Buat aiskrim Malaysia lagi anak-anak ni, kali ni depa buat aiskrim Solero . Sebelum ni buat aiskrim Sumi Jelly dengan Aiskrim Oreo, sedap dan elok kejadiannya ana pernah terbitkan di SINI . Teringin pula nak try buat ais krim Solero ni, pii laa cari bahan di pasaraya. Limau nipis ni banyak pula buahnya di belakang rumah, ana petik sahaja lah kan. Dah siap, sedap sangat, ana suka sebab ada masam-masam tu kena lah pada selera ana ni.
Plastik aiskrim Malaysia , bila kita beli kan banyak dalam dia, jadi selagi tak habis plastik aiskrim tu ada sahaja lah yang di fikirkan oleh anak-anak nak jadikan aiskrim Malaysia. Mula-mula tengok tutorial dari Youtube macam susah juga nak buat aiskrim Solero ni , bila Kak Long cuba nampak lah cantik juga kejadiannya bila dah beku dan rasa sedap lemak masam gitu. Jom ana kongsikan dengan korang cara buat aiskrim Malaysia, aiskrim Solero.
Cara buat aiskrim solero
Kaedah dan bahannya lebih kurang sahaja dengan aiskrim Sumi dan Oreo hari tu. Base dia memang susu pekat dan bancuhan tepun jagung yang di masak. Cuma perisa Solero ni kita menggunakan perahan jus limau nipis.
Bahan-bahan buat aiskrim Solero :
Plastik aiskrim Malaysia
Susu Cair 1 tin
Susu pekat manis - ikut manis yang korang nak kami guna 1/2 tin
1 cawan air masak
2 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air ) - untuk memekatkan susu dan lemakkan rasa aiskrim
Untuk lapisan Solero
2 cawan air
1 cawan gula
5 biji limau nipis - perahankan jusnya
Pewarna hijau
Cara buat aiskrim Solero
Tutorial secara video korang boleh tonton di youtube di atas naa.. Jangan lupa subscribe 😍😍
1. Bancuhkan tepung jagung bersama air .
2. Di dalam periuk masukkan 1 tin susu cair dan campurkan dengan 1 cawan air masak. Gunakan sukatan tin susu cair tu sahaja.
3. Masukkan pula 1/2 tin susu pekat manis. Kalau nak manis tambahlah ikut selera masing-masing sebab ana gunakan setengah tin ni dah cukup lemak manis dah.
4. Masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Jangan tinggalkan nanti susu membuak . Sentiasa kacau .
5. Didihan pertama masukkan banduhan tepung jagung tadi dan terus kacau lagi hingga didih kali kedua. Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik.
6. Untuk bahagian Solero , didihkan 2 cawan air.
7. Masukkan 1 cawan gula.
8. Dapatkan perahan jus limau nipis dan masukkan dalam didihan air gula tadi.
9. Masukkan pewarna hijau. Sejukkan pada suhu bilik sebelum memasukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia.
10. Tuangkan dengan menggunakan corong adunan aiskrim susu dan pusingkan plastik aiskrim sekali baharulah tuang kan pula adunan Solero ke dalam bahagian atasnya. Boleh tonton di Youtube di atas untuk lebih jelas visual caranya.
11. Buka pusingan di bahagian tengah dan biarkan kedua bahagian bercampur dengan corak yang cantik seperti marble gituew. Adjust lah dengan tangan kan. Simpulkan di bahagian atas pek aiskrim dan beku kan semalaman.
Sedap aiskrim ni ada rasa lemak, manis dan masam. Cuba lah kay, bersama anak-anak di rumah. Selamat mencuba.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
21 Comments
sedap ni lemak manis dan masam-masam.Wah.
ReplyDeletehaah PC kak ana suka pula perisa solero ni sebab ada masam 2kut
DeleteM.i.l Mrs. A pun rajin buat ais krim Malaysia ni macam-macam perisa heaven cucu-cucu dia kalau datang Jiboi
ReplyDeletehaha seronok anak cucu makan ye macam2 perisa ada
Deletekalerpul sekerimnya
ReplyDeletehehe hijau putih wak :)
Deletesuka tengok warna hijau dia, pekat cantik je kak ana buat
ReplyDeletehaha pewarna tu over sikit FJ nasib baik bh sikit je :)
DeleteSuka ais krim solero.. lemak manis masam2
ReplyDeletekan cik piya kak ana pun suka
Deletewahhh sedap..dah la sekarang ni cuaca panas kan..elok sangat makan ice cream ni
ReplyDeletebuat sendiri kat rumah AD simpan dalam fridge senang kan :)
DeleteLawanya aiskrim tu kak.boleh cuba.hari tu dh try aiskrim cumi cumi.hehe.
ReplyDeletecuba lah ana :)
DeleteTerasa2 dah kat lidah masam2 manis dia ...umphhh
ReplyDeletekan syaz sedap :)
Deletebetul tu D tanpa plastik tak menjadi lah eskrim mesia kita kan , pii beli plastik dereh :)
ReplyDeleteWah, sedapnya 😋 nanti nak cuba juga la
ReplyDeletecubalah zumal :)
DeleteMeriah warna aiskrim.. nampak sedap kena dgn nama
ReplyDeletesedap nina cubalah
Delete