Lama dah bertangguh nak tukar cermin mata ana ni. Sejak sebelum pkp lagi dah patut kena tukar sebab cermin mata sebelum ni dah 3 tahun rasanya ana pakai. Kadang-kadang mata cepat rasa penat bila lama memakainya khasnya bila menatap handphone atau laptop. Tambah lagi sekarang ni alah betul dengan silau, memang tak berani memandu malam. Duk sebelah suami pun kalau malam, silau cahaya kereta hadapan tak tahan memandangnya. Nak tak nak kena juga cari satu cermin mata baharu yang kalis silau cahaya. 


eye pro vision review


Ana tengok di FB dan IG ramai juga rakan-rakan dapatkan cermin mata di Eye Pro Vision , Sungai Wang Plaza . Apa yang hebat sangat sampai ia dah macam kedai cermin mata viral pula di Malaysia ni. Tanya kat dua tiga kawan depa kata memang lah viral, sebab kat sini, sentiasa ada promosi jualan dengan harga mampu beli. Lagi satu, kedai cermin mata Eye Pro Vision ni boleh siapkan cermin mata dalam masa 1 jam. 


Kedai cermin mata Eye Pro Vision , Sungai Wang Plaza


kedai cermin mata eye pro vision


Elok sangat lah kan, siap cepat tak perlu nak keluar dua tiga kali nak ambil cermin mata pula bila dah siap nanti. Ana ajak suami pergi ke Eye Pro Vision kat Sungai Wang Plaza ni Sabtu lepas. Senang sahaja nak cari kedai ini, berada di aras 1, naik escalator terus nampak dah kedainya. Kami di sambut mesra oleh staf yang menunggu di hadapan kedai. Apapun kena patuhi dahulu SOP dengan scan My Sejahtera dan ambil suhu badan sebelum masuk. Jangan lupa sanitized juga tangan. 


eye pro vision sungai wang plaza


Dilayan oleh seorang staf yang comel meminta cermin mata yang ana pakai. Dia periksa power dahulu kemudian minta ana jalani ujian pemeriksaan mata seperti selalu. Alamak!! Power dah kena naik lagi 50 . Haa tu lah dia lama sangat tak tukar cermin mata kan, patut lah dah tak serasi dan tak berapa tajam sangat pandangan walau pun masih boleh melihat dengan agak jelas. 


eye pro vision


Lens Alpha Blue 420 di Eye Pro Vision


Kemudian ana di perkenalkan dengan William. Erm.. William pengurus kedai Eye Pro Vision ni mencadang kan ana menggunakan lens Alpha Blue 420 . Menurut William, ianya adalah produk utama Eye Pro Vision yang telah menjalani ribuan test optometry sebelum di lulus kan penggunaannya. Antara kebaikan Alpha Blue 420 ini adalah : 

- ia di reka khas untuk tahan silau waktu malam

- ia juga khas untuk menghindar silau sinaran lampu LED kereta dari hadapan

- ia juga sesuai untuk mereka yang bekerja mengadap skrin komputer dan handphone

- jaminan 100% uv420, tidak akan tembus silau

- mempunyai  12 lapisan coating tahan silau 


kedai cermin mata eye pro vision

Nampak gayanya perlu sangat ana pada cermin mata dengan len Alpha Blue 420 ni. Ana pun buat pemeriksaan terperinci dahulu bersama William dan kemudian keluar galeri mencari frame atau bingkai yang berkenan. Banyak sungguh pilihan bingkai-bingkai cermin mata kat Eye Pro Vision ni , naik rambang mata. Nasib baik ada salah seorang staf mencadangkan beberapa pilihan untuk ana pilih. 


alpha blue 420 lens


Dia bagi cadangan untuk ana pilih bingkai yang tak ganggu tudung, hehe :) Mesti kak nak yang tak nak tudung bersegi kan, katanya. Memang mesra staf-staf di sini. Kemudian ana minta dia bagi beberapa bentuk bingkai yang sesuai lah dengan usia ana ni. Sat lagi segan pula pakai spec orang muda-muda sangat. Biarlah ianya ever green gituew. Dah try satu dua berkenan lah dekat yang frame silver hitam dengan bingkai empat segi. Sebab tak nak yang bulat muka dah la bulat kan. Frame cermin mata lama pun empat segi tapi kecil dan memanjang. kali ni tukar empat segi tapi besar sikit. 


Kedai cermin mata Eye Pro Vision


Dah siap pilih dan uji lens, kami jenjalan sekitar Sungai Wang dahulu sementara siap cermin mata baharu ana ni. Dalam 45 minit lebih kurang datang semula, dah siap dah cermin mata baharu ana. Bila try pakai dan di uji sekali lagi, wahhh!! Okay sangat rasa terang jelas dan tajam kembali penglihatan. Nak tengok wajah penuh dengan spec baharu pun kena balik rumah dahulu sebab tak boleh tanggal facemask ye dak. 


Eye Pro Vision


Di rumah, try la pakai, ewah! Cun juga lah. Anak-anak pun suka nampak moden sikit ibu kata depa. Malam tu try pi kedai pakai cermin mata baharu ni dan Alhamdulillah dah tak silau lagi. Boleh lah memandu waktu malam lepas ni In Shaa Allah. Dua hari lepas pi mall nak beli barang dapur, keluar kereta pakai mask, elok je tak berkabus cermin mata sepanjang dalam pasaraya. Adik Ika pun perasan, cermin mata ibu tak berkabus katanya. Lega kan. 


kedai cermin mata Eye Pro Vision

Jadi ana sangat lah berpuas hati dengan cermin mata gaya baharu tahun 2021 ana ni. Berbaloi sangat mendapatkannya. Tambahan kini ada promosi dengan harga serendah RM65 pun korang boleh dapatkan cermin mata bersama lens sekali. Cuma untuk lens Alpha Blue 420 ni pakej harga adalah dari RM125 untuk power kurang -400 dan silau  -200 . Murah dah tu kan. Sebelum ni kalau tengok harga kat kedai lain pun lebih mahal dari tu. 


Eye Pro Vision


kedai cermin mata eye pro vision


Bagi yang tak perlukan cermin mata anti silau ni pun korang boleh dapatkan pilihan bingkai dan lens dari harga serendah RM65 sahaja. Macam-macam pilihan frame ada kat sini. Paling ana suka dan recormended untuk korang datang ke kedai cermin mata Eye Pro Vision ni adalah keramahan staf dan melayan serta menerangkan kepada kita secara profesional dan tak lah memaksa untuk membeli. Kita di terangkan dengan jujur dan buatlah pilihan masing-masing lens mana yang kita perlukan untuk mata kita. Kalau korang berminat dah nak mendapatkan cermin mata dengan Alpha Blue Lens 420 ini boleh lah datang terus ke : 

Eye Pro Vision

G111, Ground Floor

Sungei Wang Plaza

Di buka setiap hari mulai jam 11am - 9pm



 Untuk keterangan lanjut boleh lah whatsapp atau hubungi 

William di  016-3771304

Layari laman facebook 

Eye Pro Vision Viral

atau

Instagram 

@eyeprovision



14 Comments

  1. murah sangat tu..biasanya mesti more than 200

    ReplyDelete
  2. Ya, memang harganya jauh lebih murah di sini. Banyak pilihan juga.

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan. Rambang mata nak pilih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa, last2 kak AJ minta staff Eye Pro Vision yang suggest kan hehe :)

      Delete
  4. cantik cantik.. trend skrg mcm ni kan.. :)

    ReplyDelete
  5. anti silau ni penting.. lagi2 untuk yang memang rabun..
    n yang selalu tengok screen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat CT kakak awak ni makin naik power dan silau, alhamdulillah settle dah boleh drive malam :)

      Delete