Laksa dan mee kari selera kampung di Warung Wak Mail, Adenium, Bukit Beruntung
Korang ada tak penggemar laksa atau mee kari ? Nak cari yang betul-betul kena dengan selera kita ni agak payah lah juga kan kecuali kalau masak sendiri baru ngam dengan citarasa masing-masing. Ana ni tak lah peminat tegar laksa, tapi sekali sekala tu rindu juga nak pekena laksa. Kalau hat beli tu payah juga lah nak dapatkan yang sesuai dengan piawaian selera kampung ana ni. Selalu dapat laksa cayaq ceroi kata orang utara. Taste ana ni suka laksa yang kuahnya ada isi ikan, tak kira lah ikan sardin atau pun ikan kembung segar memang baru ngam dengan selera. Payah lah nak jumpa yang menjual laksa macam ni sebab ikan bukan lah murah.
Warung Wak Mail, Adenium, Bukit Beruntung
Tapi kan.. baru-baru ni ana ke Taman Adenium Bukit Beruntung. Singgah lah minum petang kat Warung Wak Mail yang baharu sahaja beroperasi di deretan kedai sederet dengan GH Corner. Sebelum ni kalau lepak gerai Wak Mail di tepi jalan tu sahaja sebelah perumahan Adenium kalau ke rumah sepupu ana di situ. Sekarang ni Alhamdulillah.. dah ada kedai makan dah Wak Mail dan Kak Eli kita.
Kami try lah cendul Wak, ABC Naga Berapi walaupun tak ada api, yang ada buah naga sahaja.. Menu yang kami makan laksa dan juga mee kari. Perghh!! Paduu korang. Kuah laksa Warung Wak Mail ni memang selera ana, kampung style punya. Kuah padat isi ikan, cukup pekat, cukup rasa asam rebusnya, laksa penuh semangkuk , ada telur dan tak kedekut ulam. Kalau kak Eli buh daun pudina lagi naalllaaaa ni betul-betul rasa home cooked laksa .
Mee kari pun sama kome.. sedap ya amat kuahnya. Pekat, lemak dan yang penting tak berminyak. Memang penuh isi mee kuning semangkuk dengan taugeh dan tauhu goreng. Ana suka , suami dan anak-anak pun suka sangat.
Kena pula dengan cendol Wak dan ABC Naga berapi tu, power juga santan cukup pekat lemak manisnya. Dan harga menu kat sini lah yang terbaik kerana cuma RM5 sahaja untuk mee kari dan laksa. Berbaloi sungguh dengan rasanya. Lain-lain menu pun ada macam kalau tengahari ada masakan lauk untuk nasi campur. Kadang-kadang ada menu masakan ikan sungai kat sini, manalah tahu kalau ada yang kempunan nak makan ikan sungai boleh lah singgah kalau kebetulan korang berada di sekitar Bukit Beruntung atau pun Bukit Sentosa.
Nak nasi bajet pun ada pada harga RM5 siap free air sirap.Nun foto yang atas sekali tu. Haa!! Mana nak dapat kan zaman-zaman ekonomi ni. Ada yang jual menu murah tapi tak sedap , tapi kat sini murah dan sedap pada selera ana. Korang kena cuba sendiri baharu lah boleh tahu kena atau tidak pada selera masing-masing.
Hari Perniagaan :
Isnin-Sabtu Waktu Cuti : Ahad & Public Holiday
Waktu Perniagaan : 7pg-7mlm
Alamat :
Pusat Perniagaan Adenium No, 21/G Jalan Adenium 2G/5
Seksyen BB5 BDR Baru Bukit beruntung 48300 Rawang
Layari sahaja ke FB Page untuk info-info terkini dari Warung Wak Mail di
20 Comments
Laksa memang kawannya cendol atau ABC kan kak. Panduan ngam. PC suka dua-dua.
ReplyDeleteboleh tahan juga menu dia, harga pun tak mahal sgt :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteharga gerai kan TS :)
DeleteMurah itu kalau laksa pekat macam itu. Teringin pula hendak cuba.
ReplyDeletepekat NA kalau ada area sana boleh singgah cuba
DeleteMasyaAllah tempting nye laksa tu. Tengok gambar pun dah nampak sedap
ReplyDeletetu laa Cik Piya laksa dia pekat sungguh isi ikan nya :)
DeleteLaksa pekat, cendol cantik menarik tertarik kau memang dabomb, terliur..huhu
ReplyDeletememang awesome syaz :)
Deleteaduh kak oi, semua nampak sangat mengiurkan menggoda anak tekak ini...
ReplyDeletehaha lapar terus ye dana :)
DeleteNampak sedap dan murah harganya
ReplyDeletesedap dan harga pun murah kan wak :)
Deletesedappp tuu..
ReplyDeletejom join GA ni
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html
good luck cuya :)
DeleteEh murah sungguh tu..mana nak cari harga cam tu lagi sekarang, ada tu ada..cuma mcm kak ana cakap..ceroi je kuahnya..tak kena dgn selera..tapi betulla..ikan bukan murah2 sekarang ni.
ReplyDeletekan kak ana kurang sikit laksa kalau ceroi pastu pedas tak tentu pasal, laksa ni patutnya kuah asam rebus ada lah masam2 nya kan , hat ni kena sungguh dengan selera kak ana AZimah :))
DeleteSESEKALI NAK CUBA KE SANA NANTI
ReplyDeletejomm PI :)
Deleteharga gerai lagi ni kan D sama sini pun kalau kebanyakkan tempat dah naik dari harga tu menu-menu nya
ReplyDelete