Semalam lepas Maghrib, suami ajak ke pasaraya nak cari barang dapur. Kami pergi malam sebab memang nak beli barang kering sahaja jadi tak lah risau dapat barang tak segar kan. Ana ni lauk pauk selalunya beli dari kedai Acheh sahaja sebab jauh lebih segar dari pasaraya. Suami pula memang tak nak makan kalau lauk pauk dari pasaraya sebab tak berapa segar. Jadi kami beli barang-barang kering sahaja setiap bulan seperti beras, minyak masak, gula, kicap, kopi, ikan bilis dan sebagainya. Harga barang kering pula kalau di pasaraya jauh lebih murah dari kedai runcit ye dak. Begitulah kesinambungan kehidupan ni, kena bijak mengatur perbelanjaan. Jimat sana sini seboleh daya. 


harga bawang

Dalam seminggu lepas ni terbaca juga lah posting di FB kisah harga bawang yang melambung naik. Borak dengan jiran pun cerita yang sama, Zura jiran ana cerita dia kutip-kutip bawang isi dalam plastik lepas timbang RM20 lebih. Tanjat aku! Kata Zura.. Pi buka balik plastik keluarkan separuh timbang balik, hehe :) . Masa tu ana tak adalah lagi nak beli bawang sebab masih ada stok bulan lepas. Bila call mak, mak kata nak pergi beli barang dapur dengan abah, ana pesan siap-siap, suruh abah timbang tengok dulu berapa, sat gi kesian pula abah kena bayar mahal kan. Sampai macam tu pesan kat mak abah di kampung. Selalu adik balik tiap minggu isi kan barang dapur ni pkpb nak rentas daerah tak lepas. Terpaksa lah abah keluar beli barang bila ada yang tak cukup. 

Semalam ana pun kena dah beli bawang sebab stok dah habis. Tengok bawang besar dalam RM8 lebih sekilo. Tapi saiz bawang tu besar-besar penumbuk orang lelaki. Kalau penumbuk ana kecil jer lah :) Agaknya bila beli 5 biji dah sekilo, tak jadi ni. Cari lah bawang kecil, hat bawang ros kecil tu sampai RM23 harga sekilo, last-last ambil yang bawang kecil cina tu RM9 sekilo. Pilih elok-elok takut rugi dapat bawang basah. Busuk tak tahan lama kan dah rugi, harga dah lah mahal. 

Pilih punya pilih timbang dalam RM7.70. Okay lah tu lepas lah nak guna bawang dalam masakan. Rumah ni pun masak berlauknya sekali sehari jer, masak tengahari. Jimat-jimat lah dalam penggunaan bawang waktu-waktu macam ni kan. Asal lepas menumis jadi lah sebab apa lah makna masakan Melayu ni tanpa tumisan bawang. Mesti rasa lain. 

Begitulah ujian demi ujian yang kita lalui akhir-akhir ini. Dengan bimbang kan pendamik, terbatasnya pergerakan untuk kita yang sama-sama mencari rezeki dengan bekerja di luar ni, dengan mereka yang di potong gaji kerana kurangnya pendapatan syarikat dan pelbagai lagi. Di tambah pula dengan harga barang makanan pula yang kian meninggi. Semua itu ujian dan ramai antara kita yang terkesan. Jadi bagi mereka yang masih berkemampuan itu lain lah kisahnya, bagi kita yang terkesan emosi dan diri ini, berjimat-jimatlah. Dahulu kan keperluan dari kehendak. Guna kanlah apa yang ada di persekitaran se maksima mungkin dan teruskan berdoa agar semua ini akan segera berlalu dan kembali kepada fitrah kehidupan kita yang normal. Norma baharu ini mudah-mudahan hanya sementara kerana ia banyak yang tidak indah di dalamnya dalam aspek jiwa dan kerohanian. 

36 Comments

  1. dana baru tahu pasal harga bwang, itu pun lepas kawan2 share harga bawang... bila tanya kat Edy baru dia bgtau aah bawang merah mahal...
    almaklum dia yang selalu beli barang dapur, dana tau order je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Dana berganda2 harganya sekarang adoi :)

      Delete
  2. ramai juga mengeluh bawang mahal sekarang kan kak AJ :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah syaz bawang ni bahan asas dalam masakan kena juga ada kan :(

      Delete
  3. Tukang Kebun tahu pun sebab suami yang keluar membeli mengomel pasal harga bawang mahal.
    Dah agak akan naik masa negara pengeluar bawang ni kena serangan locusts pastu banjir dahsyat lagi pertengahan tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan TK itulah yang di nyata kan sebab kenaikan harga bawang merah India laa nii :)

      Delete
  4. Cikbunga ingat cikbunga sorang jew yg perasan, memang cik bawang sekarang nie demand🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CB merata orang mengeluh pasal harga bawang merah ni kan hehe :)

      Delete
  5. semalam pergi shopping barang dapur, bawang pun takde tinggal yg buruk je. nak tanam sendiri tak pernah menjadi pula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lah pula nak tunggu hasil tanam bawang TS tu hehe :)

      Delete
  6. LA NI XYAH MAKAN BAWANG DULU..KALAU XLAKU TURUNLA HARGANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kurang kan bawang dalam masakan kan PI :)

      Delete
  7. Sy pun belum beli lagi bawang sejak org kata bawang naik harga ni. Bertimpa-timpa ujian Allah bagi, harapnya kita masing-masing kuat, insaf dan sentiasa positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia PH ujian demi ujian yang hadir dalam pelayaran kehidupan kita semua kini :(

      Delete
  8. PKP yang pertama dulu saya terkejut sebab harga bawang merah mencanak naik RM20 sekilogram. PKPB sekarang ni, saya pejam mata saja beli bawang. Tak beli perlu, nak beli harga tinggi. Apa boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah amie, kurang2 kan penggunaan bawang supaya dapat lah berjimat

      Delete
  9. Betul, harga bawang melambung sekarang ni. Bawang besar kt mydin sini rm8 sekilo, bawang kecik india kat econsave rm13.90 sekilo..eemmm..rasa mcm nak tanam bawang sendiri pulak, huhu.

    ReplyDelete
  10. memang kak.. bukan bawang je rasanya. banyak benda nak naik harga ni. dalam pada ujian pandemic ni semua pun jadi mahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya CT bila harga bawang naik, harga makanan pun pasti akan naik juga kan :(

      Delete
  11. ye bawang mahal kan sekarang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang kan penggunaan bawang lah nampaknya kan NTN :)

      Delete
  12. kat nsk siap2 packing. harga sebungkus tak masuk akal dgn kuantiti. tiba masanya jimatkan bawang dlm masakan hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam kak ana tengok bawang merah kecil tak sampai 500g dah RM9 lebih adoi :(

      Delete
  13. Memang bawang mahal la kak ana...stress plak tengok..skrg bawang besar jenis yang kaler pepel tu je banyak..yang tu x sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA besar-besar pula tu 4 biji dah sekilo agaknya :)

      Delete
  14. Sue pun baru ja top up barang dapur semalam dengan hari nie.. kalau kat NSK memang beli bawang guni kecik tu Ana, tapi Sue lupa pulak harga dia berapa..

    ReplyDelete
  15. Harga bawang merah mmg mahal skrg kan... pastu selalu pula habis kalau dkt pasaraya dkt rumah saya.
    ~betul² setuju, mmg kena bijak berjimat dgn kaedah sendiri.

    ReplyDelete
  16. Hari tu nak beli bawang terkejut beruk tengok harga. Selalu belas2 tetibe jadi dekat 30.

    ReplyDelete
  17. inilah topik kami kat opis bincang minggu lepas.. mmg mahal kan kena tanam sendiri la gamaknya

    ReplyDelete