Antara menu wajib ada kat kebanyakan food court pastilah sizzling mee ni kan. Selalu ana makan dengan anak-anak sebab memang sedap dengan selera kami. Tapi selalunya makan sizzling ni kenalah dalam hot plate kan. Berasap-asap panas. 

Tapi sebenarnya boleh je kalau kita nak masak mee sizzling cuma tanpa hot plate sahaja lah. Ana dah beberapa kali masak mee sizzling ni rumah. Senang sangat pun nak masak cuma sedia kan kuah dan hidangkan dengan yee mee. Jom ana nak kongsikan dengan korang resepi masak mee sizzling di rumah. 




Resepi masak mee sizzling di rumah

Bahan-bahan kuah mee sizzling 

Bawang putih 
Halia
Sos tiram
Kicap manis
Cili kering - potong dua 
Tepung jagung - bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
Isi ayam - potong kecil-kecil
Cendawan shitake - belah 4
Air secukupnya
Garam dan lada sulah secukup rasa
Telur ayam 

Yee Mee untuk di makan bersama sizzling 
Sayur sawi untuk sampingan 

Cara masak kuah mee sizzling 

Cara masak mee sizzling ni korang boleh lah tonton di youtube di bawah ni , senang kan . 



1. Panas kan sedikit minyak dan pecahkan bawang putih dan halia. Tumiskan dalam minyak masak.

2. Masukkan cili kering yang di potong. Masukkan isi ayam biar separuh masak. 

3. Masukkan sos tiram dan kicap pekat , gaul sebati. 

4. Baharulah masukkan air dan masukkan cendawan dan masak hingga ayam masak mendidih.

5. Bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung, rasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya. Hati-hati masa nak masukkan garam kerana sos tiram dan kicap dah masin. 

6. Untuk menghidang ala-ala hot plate, gunakan kuali leper panaskan seketika. Tuang kan sedikit kuah sizzling. 



7. Bila kuah dah membuak, masukkan seketul yee mee dan siram kuah secukupnya. 

8. Pecahkan sebiji telur dan teruskan siram dengan kuah yang panas tadi. 

9. Letakkan sayur sawi yang dah di celur dan tuang kan ke dalam mangkuk dan sedia untuk hidangan panas-panas. 

22 Comments

  1. sedapnyaaaaaa.. buat sndiri lg puas hati nk mkn,.

    ReplyDelete
  2. aduh... sedapnya lahai kak
    dah lama tak makan, tapi malas nk buat sendiri macamne tu ek heheheh

    ReplyDelete
  3. Adoii... baca aje dah lapar teruk.

    ReplyDelete
  4. sedapnya mi sizzling belum pernah rasa

    ReplyDelete
  5. Tak ada hot plate pun menjadi juga mee sizzling tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak mala cuma tak sama lah kan bila makan dalam hot plate :)

      Delete
  6. Saya pun suka buat di rumah je kak ana. Tambahan sekarang nak ke food court or makan2 kat luar tak berani sangat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sekarang ni lebih selesa makan kat rumah kan :)

      Delete
  7. Kreatifla kak ana memasak..betul juga kan, kita yg buat dia, so buatlah bagi jadi kan..kena cari yee mee ni gayanya, yg lain tu in shaa allah selalu ada dlm esbok

    ReplyDelete
  8. aduh..dah la saya tengah lapar ni kak..Hahah. Saya tak pernah masak mee ni. Sebab nak makan dalam hot plate tu sebab tu selalu makan kat kedai ja..Hhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye D macam tak complete juga lah tanpa hot plate kan , ni kena makan cepat2 sementara panas hehe :)

      Delete
  9. waduh sedapnya.. feveret kami anak beranak tapi mama tak penah masak sendiri. nanti boleh lah ikut resepi ni

    ReplyDelete