Alhamdulillah, 22 September lalu Adik Ika dah pun masuk usia 21 tahun. Meniti usia kematangan dan dah boleh daftar sebagai pengundi dah. Boleh juga tukar kad pengenalan baharu lepas ni sebab IC dulu gambar ketika tahun 6 berusia 12 tahun hehe 😊😊 . Adik juga cemerlang DL dalam pengajian sem 4 yang lalu walaupun pengajian secara online di rumah. Tahniah Adik dan semoga terus berjaya dunia akhirat. 




Kami sekeluarga tak sambut apa-apa pun untuk birthday Adik kali ni. Dah besar kata nya. Petang tu, ayah nya cadang nak makan malam di Secret Recipe Anggun City, tapi rupanya waktu PKPP ni di buka sampai jam 9 malam sahaja. Ermm.. kami pii pun lepas Maghrib tak sempat nak dine in, kaunter kek pun dah nak tutup sebab dah jam 8: 45 malam waktu kami sampai. Sempat lah ayahnya belikan dua potong kek nak tulis Happy Birthday pun tak sempat sebab ramai pula yang queue time last-last minute ni. 


mykori rawang
Strawberry Cheesecake Kakigori


Kami try lalu dekat Mykori Anggun City, rupanya masih buka hingga jam 10 malam. Ha! Sempatlah nak belanja Adik makan Mykori dengan kek nya disini. Kami makan sekeluarga macam biasa ana kalau ke Mykori pilihannya adalah Kenko kakigori dengan pilihan topping buah dan bijirin tu lah. Adik Ika pilih Strawberry Cheesecake Kakigori  yang atas tu, memang sedap sangat, recommended kalau korang nak cuba. 


mykori anggun city


Adik juga makan croissant Taiyaki , ni pun kesukaan kami kalau makan di Mykori. Ana panggil ikan Mykori jer sedap sebab rangup di luar lembut di dalamnya kan. Ayahnya ada janji nak beli kan Adik handbag lepas ni nanti. Semalam dia dah tuntut haha. Tunggu ayahnya cuti baru boleh pi beli sebab nanti kami pilih dia tak berkenan pula. Adik Ika ni memang anak manja ayah dia rapat sangat dua beranak. 

Doa ibu dan ayah semoga Adik Ika akan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt, cemerlang dalam segala urusan di dunia dan akhirat. Agak lega juga bila Adik akan meneruskan pengajian secara online sekali lagi untuk sem 5 ini. Dalam waktu-waktu begini hati lebih senang bila anak-anak ada di depan mata. Semoga kita semua akan terus di dalam lindungan Allah swt dalam setiap perkara , Aamiin. 



19 Comments

  1. Happy birthday buat anak K.Ana
    Dah 24 tahun tak sesuai panggil adik dah hehehhee #guraujer

    ReplyDelete
    Replies
    1. 21 Mrs A, kakaknya dah 24 hehe sebab dia yang bongsu adik la lagi sampai ke hari ini :)

      Delete
  2. Happy birthday ika! sedapnya nampak aiskrim tu..yumsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Syaz, terima kasih atas ucapannya :)

      Delete
  3. Happy belataed birthday adik Ika. Moga sentiasa sihat, rajin belajar dan cemerlang dunia wal akhirat, Aamiin.

    ReplyDelete
  4. happy birthday adik ika, semoga terus cemerlang dlm pelajaran !

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Ika. Moga sukses selalu 💐

    ReplyDelete
  6. Hepi belated birthday Adik Ika. Sama nama dengan adik bongsu saya

    ReplyDelete