Semalam lepas Maghrib, suami ajak ke pasaraya nak cari barang dapur. Kami pergi malam sebab memang nak beli barang kering sahaja jadi tak lah risau dapat barang tak segar kan. Ana ni lauk pauk selalunya beli dari kedai Acheh sahaja sebab jauh lebih segar dari pasaraya. Suami pula memang tak nak makan kalau lauk pauk dari pasaraya sebab tak berapa segar. Jadi kami beli barang-barang kering sahaja setiap bulan seperti beras, minyak masak, gula, kicap, kopi, ikan bilis dan sebagainya. Harga barang kering pula kalau di pasaraya jauh lebih murah dari kedai runcit ye dak. Begitulah kesinambungan kehidupan ni, kena bijak mengatur perbelanjaan. Jimat sana sini seboleh daya. 


harga bawang

Dalam seminggu lepas ni terbaca juga lah posting di FB kisah harga bawang yang melambung naik. Borak dengan jiran pun cerita yang sama, Zura jiran ana cerita dia kutip-kutip bawang isi dalam plastik lepas timbang RM20 lebih. Tanjat aku! Kata Zura.. Pi buka balik plastik keluarkan separuh timbang balik, hehe :) . Masa tu ana tak adalah lagi nak beli bawang sebab masih ada stok bulan lepas. Bila call mak, mak kata nak pergi beli barang dapur dengan abah, ana pesan siap-siap, suruh abah timbang tengok dulu berapa, sat gi kesian pula abah kena bayar mahal kan. Sampai macam tu pesan kat mak abah di kampung. Selalu adik balik tiap minggu isi kan barang dapur ni pkpb nak rentas daerah tak lepas. Terpaksa lah abah keluar beli barang bila ada yang tak cukup. 

Semalam ana pun kena dah beli bawang sebab stok dah habis. Tengok bawang besar dalam RM8 lebih sekilo. Tapi saiz bawang tu besar-besar penumbuk orang lelaki. Kalau penumbuk ana kecil jer lah :) Agaknya bila beli 5 biji dah sekilo, tak jadi ni. Cari lah bawang kecil, hat bawang ros kecil tu sampai RM23 harga sekilo, last-last ambil yang bawang kecil cina tu RM9 sekilo. Pilih elok-elok takut rugi dapat bawang basah. Busuk tak tahan lama kan dah rugi, harga dah lah mahal. 

Pilih punya pilih timbang dalam RM7.70. Okay lah tu lepas lah nak guna bawang dalam masakan. Rumah ni pun masak berlauknya sekali sehari jer, masak tengahari. Jimat-jimat lah dalam penggunaan bawang waktu-waktu macam ni kan. Asal lepas menumis jadi lah sebab apa lah makna masakan Melayu ni tanpa tumisan bawang. Mesti rasa lain. 

Begitulah ujian demi ujian yang kita lalui akhir-akhir ini. Dengan bimbang kan pendamik, terbatasnya pergerakan untuk kita yang sama-sama mencari rezeki dengan bekerja di luar ni, dengan mereka yang di potong gaji kerana kurangnya pendapatan syarikat dan pelbagai lagi. Di tambah pula dengan harga barang makanan pula yang kian meninggi. Semua itu ujian dan ramai antara kita yang terkesan. Jadi bagi mereka yang masih berkemampuan itu lain lah kisahnya, bagi kita yang terkesan emosi dan diri ini, berjimat-jimatlah. Dahulu kan keperluan dari kehendak. Guna kanlah apa yang ada di persekitaran se maksima mungkin dan teruskan berdoa agar semua ini akan segera berlalu dan kembali kepada fitrah kehidupan kita yang normal. Norma baharu ini mudah-mudahan hanya sementara kerana ia banyak yang tidak indah di dalamnya dalam aspek jiwa dan kerohanian.