Bukan raya pun dah buat biskut pula ye. Inilah kerja budak dua beradik ni bila duk rumah time PKPB Selangor ni. Ada sahaja yang di google pastu suruh ibu beli bahan depa nak buat resepi. Kali ni depa buat biskut chocolate chip ala-ala Famous Amos yang sedap tu. Dah siap adunan bila bakar sekali kembang setaman jadi biskut ni, kali kedua depa bakar kali ni kecil-kecil kan saiz adunan, haa baharu lah nampak comei-comei kejadiannya. Try and error kata kan. Sedap biskut ni wangi semerbak bau masa depa bakar dalam oven.
Dah dua kali sebenarnya depa buat biskut ni sebab cepat habis jadi kudapan depan tv. Resepi biskut chocolate chip ni depa dapat dari internet. Jadi ana simpan di blog ni untuk rujukan di masa akan datang. Mana tahu kan, panjang usia , raya tahun depan boleh lah try buat semula. Doa-doa lah kan semoga tahun mendatang kita dah bebas dari belenggu pendamik ini, boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Letih dah kan, itu kata kita, warga KKM yang bertugas tu lagi lah keletihan yang teramat dah mereka. Jadi jagalah SOP dan banyak-banyak lah berdoa agar semua ini akan segera berlalu, aamiin.
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
Resepi ini ana perolehi dari group MAHN pemilik FB Nurul Shahira di SINI
1. BAHAN A: KACAU RATA
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
250 gram marjerin
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. TAMBAHKAN BAHAN B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan anggaran 300 g cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
3. SEJUKKAN ADUNAN
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. SEDIA DIBAKAR
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. MASUKKAN DALAM OVEN
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Biskut ni masa pertama anak-anak ana bakar ia memang mengembang dengan jayanya. Jadi untuk kali kedua depa guna scoop sudu KFC yang kecil tu sahaja dan baharu lah nampak comel hasil biskut. Baunya memang seiras dengan biskut Famous Amos tu dan rasa pun lebih kurang sahaja. Jadi bagi yang berminat nak buat dengan anak-anak di rumah boleh lah mencubanya.
bila tgk entry ni teringat waktu bulan puasa, memang nieyl pulun buat cookies, sbb satu adunan boleh dpt banyak hehehe...tapi masalahnya, lepas bakar, masuk mulut..last2..sebalang je dpt hahaha
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
19 Comments
bila tgk entry ni teringat waktu bulan puasa, memang nieyl pulun buat cookies, sbb satu adunan boleh dpt banyak hehehe...tapi masalahnya, lepas bakar, masuk mulut..last2..sebalang je dpt hahaha
ReplyDeletehehe kejap je licin ye nieyl kena buat balik sementara nak tunggu raya ye {)
Deleteuih menarik nih kak oi.... aritu lalu depan famous amos pun kene pau dengan aiyan... kalau buat sendiri mesti dia bising tak sbr nak makan
ReplyDeletehaa Dana ajak aiyan buat sama-sama :)
Deletemmg suka sgt la biskut famous amos..nanti bole la try buat resepi ni
ReplyDeletetry mama senang je tak yah tunggu raya lambat lagi hehe :)
DeleteCikbunga save dulu resepi🌹🌹
ReplyDeleteyeay! nanti buat update naa :)
Deletemesti wangi je 1 rumah bau biskut ni...ummppphhh
ReplyDeletei yer syaz semerbak bau cookies dalam rumah :)
DeleteTERINGAT DULU2 SUKA BUAT BISKUT GINI SEDAP N RANGUP
ReplyDeletebuat lah PI sedap buat kudapan :)
DeleteNampak cantik kejadiannya. Kena cuba sebab kalau Ai buat tak jadi di segi rupa. Rasa memang sedap.
ReplyDeletehaha boleh jer AI janji sedap :)
Deleteokay nanti kolin try. harap tak derhaka hahahaha
ReplyDeleteko memang kan suka durhaka haha :)
DeleteWah nanti kena try ni!
ReplyDeletetry naa TK
Deletejom buat D ajak anak-anak :)
ReplyDelete