Bila suami bercuti waktu pkpb ni masak sahaja lah aktiviti di rumah ni. Mujur juga anak-anak ada di rumah, rajin lah bergilir ke dapur. Pagi dah memikirkan menu sarapan, pastu menu makan tengahari, sambung pula menu minum petang dan malam selalunya kami makan yang ringan-ringan sahaja. Kadang-kadang buntu juga memikirkan tapi last-last terhidang juga lah menu di atas meja. 

Ana selalunya simpan stok makanan di rumah untuk seminggu. Malas nak keluar setiap hari. Beli siap-siap isi dalam petiais atau rak dapur. Jadi bila masak guna pakai sahaja lah apa bahan-bahan yang ada di rumah. Contoh petang semalam, bila ana tengok ada tepung, ikan bilis dan sayur-sayuran maka terhasillah cucur sayur ala-ala cucur bakwan yang viral tu. Meh ana nak share dengan korang resepi dan cara ana buat cucur sayuran rangup tapi lembut di dalamnya.


resepi cucur sayur

Resepi cucur sayur 


Resepi cucur sayur


Bahan-bahan cucur sayur bakwan 

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
Air ikut kepekatan batter cucur jangan terlalu pekat dan tidak begitu cair
1 sudu kecil baking powder
Sayuran seperti kentang, carrot - diparut
Daun bawang - di potong dadu
Bawang besar - dadu
Kucai - potong kecil
Taugeh jika suka 
Ikan bilis di tumbuk halus atau boleh juga guna kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa


Resepi cucur sayur


Campurkan semua bahan dan adunkan menjadi batter yang tak terlalu pekat dan juga bukan terlalu cair. Adjust kepekatan air nya elok-elok naa. 


Resepi cucur sayur

Panaskan minyak secukupnya dan goreng cucur. Sudukan satu persatu ke dalam kuali dan balikkan bila dah garing. Jangan terlalu garing nanti tak cun pula cucur kita kan. Angkat dan toskan minyak. Sedap di makan bersama Thai sos. Selamat mencuba satu menu minum petang cucur sayur ala-ala bakwan yang sedap dan lembut. 

24 Comments

  1. SEDAP NI BOLEH CUBA RESEPINYA

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat ni buat minum petang. Sambil menyembang tak sedar habis licin cucur sepiring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mie makan cucur petang-petang dengan teh o

      Delete
  3. senang je ek, nak buat jugaklah nanti :D

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makan panas2 dambil pekena teh o

    ReplyDelete
  5. Wahhh terliur I tengok cucur sis ni hehe. Nak try jugak la. Nice sharing! 😁

    ReplyDelete
  6. Bakwan tu apa? Ketinggalan sikit bab viral2 ni. Adeh

    ReplyDelete
  7. Cantik kejadiannya. Mengundang nak memasak memalam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha masak petang atau sarapan AI memalam tido hehe :)

      Delete
  8. Sedapnyaaaa.. dah boleh bayang dah rasanya ditekak ni

    ReplyDelete