Kalau korang pernah baca entri ana yang lepas kisah ana terbitkan DI SINI  , kucing ana YangYang baharu sahaja mati bersama anak-anak dalam kandungannya bulan July yang lalu.  Sejak dari hari tu adiknya Yutta Kitty atau kami panggil zamani sebab dia memang kurus sangat dari kecil dan selalu selsema memanjang, Yutta Kitty sejak tu dah mula tak berapa aktif seperti selalu. Yutta ni amat manja dengan ana sama macam abang depa Ujir sebelum ni. Kalau ana baring depan TV tu,pasti akan naik atas dada dan tidur, kalau anak kucing jantan ni selalu nya manja over dengan ana. 



Yutta mula tak nak bermain dan selera makan pun nampak kurang. Cuaca pula masa tu hujan selalu dan nampak hidungnya berhingus  dan bersin, tapi dia memang selalu macam ni. Selang beberapa hari keadaannya makin kurus,makan dah tak berapa nak dan dia hanya duduk termenung di atas para di luar rumah. Ana dah mula rasa lain, cuba juga bagi makanan tin adalah dia jamah sedikit dan hanya banyak minum air kosong sahaja. Masa tu kami nak balik kampung untuk beraya haji. Ana pesan kat Yutta tunggu mama balik tau jangan pii mana-mana. 

Sepanjang beraya di kampung hati tetap teringat pada Yutta dan adik-adik baharu nya 3 ekor lagi anak si Cholo. Risau kalau dia ditakdirkan tiada sedangkan kami tak ada di rumah untuk menguruskannya. Ana dah masak sangat bila anak kucing ni hilang selera makan, tak lama mereka akan pergi. Banyak dah yang menghembuskan nafas terakhir di depan mata begitulah keadaannya. 


yutta kitty 


Alhamdulillah sekembali kami dari kampung Yutta masih ada tapi sangat kurus dan bila ana berikan makanan dah tak mahu jamah. Ana bekalkan anak-anak bulus ni dengan makanan dan minuman sepanjang balik kampung. Tak habis pun makanan kering dalam bekas, yang tiga ekor anak kecil tu masih tak berapa pandai makan, menyusu dengan maknya si Cholo. 

Dua tiga hari keadaan Yutta makin lemah, tapi masih berada di rumah. Ana letakkan di dalam sangkar namun tidak berkunci kerana dia masih boleh berjalan keluar ke pasir dan minum air walaupun lemah. Tapi seperti selalulah, kucing sakit dan hampir mati ni ada kalanya akan membawa diri jauh dari tuannya. Yutta dah tak balik dan tak kelihatan di rumah selama seminggu. Dan masuk hari ini lebih sepuluh hari. Allahu, ana rasakan Yutta dah tiada lagi . 


Gambar terakhir Yutta Kitty birthday setahun kak Ika belikan baju hoddie untuk nya


Sedihnya, Tuhan sahaja yang tahu. Anak kucing kesayangan kami sekeluarga kerana dia memang tak ada masalah di rumah ni. Dia tak buat kotor dalam rumah, tak cakar sofa dan tak bising kalau lapar. Suami pun sayang Yutta, petang-petang suami ke belakang juga ronda-ronda cari Yutta tapi tak jumpa. Dalam hati ni sedih sangat memikirkan dia mati kelaparan dan kesejukan di luar sana sendirian. YangYang sempat mati dalam jagaan ana depan mata dan ana kebumikannya di belakang rumah, tapi Yutta pergi meninggalkan kami sama seperti Ujir, Nopal dan Richie. 


3 beradik anak Cholo yang tiada lagi bersama kami kini YangYang, Yutta Kitty dan Richie ketika masih kecil 


Begitulah perjanjian Tuhan, tiada apa yang kekal di dunia ini melain Dia. Selepas lahirnya 3 generasi ke berapa anak si Cholo ni ana pun tak pasti, hilang pula 3 ekor kakak abang mereka YangYang, Richie dan Yutta Kitty. Silih berganti mengambil tempat di ruang belakang rumah kami ni. Adik Ika ada rekod kan kelahiran mereka dan Adik Ika bagitahu setahun lebih usia YangYang dan Yutta Kitty dan mereka kini dah tiada. Tinggallah JJ ( Jingga Junior ), MingMing dan Twinky Winky di rumah ni yang masih kecil menjadi penghibur hati kami sekeluarga. Apapun ia, semoga kami akan bertemu semula di sana nanti dengan izinNya jua. 


20 Comments

  1. SEDIH BACA N3 ANA...SELALUNYA KITA AKAN CEPAT KEHILANGAN APA YG SGT DISAYANGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rindu dengan kemanjaan anak-anak bulus yang pernah hadir dalam hidup ini PI

      Delete
  2. Agaknya tak talu makan tu sebab sakit kot.
    Sedih sebenarnya bila kita dengar riwayat kucing. Dari kecil saya pun selalu dengar orang kata, kucing kalau nak mati, dia akan pergi ke tempat lain, tinggalkan tuannya. Agaknya dia tak mahu tuannya bersedih.
    Mudah-mudahan akan ada penggantinya nanti. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pendapat macam tu Amie, waallahu a'lam

      Delete
  3. Sedih nyer.... Dulu mass rumah mak kat kg ade bela kitty, bila dia mati sedih sesangat 🐱
    La nie tak der bela lagi sebab rumah taman.... Tunggu dapat ade tanah boleh bela balik👆

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih bila kehilangan kan Nay tapi kita kena redha kerana tak ada apa yang kekal di dunia ini melainkanNya

      Delete
  4. faham persaan tu , masa saya kehilangan 4 ekor anak kucing saya sebab parvo virus . seekor kucing betina saya yang dewasa (mato) juga seperti sakit . Hari last saya jumpa dia memang dia seakan sakit dan diam je. Sampai ke hari ini dia tak balik . Tapi saya dapat rasakan dia memang dah tak ada . Sebab dia bukan jenis tak balik rumah , dan waktu last tu dia memang nampak sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mambin, sama kiah kucing saya ni, dia pun memang jenis yang akan balik rumah tak pernah tak balik tapi bila dah lama ni sakit pula tu saya dapat rasakan dia dah tak ada :(

      Delete
  5. Tumpang sedih...kak pun besa alami keadaan begini. Sedih berbulan nak hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai saat ini kak mala masih rindu dan sedih sangat

      Delete
  6. Faham sangat rasa itu, semoga tabah kak mengenangnya :(

    ReplyDelete
  7. Mama suruh tunggu Yutta dah tunggu.Lepas jumpa mama barulah Yutta betul-betul pergi.Dalam keadaa separa sedar sebenarnya haiwan memahami dengan caranya.Mungkin Yutta tak nak Mamanya sedih tapi hakikatnya peribadi bagi PC bila kita tak nampak jasadnya itu lebih menyakitkan.PC selalu cakap dengan anak10 bulu..kalau nak sakit,nak habis hayat,depat umi abi..umi abi puas hati.jangan buat aumi abi sakit menanggung rindu dan kehilangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya PC macam Yangyang kakaknya walau pun kita sedih tapi kita nampak dan tanamkan sendiri puas rasa hati berbeza bila hilang terus macam ni lama kesedihannya di hati , hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui

      Delete
  8. Bela kucing di rumah silih berganti.. semunya mati semasa umur masih muda. Tak ada mati sebab sakit tua. Apa yg kita syg sgt mesti akan pergi dulu

    ReplyDelete