Cara semak bil TNB secara online
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2020 kerana wabak COVID-19 ini, banyak urusan harian kita terbatas, bukan sekadar tidak dapat keluar bekerja bagi sesetengah sektor, banyak peraturan dan larangan yang di kenakan dengan matlamat untuk mencegah dan membasmi penularan wabak ini agar dapat di atasi segera, In Shaa Allah. Semua urusan secara terus kini di lakukan secara dalam talian sahaja termasuklah pembayaran bil utiliti bulanan dan sebagainya.
Bulan Mac 2020 ni , kami tidak menerima sebarang bil elektrik dan dari info yang ana perolehi melalui FB TNB Careline, semua urusan bil , semakan dan bayaran boleh di semak secara online. Memandangkan staff TNB tidak dapat keluar membuat bacaan meter di rumah dan premis perniagaan jadi jumlah bayaran bill sepanjang tempoh PKP ini di buat secara purata. Nak tahu lebih jelas perlulah ke portal rasmi TNB atau ke FB TNB Careline.
Cara semak bil TNB secara online
Apa yang ana fahami dan telah pun lakukan buat masa ini ialah ana telah pun menyemak jumlah bayaran bil untuk bulan Mac - April ini secara dalam talian dan ana dapati ianya adalah jumlah yang sama seperti bulan terdahulu. Dan bagi yang belum mengetahui cara nak semak bil bulanan TNB secara online, ana kongsikan di bawah ini sebagai panduan kita bersama.
Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi myTNB , korang perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi beberapa langkah yang di perlukan. Sebelum itu perlulah memuat turun aplikasi myTNB ke telefon pintar masing-masing di App Store atau Google Play.
Masukkan butiran yang diperlukan untuk mendaftar dengan membuat pilihan jenis akaun. Sekiranya penyewa rumah korang boleh mendaftar pada aplikasi MyTNB dengan memilih sebagai penyewa (tenant). Mohon pilih seperti berikut dan tidak perlu masukan no IC :
1) No I'm renting this place/it belong to my parents
2) Seterusnya pilih No. I may not have the rights to view all information related to this electricity supply account .
Selepas mendaftar bolehlah memilih paparan "BILLS" kemudian akan di paparkan "Details" butiran bil untuk bulan ini. Boleh sahaja membuat pembayaran terus melalui apps atau bayar secara manual melalui bank transfer dari akaun bank masing-masing seperti biasa. Yang penting kita ingin mengetahui berapa jumlah bil untuk bulan tersebut sahaja.
Namun usah risau kerana sekiranya korang mengalami apa-apa masalah untuk ekses ke aplikasi di atas, boleh sahaja menyemak dan membuat pertanyaan melalui saluran di atas. Kita kini boleh mendapatkan bil elektrik terkini melalui myTNB Portal di (www.mytnb.com.my), menyemak bil serta membuat bayaran secara online dengan menggunakan myTNB Apps atau boleh hubungi TNB di talian 1-300-88-5454 untuk sebarang pertanyaan bil atau akaun yang berkaitan.
Ketahui juga
Yang penting semak dan bayar bil kerana bimbang tertunggak banyak nanti boleh mengakibatkan gangguan bekalan letrik di rumah.
26 Comments
Takde risau kalau bil tak datang boleh semak di talian.
ReplyDeletetu laa NA kena check juga takut lupa tertunggak pula nnt kan :)
DeleteRasanya bukan TNB sahaja kak Ana syarikat air pun sama. Macam bil air di Negeri Sembilan kami tak baca meter so kena semak dan bayar bil online. Besar harapan kami agar pelanggan membayar seperti biasa demi kelangsungan hidup syarikat eh! tiberrr..
ReplyDeleteSerius cakap kak Ana bayaran bil menurun tidak seperti bulan-bulan sebelum PKP :-(
owh ye ke Mrs A kena check juga lah kan bil air pun sebab unifi memang dah sedia ada online lama dah :)
DeleteTerima kasih kak Ana perkongsian.
ReplyDeletesama-sama PC
DeleteSetiap masalah ada jalan penyelesaiannya ye. Tak dapat bil, boleh semak secara online pula. Heheeee... tak tahulah kami ni, belum pernah semak online. Tq for sharing.
ReplyDeletekak ana pun bulan ni kali pertama nak check online sebab sebelum ni bil ada dalam petipos cuma bayar secara online dengan JOMPAY tu :)
Deletenieyl dah lama x tgk bil kertas tu dah, skrg ni mmg tgk bil dkt apps je..lebih mudah dan senang
ReplyDeletemudah kan nieyl
DeleteSekarang semua di hujung jari. Mudah tak perlu bayar manual.
ReplyDeleteitulah mudah dah sekarang
Deletedah download...sejak PKP ni
ReplyDeletekak ana pun baru ni nak guna ewan :)
DeleteNasib ada anak yang tukang buat.
ReplyDeletehehe ada PA ye wak :)
DeleteTerima kasih kongsi. Dah buat juga. Hehe. Tak sabar tengok bil bulan April sebab full duduk rumah kan. Berapalah agaknya.
ReplyDeletebil secara purata Ili, kak ana check sama macam bulan lepas jumlahnya
Deleteperkongsian yang baik...tapi sy mmg dah link bil TNB dgn bank..so boleh tau terus berapa caj dari situ..
ReplyDeletemudah ye Fuzy
Deletenice sharing ana ;)
ReplyDeletetq NA :)
DeleteKalau tak bayar dulu, apa ke, atau tak apa ke?
ReplyDeleteMeter reader tak datang, rasanya kontraktor potong api/air pun tak datang. Kan tengah pkp ni hehehe.
Duit tengah jimat berkira nak beli beras ngan telur ayam je nih
hehe risau juga kalau tertunggak nanti banyak pula akan datang kan :)
DeleteRasa mcm Ada install tapi tapi lupa la..ujur Ada sharing Kat sini tq tau
ReplyDeletekena check balik mama :)
Delete