Resepi Kek Pisang gebu
Sekali lagi membaking untuk minum petang, baki pisang yang Kak Long gunakan dalam resepi popis hari tu, ada dalam 4 biji , ana godek-godekkan buat kek pisang. Macam biasa Geng Piknik kami ni banyak tips masakan, jadi kali ni ana olah resepi lama dan adjust kan pemanasan oven. Jadi kek pisang kali ni lebih cantik permukaannya tak merekah dan tak garing. Advance kan lagi letakkan pula potongan pisang sebagai decor cake , cewahhh!! Nampak lebih lawa dah kek pisang kali ni dari sebelum-sebelum ni yang pernah ana buat.
Kek pisang ni kadang-kadang tak berapa menjadi juga walau dah banyak kali buat. Ana masa dia jadi bentat, tak gebu walaupun bahan dan resepi yang sama, tak pasti di mana silapnya. Itu yang kadang-kadang malas nak baking kek pisang ni. Tapi bila menjadi macam ni wahhh!! Hati berbunga-bunga rasanya. Siap je keluar oven suami dan anak-anak dah hadap separuh makan panas-panas dengan teh o . Meh laa ana nak kongsikannya sekali lagi resepi dan cara buat kek pisang gebu.
Resepi dan cara buat kek pisang gebu
Bahan-bahan untuk membuat kek pisang:
4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri )
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung ( kalau tak ada gantikan dengan minyak masak pun boleh )
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
Cara-cara membuat kek pisang :
- lenyekkan pisang terlebih dahulu, pisang ni ikut saiz kalau kecil boleh sahaja tambah.
- pukul telur dan gula hingga kembang.
- masukkan pisang yang telah dilenyek.
- ayakkan dahulu tepung kek bersama tepung jagung dan soda bikarbonat.
- masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan.
- masukkan minyak dan secubit garam.
- bakar di dalam oven pada suhu 160' selama 40 minit atau satu jam sehingga masak.
- letakkan pada tray bawah supaya kek tak terlalu garing di permukaan atas nanti.
- sejukkan dan bolehlah disajikan untuk keluarga.
Terima kasih kepada Puan Haslina Othman yang telah mencuba resepi ini yang ana kongsikannya di Instagram @Anajingga. Puan Haslina update di story beliau dan tag Ana dan sempat chat yang resepi ini menjadi dan sedap padanya. Alhamdulillah.. ini lah antara kepuasan kami bloggers bila perkongsian kami di mana-mana media sosial ada manfaatnya buat insan-insan lain di luar sana. In Shaa Allah, selagi ada keupayaan dan kemampuan kami akan terus menulis dan menerbitkan pelbagai risalah yang baik-baik yang bermanfaat buat kita semua, Aamiin. Jadi boleh lah follow AJ juga di Facebook Page Anajingga Dot Com dan Instagram Anajingga naa .
18 Comments
Nampak gorgeous kek nya kak boleh buat Hi-tea. Tengah tunggu tandan pisang nipah masak.
ReplyDeletehaha masak nanti jangan lupa jadikan kek pisang naa TK :)
DeleteCANTIK KEJADIANNYA MESTI SEDAP TAK TERKATA
ReplyDeletealhamdulillah PI sedap dengan selera kami :)
Delete
ReplyDeletesedapnya kakak. lama dah tak membaking... tengok kek pisang gebu akak nie lagi terliur laaa dibuatnya
jomm Anie kembali membaking ajak DM sekali :)
DeleteCantik betul kek pisang bulat tu...saya suka kek pisang!
ReplyDeletetry Amie senang jer ni :)
Deletesuka juga buat kek pisang antara kek yg mudah buat
ReplyDeletebetul tu tapi kak ana kadang-kadang tak jadi gak PB :)
DeleteCP penggemar kek pisang tapi CP belum pernah baking sendiri kek pisang. Selalunye kakak yang tolong buatkan hehehe
ReplyDeletehaha pas ni boleh lah buat sendiri pula CP :)
Deletegebunya! elok benar rupa dia kak AJ ;)
ReplyDeletealhamdulillah Syaz menjadi kali ni dengan jayanya hehe :)
DeleteCantik kek tu. Gebu je
ReplyDeletealhamdulillah TS
Deletewalaweh
ReplyDeletefavorite nih
nampak sedapnya
pos sini sebiji
hahaha
meh singgah makan HH hehe :)
Delete