Semalam Jumaat ke tiga bagi kaum lelaki di Selangor ni khasnya tidak dapat keluar menunaikan solat Jumaat. Allahu.. makin hari makin terasa gerunnya dengan apa yang sedang kita lalui kini. Pada pandangan peribadi ana sebagai hambaNya yang naif, apa yang berlaku adalah satu teguran serta murka Allah swt kepada kita semua. Di hantarnya sehalus-halus makhluk yang tak dapat di lihat dengan pandangan mata, namun ia bisa merubah seluruh kehidupan manusia. 

Makhluk Tuhan yang di namakan Corona Virus atau Covid-19 ni, menjadikan manusia hidup dalam ketakutan. Terputus hubungan sesama insan, tiada lagi jemaah di masjid dan surau, malah lebih sedih bila terhentinya seketika pusingan tawaf di tanah suci untuk beberapa hari. Puluhan ribu manusia telah di jemput ajal kerananya di seluruh dunia. Ia tidak mengenal usia, ras, agama, darjat dan siapa sahaja tak lepas dari berisiko menjadi mangsanya. 






Semalam 3 April 2020,merupakan Jumaat ketiga kaum lelaki di Selangor dan seluruh negara tidak dapat menunaikan solat Jumaat , sebaliknya mereka menunaikan solat Zohor di rumah. Pelbagai pendapat yang berlegar di ruang maya, apakah hukumnya selepas 3 kali tidak solat Jumaat ini? Ana rujuk penjelasan dari Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri , menteri Hal Ehwal Agama, dan Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman , mereka yang arif dalam bidang dan tadbir kuasanya untuk menjawab persoalan ini. 


Apakah hukumnya selepas 3 kali tidak solat Jumaat ketika PKP Covid-19 ?


Tidak berdosa jika seseorang meninggalkan solat Jumaat di masjid sebanyak tiga kali kerana darurat pandemik Covid-19, kata menteri Hal Ehwal Agama. Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ada yang jemaah yang salah faham dengan hadis Nabi Muhammad, menyebabkan mereka berkeras untuk ke masjid dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

“Tanggal hari ini, masuk kali ketiga kita tidak dapat menunaikan solat Jumaat sejak PKP diumumkan oleh kerajaan pada 18 Mac lalu. “Kami merasa risau apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa terdapat segelintir pihak yang berkeras mahu menunaikan solat Jumaat pada hari ini,” catatnya di laman FB Page nya.

“Alasan mereka kerana terdapat hadis yang menyebut bahawa sesiapa yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali, maka ia termasuk dalam golongan munafik. “Kami ingin tegaskan, bahawa apa yang didakwa ini adalah suatu kesalahfahaman yang jelas!”

Katanya golongan yang disebut 'munafik' dalam agama itu adalah mereka yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.
Sedangkan situasi kini adalah umat Islam berada dalam keadaan darurat kesihatan disebabkan penularan wabak penyakit berjangkit.

“Justeru, kami dengan rendah diri merayu agar seluruh umat Islam di negara ini kekal meletakkan kepatuhan yang tinggi terhadap arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama. “Sesungguhnya kita semua mahu segera keluar daripada kemelut pandemik ini, namun ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutama diri kita sendiri.
“Akhir kalam, jangan pergi masjid! Solatlah Zuhur berjemaah di rumah atau di tempat masing-masing,” tambahnya.




Di terbitan BH Online pula memetik , Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman, berkata solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing. “Harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing. “Ketetapan hukum ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu yang bermaksud keadaan sempit yang menyebabkan perkara yang dilarang.

“Ketetapan hukum ini juga bersandarkan kepada hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit, berdasarkan Hadis Riwayat Abu Daud,” katanya.

Beliau berkata, penjelasan ini diharap membantu umat Islam supaya tidak keliru walaupun tidak mengerjakan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut.

Sama-sama lah kita berdoa dan terus berdoa agar semua ini akan segera berakhir, Aamiin Ya Rabb. Patuhi lah setiap arahan dan panduan yang di keluarkan oleh pihak KKM dan pemerintah negara agar wabak ini dapat di bendung dan lenyap segera dari seluruh dunia. Semoga masih diberikanNya kesempatan untuk kita terus memperbaiki diri dan amalan apatah lagi Ramadan yang kian menghampiri dalam masa 20 hari sahaja lagi. Kami memohon perlindungan dariMu Ya Allah. 


14 Comments

  1. moga semua ni cepat berakhir kan.
    dah le nak ramadhan. terawikh. aduhai :(

    ReplyDelete
  2. Rasa lain sangat bila hari Jumaat tiada solat Jumaat..lebih-lebih lagi dah minggu ketiga ni kan kak..Allahu.






    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC sedih sangat suami kak ana pun cakap duk rumah tapi tak dapat nak pi masjid hari jumaat :( semoga wabak ini akan segera berakhir

      Delete
  3. soalan ni hari tu banyak juga org tanya kan...
    Alhamdulillah, semoga pencerahan ini dapat difahami..
    dan didoakan semoga covid ni cepat berlalu dari malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ambil dari mereka yang arif dalam ilmu dan bidangnya kan Nieyl

      Delete
  4. sepi dan sayu tanpa solat jumaat.. InshaAllah smuanya akan berakhir tak lama lg. sma2 la kita berdoa..

    ReplyDelete
  5. rasa sedih kan...harapnya lepas PKP ni kaum lelaki akan ambil peluang utk solat Jumaat terutama yg selalu culas tu..

    ReplyDelete
  6. sayu kan hati.. tapi insyallah berkat doa semua..
    mudah2an ujian ni cepat berlalu..

    ReplyDelete