Allahu..Bila viralnya di perkongsian sosial media yang mengaitkan kucing atau haiwan kesayangan kita dengan wabak COVID-19 ni, sangat-sangatlah mendukacitakan khasnya di kalangan pencinta haiwan. Yang paling membimbangkan ialah penganiayaan terhadap kucing dan anjing pastinya. Sana sini share keratan akhbar yang bertajuk "Jauhi Haiwan Peliharaan Untuk Jangkitan COVID-19 ". Dan bagi mereka yang jenis malas membaca dan sekadar membaca tajuk, pastilah awal-awal dah kecoh sana-sini sehingga ada komen-komen yang mula nak buang kucing. 


Ujir kucing ana yang dah menghilangkan diri sejak September 2019 


Selepas beberapa ketika, Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk  Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik status di FB rasmi beliau di  SINI  memperbetulkan dan memberi keterangan jelas mengenai isu ini. Beliau menjelaskan di status bertarikh 6hb April 2020 adalah seperti di berikut " I understand many of us have been asking about the infection of COVID-19 on animals and pets. For animal lovers, pets are considered as part of their family. If we are unable to keep a distance from animals and pets, it is important to keep good hygiene at all times including when in contact with animals and pets.

Wash your hands before and after handling them. Meanwhile, the Ministry of Health (MOH) will work closely with the Department of Veterinary (DVS) for further advice on this matter. " 

sumber FB Datuk Dr Noor Hisham Abdullah


Yang mana membawa maksud untuk kita perlu menjaga kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas bermain atau menyentuh haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sementara Kementerian Kesihatan Malaysia mendapatkan penjelasan lanjut dari Jabatan Veterinar. Dan Alhamdulillah pagi semalam, ana mendapat info dari rakan FB Cik En yang merupakan pegawai veterinar penjelasan rasmi mengenai isu ini dari siaran media Jabatan Veterinar Malaysia. Ana kongsikan semula di sini untuk kita sama-sama memahami fakta yang betul dan sahih samada kucing dan haiwan peliharaan lain adalah tidak menjangkiti manusia untuk wabak COVID-19 ini.


Persoalan bolehkah COVID19  berjangkit dari haiwan peliharaan kepada manusia




Turut mengulas mengenai isu ini ialah Pakar Perubatan Veterinar UPM , Prof Dr Abdul Rahman Omar yang di siarkan di Sinar Harian Online pada 8hb April 2020 seperti di foto  keratan akhbar yang ana kongsikan di bawah ini. 




Alhamdulillah semoga dengan penjelasan ini dapat memberikan fakta yang tepat dari sumber yang dipercayai bahawa tiada bukti kukuh yang menyatakan haiwan peliharaan boleh menjangkiti manusia tetapi adalah sebaliknya yang pernah di rekodkan di dunia. Semoga haiwan-haiwan kesayangan kita semua tidak akan teraniaya oleh mereka yang cepat membuat andaian dan keputusan tanpa merujuk kepada yang pakar dalam bidangnya. 

Bimbang sangat kalau ramai yang hanya baca tajuk dan buang kucing peliharaan di jalanan. Dan telahpun berlaku beberapa kejadian seperti itu yang di kongsikan di group Kelab Pencinta Kucing, yang mana lebih sedih bila kucing-kucing yang jenis tak pandai berdikari ini di buang di jalanan kerana mereka memang akan kelaparan dan kesejukan di jalanan sebab tidak biasa menjadi kucing jalanan. Sedihnya. Hanya kepada Allah swt sahaja ana berserah dan pastilah mereka yang menganiaya haiwan ini akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. 

Sebarkanlah info yang baik ini agar masyarakat di luar sana faham dan tidak mengambil tindakan kejam tanpa mendapat penjelasan yang benar yang mana akan menjadikan haiwan kesayangan Rasulullah saw ini ataupun anjing sekali pun menjadi mangsa terbiar dan mati kelaparan di jalanan. Lihat sahaja lah apa yang telah berlaku di luar negara yang banyak membunuh haiwan-haiwan ini dengan mencampakkannya dari bangunan tinggi tanpa belas kasihan. Allahu.. 


10 Comments

  1. Yang penting kucing selamat...jaga elok2...ada juga kecing di rumah...baru ja beranak...

    ReplyDelete
  2. Dah bela kucing, kenalah jaga elok-elok.
    Kasihan pula.

    ReplyDelete
  3. Mula-mula dengar berita ini sayu terus PC.terus pandang semua anak-anak bulu..pandang mata mereka satu-satu..ya Allah sayu..risau sangat.Lama-lama bila dah ada penjelasan..rasa lapang sikit hati dan fikiran..kalau tak rasa berat dada tahan rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC, kak ana cari info yang sahih baru rasa lega sangat

      Delete
  4. sedih tgk bulus.. semoga bulus2 juga di hindari dgn peyakit berjgkir ni

    ReplyDelete
  5. harap2 virus ni tak menjangkit kat haiwan.
    Hidup wak hari2 dengan haiwan peliharaan.

    ReplyDelete