Sekali lagi rakyat Malaysia panik apabila bagaikan satu lagi gelombang besar menyerang negara apabila pendamik Covid19 ini tiba-tiba naik mendadak statistiknya penularan dalam negara. Pelbagai spekulasi dan provokasi berlaku di sosial media setiap hari. Ramai yang meminta agar kerajaan melaksanakan PKP sekali lagi untuk seluruh negara. Namun hingga ke hari ini, kerajaan masih memutuskan untuk hanya melaksanakan PKPB dan PKPD kepada kawasan yang berisiko tinggi dengan statistik kes yang banyak. 

Kebimbangan mula di rasai oleh ibu bapa khasnya akan keselamatan kesihatan anak-anak. Kebanyakan IPTA telah pun melaksanakan semula pembelajaran secara online termasuk anak ana sendiri untuk sem akan datang ini. Ada kelegaan sedikit apabila anak-anak berada di depan mata. Cuma ramai ibubapa yang mencadangkan persekolahan juga di tutup. Tetapi sehingga waktu ini masih belum ada arahan dari kementerian. 

Ana yakin sebagai ibu bapa kita boleh melaksanakan sendiri kawalan kendiri dan buatlah keputusan yang wajar untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak kita. Kalau kita rasa risau akan adanya jangkitan di sekolah khasnya di kawasan yang mempunyai catatan kes, sebaiknya kita cutikan sahaja dahulu persekolahan anak-anak. Dari perkongsian di Facebook Mohd Fadli Salleh. di bawah ini diberikannya contoh surat Memohon Pengecualian anak ke sekolah disebabkan kebimbangan penularan Covid 19


Contoh surat cuti kehadiran murid ke sekolah kerana Covid19
kredit FB Mohd Fadli Salleh 

Terima kasih Tuan Mohd Fadli Salleh di atas perkongsiannya. Dengan adanya contoh surat ini dapatlah ibubapa memberikannya kepada pihak sekolah dan anak kita tidak di anggap ponteng sekolah. Ia sebenarnya sama sahaja dengan surat rasmi yang selalu kita hantar kepada guru kelas bila anak kita tidak dapat hadir ke sekolah. Cuma pada waktu pendamik ini, rasanya lebih ada kelonggaran di beri kepada kehadiran murid-murid mengikut kesesuaian waktu dan lokasi. Cuma dengan memberikan surat ia adalah lebih formal dan mendidik anak-anak kita agar membesar dengan berdispin dan mematuhi peraturan. In Shaa Allah. 

Sama-sama lah kita jaga diri dan keluarga dengan mengamalkan kawalan kendiri dan mengikut SOP yang di ajar setelah sekian lama. Ia adalah salah satu dari usaha yang mampu kita laksanakan, selebihnya banyak kan berdoa memohon perlindungan dari Allah swt dan kemudian bahrulah letakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allah jua. 

16 Comments

  1. serba salah dibuatnya dengan anak2 sekolah ni..haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Syaz, lain orang lain cabarannya sama ada nak hantar ke sekolah atau tidak tambah bimbang akan keselamatan anak-anak.

      Delete
  2. Rata2 sebelum sekolah di tutup di KK tidak sampai separuh sahaja hadir ke kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya TK ramai ibu bapa dah ambil keputusan merehatkan anak-anak di rumah kerana bimbang dan risau kan

      Delete
  3. Ramai ibu bapa yang dah start cutikan anak-anak diaorang. saya masih lagi suruh anak sekolah memandangkn kes tak de di tempat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul keputusan D agak tidak lah begitu bimbang jika berada di kawasan zero cases berbanding dengan negeri-negeri red zone ni

      Delete
  4. kawan-kawan nieyl ada juga la yang dah buat surat untuk minta anak2 tidak bersekolah, risiko covid-19 yg semakin hari semakin membimbangkan.

    ReplyDelete
  5. Kawan2 CP pun ramai yang bimbang nak hantar anak ke sekolah

    ReplyDelete
  6. kat selayang ni ada juga sekolah yg ditutup tapi gurunya ke sekolah macam biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulai 14 ni sekolah akan di cutikan sepenuhnya kan PI

      Delete
  7. Entahla susah nak komen sebab saya takde anak. Tapi kalau sekolah tu dah ada kes, eloklah anak tu dicutikan seketika. Cikgu pun kurang stress. Mungkin kementerian tak nak tutup sekolah sebab kurikulum sekolah dah banyak lari. Pening nak catch up

    ReplyDelete
  8. Ibu bapa ada hak untuk 'cutikan' anak atas faktor keselamatan. Itu sebabnya surat ketidakhadiran itu perlu dihantar. Jadi, tidaklah murid dianggap ponteng. Covid Oh! Covid! Sudah-sudahlah bermaharajelela di muka bumi ini!

    ReplyDelete