Rindu nak makan Hokaido Cheese Tart time pkpb ni, maka perlukan sedikit kegigihan lah untuk membuatnya sendiri di rumah. Ada jer jual instant tart shell di bakery tapi ada masa yang terluang dengan anak-anak, kami pilih untuk buat sendiri pastri untuk tart shell ni di rumah. Paling tak pun dapat mengajar anak-anak teknik dan caranya. Teringat balik masa sekolah menengah dahulu belajar dalam kelas Sains Rumah Tangga, kami buat pastri tart shell ni. Nostalgia sungguh. 


resepi blueberry cheese tart

Cara buat tart shell 

Bahan-bahan pastri ni basic nya sama sahaja macam kita buat biskut. Paling penting kena ada acuannya sahaja. Ada dua jenis acuan sama ada saiz besar atau pun saiz kecil comel tu. Ana gunakan acuan pastri saiz besar tu sebenarnya, nampak dalam gambar macam hat kecil . 


cara buat tart shell


Bahan-bahan untuk pastri tart shell 

100g mentega 
60g gula icing 
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum 


resepi tart shell


Cara buat tart shell 

1. Pukul mentega dengan gula icing hingga sebati . 

2. Masukkan kuning dan esen vanila. 

3. Masukkan tepung dan gaul rata hingga menjadi doh. Doh yang siap adalah bila adunan tidak lagi melekat pada mangkuk dan juga jari. 

4. Bolehlah mula membentuk acuan tart shell. Ambil secubit doh dan isi kan ke dalam acuan pastri. Tekan hingga mendapat lapisan yang tak begitu tebal dan tak juga begitu nipis. 

cara buat tart shell


5. Alas adunan pastri dengan plastik dan tekap kan satu lagi acuan di atasnya untuk mendapatkan corak pada pastri. 


Cara buat tart shell


6. Bila dah ada corak lekuk lekuk pada pastri keluarkan acuan kedua yang kosong tu, kemaskan bahagian tepi dengan pisau. Gunakan garfu dan cucuk lubang-lubang kecil pada dasar pastri untuk memberikan ruang udara. 


Cara buat tart shell

7. Susun dalam loyang dan bakar dalam oven pada suhu 160' selama 20 minit atau sehingga keperangan, ikut pada saiz oven masing-masing. Sejukkan dahulu baharulah keluarkan dari acuan. Tart shell yang siap ini boleh di simpan kalau tidak mahu mengisi toppingnya. Macam ana sendiri dua hari siapakan shell nya baharu lah ana jadikannya blueberry cheese tart. 

Resepi blueberry cheese tart


 
resepi blueberry cheese tart


Bila dah ada tart shell, tiba lah masa untuk menyiapkan blueberry cheese tart pula. 

Bahan-bahan untuk cheese tart:


250 gram krim keju (cream cheese)
60 gram gula aising
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
Filling blueberry atau apa sahaja filling pilihan masing-masing


resepi blueberry cheese tart

Cara-cara :

1. Putar cream cheese ( pada suhu bilik ) dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
4. Masukkan filling  blueberry ke dalam kulit tart.
5. Pipingkan adunan cheese sehingga penuh ke dalam kulit tadi.
6. Lorekkan atas cream cheese dengan pewarna.
7. Bakar selama 10 minit pada suhu 160°c. Letakkan tray di bahagian bawah sekali di dalam oven dan gunakan api atas bawah.

Untuk tutorial video korang boleh sahaja tonton di bawah ni, lebih mudah untuk faham kan :) 



Sekarang ni tak perlu tunggu raya nak buat tart, kek atau biskut. Ada sahaja bahan dan masa terluang boleh lah kita buat bersama anak-anak untuk makan-makan. Selamat mencuba. 

20 Comments

  1. rajin kak ana buat tart shell macam susah saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua hari juga lah nak habiskannya Arz hehe :)

      Delete
  2. selalunya beli saja tp nk buat tu tak pernah lg. nampak mcm senang. nanti boleh try. cantik coraknya

    ReplyDelete
  3. cantik n sedap kejadiannya tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Bila la nak mula buat ni.

    ReplyDelete
  5. Seronok sangat bila dapat lihat hasilnya. Cantikkan. Paling best kalau buat tart shell ni beramai-ramai sambil membawang ... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Amie sambil-sambil gituew hilang kan boring :)

      Delete
  6. CP suka cheese tart tapi CP tak pandai buat.
    Biasanye tempah dengan anak sedara CP je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try buat CP seronok boleh makan puas2 hehe :)

      Delete
  7. dulu kazen saya amek upah buat shell je.. itu pun ramai order sbb kadang2 orang malas nak buat shell ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah CT, ramai beli siap tart shell ni senang kan renyah juga nak buat satu persatu :)

      Delete
  8. tq for recipe. sedapnya blueberry cheesetart

    ReplyDelete