintar masing-masing di App Store atau Google Play.

Masukkan butiran yang diperlukan untuk mendaftar dengan membuat pilihan jenis akaun. Sekiranya penyewa rumah korang boleh mendaftar pada aplikasi MyTNB dengan memilih sebagai penyewa (tenant). Mohon pilih seperti berikut dan  tidak perlu masukan no IC :

1) No I'm renting this place/it belong to my parents

2) Seterusnya pilih No. I may not have the rights to view all information related to this electricity supply account .




Selepas mendaftar bolehlah memilih paparan "BILLS" kemudian akan di paparkan "Details" butiran bil untuk bulan ini. Boleh sahaja membuat pembayaran terus melalui apps atau bayar secara manual melalui bank transfer dari akaun bank masing-masing seperti biasa. Yang penting kita ingin mengetahui berapa jumlah bil untuk bulan tersebut sahaja. 




Namun usah risau kerana sekiranya korang mengalami apa-apa masalah untuk ekses ke aplikasi di atas, boleh sahaja menyemak dan membuat pertanyaan melalui saluran di atas. Kita kini boleh mendapatkan bil elektrik terkini melalui myTNB Portal di (www.mytnb.com.my), menyemak bil serta membuat  bayaran secara online dengan menggunakan myTNB Apps atau boleh hubungi TNB di talian 1-300-88-5454 untuk sebarang pertanyaan bil atau akaun yang berkaitan.

Ketahui juga



Yang penting semak dan bayar bil kerana bimbang tertunggak banyak nanti boleh mengakibatkan gangguan bekalan letrik di rumah.