Kek lagi ? Ye, gitulah ceritanya sepanjang PKP yang telah pun masuk fasa ke 3 ni. Alhamdulillah semakin hari semakin turun bilangan pesakit positif dan semakin ramai yang telah pun pulih cuma ada beberapa kematian kerana telah sampai janjiNya dan itu adalah atas asbabnya jua. Dari awal-awal PKP lagi Adik Ika dah request nak buat non baked oreo cheesecake ni, tapi duk bertangguh sampai lah ke semalam, dia sendiri yang buat kek ni. 

Bukan main lagi bagi list kat ayahnya yang keluar ke Aeon untuk belikan bahan-bahan non baked Oreo Cheesecake nya ni. nasib baik lah betul semua bahan yang di beli, dan malam semalam dia lah yang godek-godek resepi ni dan menjadi lah dengan jayanya. Walaupun tak berapa cantik kerana kami tak punya loyang kek buka keliling tu atau loose-base pan, tapi kami alas loyang dengan baking paper untuk mudah mengeluarkannya. Jadi bila dah keluar tu bahagian keliling kek jadi tak berapa cantik dan tidak licin kerana melekat pada baking paper. Tak apalah, janji ianya menjadi dan sedap di makan. 




Resepi Non Baked Oreo Cheesecake  

 
Mudah sangatlah nak buat kerana kek ni tak perlu di bakar atau di kukus. Ia hanya perlu di sejukkan dan boleh lah di makan. Memandangkan bahan asasnya keju jadi pastilah ianya rasa keju lah kan, cuma untuk bahagian crust tu ada rasa coklat dari bahan dasar iaitu biskut Oreo serta di bahagian toppingnya juga adalah rasa coklat dari biskut Oreo. Gabungan enak khas buat peminat cheese dan coklat pasti menyukainya. Meh laa ana kongsikan semula resepinya khas buat yang tercari-cari cara nak buat Kek Keju Oreo tanpa bakar ni ataupun lebih di kenali sebagai Non Baked Oreo Cheesecake. Resepi kek ini terdiri daripada 3 bahagian seperti di bawah : 

Bahagian dasar ( crust ) Oreo Cheesecake

 
Bahan-bahannya adalah 200g biskut Oreo dan 50 g butter yang di cairkan.  Biskut Oreo di pecah-pecahkan dan kemudian blend halus.  Untuk bahagin dasar kek ambil sebahagian serbuk Oreo dan campurkan dengan cairan mentega tadi. Alaskan di bahagian dasar kek dan mampatkan. Jangan lupa tinggal kan sedikit serbuk Oreo untuk lapisan topping nanti.





Bahagian Cheesecake 

Bahan-bahannya : 

250g cream cheese
80 g gula kastor
1 sudu teh esen vanila
250ml whipping cream

Cara-caranya :

- Pukul cream cheese, gula kastor dan masukkan esen vanila.
- Masukkan whipping cream dan putar hingga kental. 
- Tuangkan ke dalam loyang yang beralaskan crust base biskut oreo tadi.




Bahagian topping oreo cheesecake


- Taburkan serbuk oreo baki dari crust tadi dan hiaslah ikut kreativiti masing. 
- Bekukan kek sekurang-kurangnya selama 4 jam atau sehingga keras. 
- Keluarkan kek dan sedia untuk di nikmati. 




Sekiranya nak isi dalam bekas acuan kecil-kecil pun boleh juga kerana kek ni sangat lembut dan boleh dimakan dengan menceduk dengan sudu tanpa perlu dipotong. Pepandai lah kan nak buat acuannya bagaimana dengan menggunakan peralatan yang ada di rumah. Selama  mencuba .


16 Comments

  1. Simple sahaja bahannya...kalau dan boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa simple je tak perlu bakar atau kukus dah fida :)

      Delete
  2. Terliur rasa.. pasti sedapkan...

    Jom ke sini pula https://eyma0913.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bahan sikit dan caranya pun mudah.. kena try buat ni kak ana... hehe

    ReplyDelete
  4. WAH SEDAP N MUDAH NK BUAT KEK NI

    ReplyDelete
  5. menggoda sangat ni...saya baru je buat cheesekut, kena amik jarak masa sebelum buat oreo cheesecake ni pulak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ujie kerap sangat ber cheese pun muak juga hehe :)

      Delete