Bermula 10hb Jun 2020, kita semua berada dalam peralihan PKP kepada PKPP di mana banyak kelonggaran dan boleh di katakan telah kembali kepada situasi sedia kala atau lebih tepat sebagai era pasca Covid19. Kini semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga kita. Displin kanlah diri setiap kali berada di luar rumah untuk mematuhi setiap SOP norma-norma baharu kehidupan yang telah di asuh dan dididik oleh kerajaan selama hampir 3 bulan lebih. In Shaa Allah, kita boleh melakukannya demi kesinambungan kehidupan yang harus kita teruskan bersama. 

Salah satu langkah yang di perkenalkan oleh kerajaan dan akan di guna pakai oleh seluruh warga negara adalah MySejahtera. Apakah itu MySejahtera ? MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.





Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

~Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
~ Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
 ~Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
 ~Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Cara daftar MySejahtera di Telefon Pintar

Ana sendiri baharu sahaja selesai muat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera di telefon pintar dan ana kongsikannya di sini untuk rujukan kita bersama. Mudah sahaja cuma perlu ke Apps Store untuk pengguna androids atau boleh sahaja daftar di laman web  https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/ . Untuk yang menggunakan aplikasi di telefon pintar macam ana, selepas muat turun, masuk ke aplikasi dan klik pada Get Start untuk kita mulakan proses pendaftaran. Ada dua pilihan sama ada menggunakan email atau pun no telefon sebagai username. Ana memilih untuk mendaftar dengan email. Ada pilihan bahasa di sana untuk yang lebih mudah menggunakan Bahasa Melayu boleh lah tukar kepada BM ya :)



Selepas memasukkan email yang tepat dan tick pada reCAPTCHA kita akan menerima email serta pautan verifikasi pengesahan email. Dari sana isilah butiran peribadi yang di minta seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terkini, nombor telefon dan sebagainya. Selesai semua urusan dan submit kita akan di berikan paparan di bawah menandakan pendaftaran kita telah berjaya dan sekali lagi akan menerima mesej pengesahan melalui email atau sms mengikut pilihan username masing-masing. Proses ini mengambil masa sebelum kita boleh sign in dan aktifkan aplikasi. Selepas seminggu lebih kurang ana menerima email yang menyatakan akauan MySejahtera ana sudah boleh di akses dan sign-in. 


Mudah kan, jadi apa tunggu lagi jom kita muat turun dan daftar di telefon pintar masing-masing untuk memudahkan kawalan kendiri kita di masa akan datang. Berdasarkan Sidang Media Majlis Keselamatan Negara, oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan mengenai pemberian atau kredit e-dompet (e-wallet) berjumlah RM50 akan dibuat setelah memuat turun atau download aplikasi MySejahtera.  (sumber : https://www.mysumber.com/mysejahtera.html )


18 Comments

  1. Baru nak daftar kak ana. Tq ye sharing info

    ReplyDelete
  2. kite pun blum daftar lagi mysejahtera ni kak..

    ReplyDelete
  3. Sha pun baru nak daftar jugak Kakna. TQ info.

    ReplyDelete
  4. nak cuba daftar guna emel tksh ana infonya

    ReplyDelete
  5. mudah aje rupanya tapi tu la sampai skrg mama buat separuh jalan aje.. huhu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah daftar dah.. mudah dan senang nak digunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. info yang diberikan penting untuk kita ketahui perkembangan covid 19 ni kan Sha

      Delete