YangYang pergi bersama babynya
Semalam 12 Julai 2020, awal pagi keluar ke belakang nak masukkan kain ke dalam mesin basuh. Ana tengok YangYang tidur dalam kandang adik-adiknya yang baru lahir Raya hari tu. 3 ekor lahir generasi keempat anak si Cholo. Kami namakan MingMing, Twinky Winky dan JJ ( Jingga Junior ). YangYang anak Cholo generasi pertama pun 3 adik beradik YangYang, Yutta Kitty dan Richie . Richie dah hilang kan diri berbulan dah tinggallah YangYang dengan Yutta Kitty atau ana panggil Zamani Slam sebab badannya kurus sangat masa kecil hehe .
YangYang |
Beberapa hari lepas, ana dah perasan dah YangYang ni macam penat sangat. Perutnya besar dan rasanya di pregnant sarat dah. Asyik baring je bila masuk rumah. Nafasnya pun laju. Ada juga cakap-cakap dengan Kak Long, kesian tengok YangYang, penat sangat preggy. Ana dah siapkan tempat untuk dia beranak kat belakang, letak kotak, kain buruk. Tapi pagi semalam dia nampak lemah sangat. Tidur je dalam kandang adik-adiknya.
Baby baru Cholo - MingMing, Twinky Winky & JJ ( Jingga Junior ) |
Lepas masukkan kain dan cuci lantai belakang, ana tengok YangYang keluar kandang nak minum air dalam bekas minuman yang kami letak . Dia tak boleh bergerak , tertiarap je perut atas lantai. Allah. Ana angkat dan letak atas kain. Ambil drip syringe dan bagi dia minum air melalui mulutnya. Masuk juga dalam 3 kali syringe. Pas tu dia muntah kan semula, Nampak lain sangat lemah, mata pun terbuka je.
Ana dah rasa lain, angkat dan letakkan atas kain dan selimutkannya. Cuaca sejuk dalam seminggu ni hujan tak henti pagi ke malam. Anak-anak dah risau. Langsung tak bergerak dah YangYang. Terbaring kat atas kain. Kami terus lah buat kerja rumah sambil Kak Long di dapur masak sarapan.
YangYang, Richie dan Yutta Kitty |
Masa ana jemur kain, Kak Long kata, ibu YangYang dah tak ada. Kak Long dengar bunyi degusan nafas terakhirnya dan terus kaku. Ini bukan kali pertama anak kucing mati depan mata kami. Memang susah kucing nak habis nyawa. Bayangkan itu kucing yang tak ada dosa pahala, apa tah lagi kita hambaNya yang di hisab kelak, betapa sakitnya sakaratul maut.
Ana hampiri YangYang yang dah tak bernafas. Sedihnya Ya Allah. Dengan perutnya yang besar tu dia pergi jua meninggalkan kami. Ana tak pasti sama ada YangYang bunting ataupun dia sakit kah ? Lama benar rasanya perutnya membesar, memang kami ingat dia bunting sama dengan Cholo maknya tapi Cholo dah lahirkan baby Jun hari tu. YangYang selalu nafasnya laju dan banyak baring kalau masuk dalam rumah ni. Atau mungkin juga baby dah mati dalam perut dan dia tak boleh lahirkannya, atau seribu kemungkinan yang terjadi pada YangYang.
lahir bertiga anak Cholo |
Ana memang tak mampu nak bawa kucing-kucing ni ke klinik vet, mereka adalah kucing yang datang singgah makan di rumah ni. Lama-lama mereka tidur diluar belakang yang berbumbung sebagai tempat berteduh. Beranak pinak dan selalunya tak kekal lama, datang dan pergi. Ana hanya mampu memberi makan dan tempat perlindungan, selebihnya ana serahkan pada Allah swt.
Sedih sangat bila kenangkan YangYang yang pertama kali ana lihat kucing mati bersama anak dalam perutnya. Lepas beberapa ketika, sementara menunggu suami siapkan kerjanya di bilik tidur, YangYang dah mengeras. Anak-anak minta ana kebumikan YangYang di bekalang rumah. Suami korek lubang , besar dan dalam juga lah sebab YangYang saiznya besar dan mati pun dah keras tangan kaki disisi. Ana balut dengan kain tudung lama, dan kebumikannya .
Yutta Kitty ( Zamani ) kini tinggal seekor sahaja daripada adik beradiknya |
Adik Ika selalunya catat kelahiran anak-anak kucing ni. Katanya 17 hb Julai ni YangYang dan Zamani akan cukup umur setahun. Tak apa lah, YangYang dah selamat kembali kepada Penciptanya, walaupun kami sedih kehilangannya. Kadang-kadang ada sedikit kebimbangan di hati ini, bila kucing mula bunting. Risau anak-anak bulus bertambah, bukan risau tak mampu nak beri makan, cuma risau tak di senangi jiran-jiran kelak. Namun Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik. Sebab itu ana sentiasa berserah padaNya jua.
Kini hanya tinggal Cholo bersama 3 anak kecilnya dan Zamani. In Shaa Allah, selagi terdaya kami akan jaga , beri makan dan tempat tidur pada mereka. Ada juga yang singgah makan di belakang rumah ni. Selebihnya hanya Allah swt sahaja yang ana panjatkan doa semoga kucing-kucing jalanan sentiasa di dalam lindunganMu jua, Aamiin.
21 Comments
Sedih.
ReplyDeleteYa mampu beri makan dan tempat perlindungan.
takad tu je kemampuan kak ana melindungi mereka NA :(
DeleteWalaupun sakit tak menyusahkan tuannya.
ReplyDeleteAllahu betul sangat TK sedih sangat bila di kenangkan :(
DeleteHari ni seekor kucing wak pun mati kat klinik haiwan.
ReplyDeleteBedah rahim semalam, pagi ni mati.
itu yang saya takut wak, takut kucing jalanan ni tak pandai jaga diri dan garu sana-sini sebab depa tak bervaksin
DeleteAla sedihnya kak :(
ReplyDeletesedih Syaz :(
Deletekucing yang tak menyusahkan tuan yang menjaga dia. sedih terasa bila haiwan yang kita duk jaga mati, lebih2 lagi kalau kucing ni baik je.
ReplyDeletesedih sangat Han :(
Deletesedihnya baca kak... kat rumah dana pun ada kucing menumpang yang nama comot, pun tengah bunting... kadanng dana bebel jugak kt dia jgn panjat almari tinggi2 lepastu lompat, sedarlah diri buntig tapi yelah dah namanya kucingkan...
ReplyDeletehehe kak ana pun hari2 bebel gaduh dengan budak2 bulus ni pas tu cium balik hehe :)
Deletesedih baca kisahnya biasanya kucing2 kesayangan kita cepat mati meninggalkan kita
ReplyDeletekan PI :(
DeleteIni juga yang PC lalui hari terakhir Syawal kak Ana.Kucing PC mati ketika sarat mengandung.Bila baca perkongsian kak Ana ni..meleleh air mata PC..mungkin rasa rindu dan sayang yang bukan makin hilang tapi semakin menebal.
ReplyDeleteAllahu sedihnya hanya kita yang alami sahaja tahu kan PC :(
DeleteBeberapa hari ni asyik baca kisah kawan2 yg kematian kucing je :(
ReplyDeleteye ke DP sedihnya kan :(
Deletememang sedih bila kcing kita sayang pergi..
ReplyDeleteda lama bela membesar depan kita.. hurmm.. rehatla YangYang..
itulah Ct dah setahun bela sayang sangat
Deletekan D sama juga kat kedai makan macam tahu je kita takkan marah depa datang dekat :)
ReplyDelete