Hari ini hari ke tujuh kami di Selangor ni menjalani PKPB sebagai langkah pencegahan penularan pendamik Covid19. Dari statistik harian laporan KKM setiap hari bilangan kes agak tinggi dan kian membimbangkan di seluruh negara. Sama-sama lah kita mematuhi SOP dan menjaga kawalan kendiri di samping terus berdoa agar keluarga kita di lindungiNya jua dari segala keburukan dunia akhirat, Aamiin. 

Hari ini ana nak berkongsi dengan pembaca blog picisan ini bagaimana cara untuk kita mengetahui sesuatu lokasi yang kita diami atau pun lokasi yang bakal kita pergi sama ada terdapatnya laporan kes Covid19 di situ atau tidak. Tak lain tak bukan adalah dengan menggunakan aplikasi rasmi iaitu MySejahtera. Di MySejahtera kita boleh melihat laporan kes dalam radius 1 km dari lokasi tempat tinggal mahu pun lokasi yang kita akan kunjungi jika perlu. Kalau tak perlu dan tak ada kepentingan sebaiknya kita tinggal sahaja lah di rumah, elakkan berada di tempat yang sesak, sempit dan amalkan penjarakkan sosial sebagai langkah pencegahan, In Shaa Allah. Jom kita lihat bagaimana menggunakan aplikasi My Sejahtera dalam tracking hotspot pendamik Covid19 ini, semoga bermanfaat.


Cara mengetahui sesuatu kawasan mempunyai kes Covid19 melalui My Sejahtera 


my sejahtera hotspot tracking

Majoriti rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera dalam merekodkan kemasukan ke mana-mana premis untuk memudahkan pengesanan butiran di satu-satu lokasi dan premis sekiranya berlaku penularan wabak Covid19 . Di dalam aplikasi ini juga kita boleh track kawasan kediaman mahupun lokasi yang ingin kita kunjungi sama ada terdapatnya laporan rekod kes Covid19 di situ. Langkah pertama ialah  selepas kita membuka aplikasi pasti akan tertera paparan Check-in seperti di atas. Lihat di sudut atas kanan dan klik pada button "CLOSE" .


Cara mengetahui sesuatu kawasan mempunyai kes Covid19 melalui My Sejahtera


Dipaparan skrin seterusnya adalah seperti di atas dan klik pada button "HOTSPOT" . Kita akan dibawa ke paparan seterusnya iaitu "Hotspot Tracker ". 


Cara mengetahui sesuatu kawasan mempunyai kes Covid19 melalui My Sejahtera

Setiap paparan di "Hotspot Tracker" ini akan memaparkan lokasi di mana kita berada waktu itu, contohnya jika di rumah ia akan memberikan laporan sama ada terdapat laporan kes Covid19 di dalam radius 1 km dari lokasi kita berada waktu itu. Sekiranya tiada laporan kes kita boleh lihat simbol "tick "berwarna hijau seperti gambar di atas. 



Cara mengetahui sesuatu kawasan mempunyai kes Covid19 melalui My Sejahtera


Kita juga boleh masukkan mana-mana lokasi di dalam ruang "Search" untuk mengetahui satu-satu lokasi lain yang akan kita kunjungi sama ada terdapatnya laporan kes di sana. Sebagai contoh ana masukkan carian E-Curve dan tertera di skrin terdapatnya laporan kes Covid19 di dalam radius 1 km dalam tempoh masa 14 hari yang lalu. Dan simbol yang terbit adalah simbol " Tanda Seruan ! " berwarna biru yang menyuruh kita berhati-hati lah kan. 

Jadi dengan penggunaan "Hotspot Tracker" di aplikasi MySejahtera ini dapatlah membantu kita mengenal pasti kawasan atau lokasi tempat kita berada mahupun tempat yang bakal kita pergi sama ada terdapat laporan kes atau tidak. Pastikan kita mendapatkan info-info yang sahih dari sumber-sumber yang dipercayai sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Banyak sangat mesej-mesej palsu berkeliaran di sosial media yang boleh menimbulkan keraguan dan panik kepada orang ramai. 

Rujuk lah page-page rasmi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, MKN, Dr Norhisham Abdullah untuk laporan kes Covid19 terkini. Untuk perincian kes mengikut negeri pula, kita boleh perolehinya dari page-page Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Sekali lagi sama-sama kita patuhi SOP yang di tetapkan, jaga keselamatan dan kesihatan kita dan keluarga dengan kawalan kendiri dan teruskan berdoa semoga di lindungi Allah swt dari segala keburukan, Aamiin. 

20 Comments

  1. Saya hari2 check.. Risau la. Tapi setakat ni belum ada kes berdekatan kami. kalau ada memang saya cutikan anak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah D bila tengok je stat JKN Selangor kak ana akan check sini :)

      Delete
  2. CP hari2 check. Tambah pula Kajang sekarang tengah banyak kes. Scary je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CP , risau juga kalau ada dalam radius kita kan

      Delete
  3. Risaunya dengan covid-19 ni. Makin hari makin bertambah bilangan positif. Bagus betul ada hotspot tracker ni, dapat info kawasan berisiko dengan mudah.

    ReplyDelete
  4. baik, terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  5. Risau juga ni.. dah la banyak betul kes ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita patuhi SOP dan banyakkan berdoa in shaa allah

      Delete
  6. kolin selalu cek kak oiii....takut ada kes kalu dekat rumahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kolin , kita ambil langkah yang ada dan lebihnya banyak2 berdoa moga di lindungi Allah swt jua, aamiin

      Delete
  7. ummi sokmo cek spot area dan bilangn kes dekat sini... ..

    ReplyDelete
  8. Ha'ah membantu sangat sebelum pergi ke sesuatu tempat sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Tak explore sangat sebab biasa scan je kalau pegi kedai. Tq kak sharing. Even area ena masih ok tapi kena jugaklah trace

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau nak ke satu2 destinasi boleh kita check dahulu kan sebelum pergi :)

      Delete