Bila ana post gambar laksa mee ni di Instagram, ada juga tak pernah tengok atau tak pernah merasa lagi menu laksa mee Pangkor ni. Menu ni selalunya kami makan masa raya aidil fitri atau raya haji bersama keluarga di kampung halaman ana di Teluk Intan. Menu laksa mee ni paling popular lah di Pulau Pangkor, pulau peranginan di Perak ni. Selalu nya orang yang tahu pasti akan cari laksa mee ni bila bercuti di Pulau Pangkor. Sekitar Manjung, Setiawan dan juga Pantai Remis pun selalu juga ada menu laksa mee. Cuma ada yang memasak kuah laksa mee ni dengan udang dan ada juga dengan isi ikan kembung atau pelaling. 


resepi laksa mee pangkor


Untuk kami di Teluk Intan ni selalunya kami guna ikan kembung atau pelaling sahaja sebagai kuahnya. Kalau kat Teluk Intan kami panggil ikan ni ikan temenung. Untuk sambal merah tu pun ada yang makan dengan sambal udang atau sotong. Kiranya yang ana kongsikan di bawah ni hanyalah basic menu laksa mee sahaja. Korang boleh sahaja nak ikut resepi kuah tu dengan menggantikannya dengan udang dan sebagainya. Sedap , kuah nya rasa sup ikan dengan tumis darat, laksa mee tu sendiri pun ada kelainan rasanya dan ia tidak kembang bila di rebus. Lembut dan masin-masin sikit rasa mee nya berwarna putih. Di makan dengan ulam kacang panjang tumis bersama kepedasan dari sambal merah. 

Resepi dan cara masak laksa mee Pangkor

Laksa mee ni ana bahagikan kepada 4 penyediaannya seperti di bawah : 

1. Bahan kuah laksa mee


1kg ikan kembung - dibersihkan dan direbus dengan air secukupnya.
beberapa  ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
2 ulas asam keping
garam secukup rasa


Resepi laksa mee

Cara membuat kuah laksa mee

- Ikan kembung yang direbus tadi, keluarkan dan ambil isinya.

- Tapis air rebusan ikan dan letakkan ke dalam periuk untuk di jadikan kuah.

- Masukkan kembali isi ikan kembung tadi bersama air rebusannya tanpa tulang.Sama seperti kita membuat kuah laksa asam. Masak hingga mendidih. 

- Bawang merah dan bawang putih di hiris halus.Kemudian di tumis di dalam kuali.Angkat dan tuangkan tumisan ke dalam periuk rebusan ikan. Atau kita panggil tumis darat. 

- Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya.Masak hingga mendidih sekali lagi. Siap untuk hidangan.

2. Sambal laksa mee


resepi laksa mee pangkor


Untuk hidangan sampingan laksa mee, kita perlukan bawang merah,bawang putih,cili giling dan sedikit cuka,gula dan garam.Tumiskan kesemua bahan untuk di jadikan sambal.

3. Ulam laksa mee


resepi laksa mee pangkor

Ulam yang digandingkan dengan laksa mee ialah hirisan beberapa batang kacang panjang.Tumiskan dengan sedikit minyak bersama bawang merah yang dihiris.


4. Laksa mee


resepi laksa mee pangkor

 
Laksa mee mentah ni boleh di beli di Shopee sahaja sekarang, Alhamdulillah mudah nak dapat dari pengeluaran Puan Jamilah dari Manjung. Ana pun adik ipar belikan dari kedainya dan pos ke sini. Sepeket berharga RM2 lebih, untuk kami berempat ni habis selesai 3 paket yang adik ipar pos , mengidam sangat suami dan anak-anak makan bertambah hingga habis. Kita cuma perlu rebus kan hingga didih dan toskan sahaja dan boleh lah di hidangkan bersama kuah, sambal dan sayur kacang. 


resepi laksa mee pangkor

Lengkaplah sudah penyediaan laksa mee Pangkor yang sedap ini. Hidangkan laksa mee bersama sambal dan taburan ulam kacang panjang serta kuahnya.Selamat mencuba .

Untuk video masak dengan lebih jelas cara-cara penyediaan laksa mee Pangkor korang boleh tonton di bawah dan kalau suka boleh lah Subcribe untuk video-video masakan dan gardening dari ana kay :)