Mesti pernah terjadi macam ni kat kita kan ? Bila kita duk melayari internet atau cerita pasal deko-deko ker, jenama jam tangan ke , online platform ke, dan macam-macam produk tiba-tiba bila buka facebook tuu diaa, iklan pun muncul je kat wall. Macam tahu-tahu ajer pulak kan ? Ketahuilah. Facebook is ‘spying’ on us (Artificial Intelligence / AI). Setiap perkara yang kita cari walaupun diluar aplikasi Facebook sekalipun, FB boleh track dan detect. Termasuk lah dengan online banking. Menakutkan?
Usah risau. Sebenarnya kita boleh review activity yang Facebook tengah track dekat setting. Ana sendiri pun bila dah tengok mak aii, log in bank pun depa boleh tahu. Ini lah new features yang dikemaskini oleh Facebook. Walaupun sebenarnya depa tak boleh pun log in internet banking semua tu tapi tetap lah mengganggu privacy kita kan.
Jadi untuk menjaga privasi kita , feature ni ini yang di namakan Offline Facebook Activity boleh di nyah aktif kan ataupun "turn off". Dan macam ana sendiri, jarang buat urusan transaksi internet banking melalui telefon, ana agak konservatif dan lebih rasa selamat menggunakan laptop. Skema jer kan. Ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini cara untuk setting "Future OFF Facebook Activity. Semoga bermanfaat.
Cara untuk setting Future OFF-Facebook Activity
1. Langkah pertama, pergi ke profile dan klik pada 3 dot seperti di dalam foto di atas.
2. Pergi ke "View Privacy Shortcuts "
3. Pilih "View or clear off-Facebook activity "
4. Kat atas tu korang boleh tengok website yang korang pernah browsing atau layari muncul termasuklah internet banking. Jadi dari situ lah FB dapat info korang sedang buat apa dan ia akan munculkan iklan-iklan atau new feed muncul di wall kita. Jadi mula-mula kita "Clear History" terlebih dahulu.
5. Clear history dan selesai satu bab. Tapi untuk mengelakkan FB track semula aktiviti, kita perlu OFF kan setting ini seperti langkah di bawah :
6. Dibawah Clear History ada pautan More Option dan masuk ke situ untuk manage off-Facebook activity ini.
7. Pilih Manage Future Activity
8. Klik kan ke kiri button biru seperti di rajah di atas dan ia adalah arahan untuk OFF .
9. Di situ ada penerangan aktiviti apa yang masih boleh di akses oleh FB dan di bahagian bawah sekali klik sahaja pada button "Turn Off". Selesai.
Jadi pilihan di tangan masing-masing untuk semua setting di FB ni. Untuk keselamatan akaun dari di hack korang kena set kan akuan dengan setting kan kepada "two factor authentication" di mana kita perlu masukkan tac code sekiranya ada aktiviti log in dari peranti yang berlaianan. Banyak lagi setting privasi yang ada di FB boleh kita lakukan untuk melindungi privasi masing-masing. Walau bagaimana pun hati-hati lah sentiasa di media sosial kerana semua nya semudah di hujung jari. Perkara-perkara yang sulit, tak perlu di dedahkan. Begitu juga penulisan dan komen, bukan setakad bahaya di dunia malahan berlarutan hingga ke akhiratnya juga audit berlaku. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.
14 Comments
good sharing ana. thank you
ReplyDeletesemoga bermanfaat Mar :)
Deleteterima kasih atas perkongsiannya :)
ReplyDeletesemoga bermanfaat Yan :)
DeleteTakutnya!! Tq sharing this info Ana..
ReplyDeletehehe tak lah depa boleh access ke akauan cuma depa boleh tahu apa yang kita browsing jer Mell :)
DeleteGood sharing Ana.. nanti nak buat juga. Yang two factor authentication tu dah buat kat IG, kat facebook kena check balik..
ReplyDeletehaah mana yang boleh kita private kan jer Sue
DeleteTq kak ana..rupanya ada cara nak off..
ReplyDeletebanyak benda kita boleh off di FB ni Yaya setting kan :)
Deletetksh ana ilmunya
ReplyDeletesemoga bermanfaat PI
Deleteada cara nak off rupanya. kadang-kadang tu seram jugak sebab apa yang kita pernah search tetiba je keluar. thanks kak ana
ReplyDeletekan Kinah, macam tau tau jer kan hehe :)rupanya memang depa tahu le tu
Delete