Sejak kebelangan ni memang kami elakkan untuk ke mall atau mana-mana kawasan yang sesak dan padat dengan pengunjung khasnya ke KL . Sebagai salah satu ikhtiar selain memohon kepada Allah swt agar di jauhkanNya dari sebarang wabak yang sedang melanda. Bila hujung minggu, kami memilih untuk riadah ke kawasan yang tak ramai, kawasan yang bukan tumpuan ramai, malahan yang terbuka udara. Dari sini lah ana cuba mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk lepak-lepak hujung minggu bersama keluarga kecil kami. 


tempat cantik di Sekinchan


Minggu lepas, kami ke Sekinchan pula. Kalau sebelum ni ana ke KSCC Kuala Selangor di mana adanya Hobitstay dan aktiviti berbasikal dan memanah, kali ini jauh sikit ke utara lagi kami ke Sekinchan, Selangor. Sekinchan ni memang laluan kami balik kampung ke Teluk Intan jika nak ikut jalan Sabak Bernam. Dari carian di internet dah banyak tempat menarik yang ada di Sekinchan ni sekarang. Tarikan utama adalah pemandangan sawah padi yang luas terbentang. 


sawah padi sekinchan


Cuma kita perlu tahu waktu yang sesuai kerana pemandangan sawah padi yang cantik adalah waktu padi sedang menghijau selepas menyemai dan menanam. Ini kerana jika kita datang waktu padi dah habis di tuai, dah tak cantik lah pemandangannya, dah kosong dan kering sawah ye tak. Sebelum pergi ana dah whatsapp rakan blogger Kid sekarang ni padi dah besar ke atau dah kering. Kid kata dah lepas menyemai kiranya pokok dah lawa menghijau dah sawah. Memang cantik dan mendamaikan pemandangan sawah yang menghijau saujana mata memandang. Layan di youtube bawah ni : 



Cadangan awalnya kami nak makan kari sembilang di salah sebuah restoran di Sekinchan ni, tapi tutup lah pulak. Kami waze mencari beberapa port cantik untuk anak-anak bergambar. Kami singgah ke Padi Box di Sekinchan. Padi Box ni homestay dalam kabin di tengah sawah. Pengunjung luar tak boleh masuk kecuali penginap sahaja. Tapi kat luar homestay tu ada tarikan cafe dalam bas. Kami tak masuk pun sebab ia confined space yang waktu-waktu ini perlu di elakkan. Pemandangan di sekitar sawah dah cukup mendamaikan dan cantik untuk ber ootd . 


padi box sekinchan


padi box sekinchan


padi box



Kemudian kami bertanya kat adik yang jual air di sekitar Padi Box ni lokasi Galeri Padi, sebuah kilang padi yang boleh di lawati dan juga mempunyai props sawah padi yang cantik untuk bergambar di Sekinchan. Tak jauh dari Padi Box ni cuma terus sedikit ke hadapan dan belok kiri terus lagi dalam 1 km lebih kurang sampailah ke Kilang Beras dan Galeri Padi Sekinchan. 

galeri padi sekinchan


Kat Galeri Padi Sekinchan ni, korang boleh masuk melawat ke kilang padi dan di kena kan bayaran. Ana tak masuk pun sebab agak ramai pula pengunjung kat dalam dan tempat pun tertutup, kami hanya melihat di kawasan luar di mana terdapat props untuk bergambar dan juga contoh sawah padi yang di tanam di sini. Sebelah kanan kita boleh melihat padi yang dah menguning dan sedia untuk di tuai, manakala sebelah kiri pula padi yang baru di semai dan sedang menghijau. Boleh lah korang nak sentuh dan lihat sendiri tangkai-tangkai padi. Boleh masuk ke petak-petak sawah .



galeri padi sekinchan


Kalau kita baca di internet banyak lagi lokasi menarik yang di bangun kan di Sekinchan sekarang ni. Cuma waktu pendamik ni ana memilih juga nak masuk ke mana-mana tempat dan sedaya upaya mengelakkan ruang yang sempit dan ramai. Dalam perjalanan ke Galeri Padi ni, korang akan lalu di hadapan satu lagi tarikan yang ada di sini iaitu Amma House. Amma House ni rumah lama kaum Cina yang mempamerkan perabot dan perkakas lama dan antik kegunaan dulu-dulu. Selain itu ada juga homestay Farm Ville dan pantai Redang di Sekinchan ni. Tak sempat lagi kami singgah waktu tu.


tempat menarik di sekinchan


Kalau tempat makan pula selain dari restoran kari sembilang , deretan gerai mee udang banyak di sepanjang jalan. Ada juga gerai menjual mentarang dan kami singgah membeli jagung manis di salah sebuah gerai di tepi jalan . 10 ketul jagung manis berharga RM10 dan bawa balik ana rebus, memang sedap lemak manis rasa jagungnya. Gerai buah-buahan tempatan seperti mangga, ubi , keladi dan sebagainya pun terdapat di deretan jalan. Kalau bosan dan tak tahu nak pii mana dah lepas ni, boleh lah korang ke Sekinchan pula naa. Carilah di internet tempat-tempat menarik di Sekinchan yang boleh di kunjungi dan mestilah untuk ber ootd 💗💗

16 Comments

  1. saujana sangat2 mata melihat hijau2

    ReplyDelete
  2. Cuci mata. Saujana mata memandang.

    ReplyDelete
  3. Pernah sekali tengok sawah padi yang luas dekat kedah...nyaman sangattt

    ReplyDelete
  4. dah lama terigin nak dtg sini.. cantik sgt pemandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang lah mama sesekali kita masuk sawah pula kan :)

      Delete
  5. cantik sangat kak, dana kalau ke sekinchan selalu terlepas musim pada... asal datang antara padi dah kene tuai atau masa tu belum kuar padi lagi heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak ana siap tanya Kid dulu sebab kampung di sana hehe :) takut datang hampa kan :(

      Delete
  6. Replies
    1. kehijauan dan saujana mata memandang tu yang cantik kan DP

      Delete
  7. Wak masa kecik2 dulu selalu ikut orang tua tanam padi.
    kerja yang paling memenatkan pada masa tu sebab semuanya dilakukan secara manual.
    Sekarang sawah padi dah jadi kebun sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak waktu dulu-dulu bila di fikirkan kembali amatlah penat mengerjakan sawah yang luas dengan kudrat manusia sepenuhnya, Allahu

      Delete