Ana yakin ramai di antara kita masih ada rasa takut-takut untuk keluar membeli belah atau pun mendapatkan perkhidmatan di kebanyakan shopping mall. Pendamik yang telah melanda negara untuk gelombang ketiga ini menjadikan kita lebih berhati-hati dan memilih platform digital secara online untuk berurusan. Sebolehnya kita hendak pendekkan masa berurusan dan beredar dengan cepat dari satu-satu lokasi dan premis. 

Untuk pengetahuan korang, CITTA Mall salah sebuah pusat membeli belah di Ara Damansara, PJ telah pun mengambil langkah efektif dengan melancarkan platform penghantaran dan tempahan secara digital buat pelanggannya. Ia mudah dan cepat di  mana kita sebagai pelanggan cuma perlu membuat tempahan secara online dan kemudian produk akan di hantar ke rumah. Begitu juga dengan pelbagai lagi servis di gedung CITTA Mall yang lain, di mana kita hanya perlu membuat tempahan atau temujanji dan kemudian datang mengambil sendiri atau hadir untuk mendapatkan perkhidmatan dalam jangka masa yang pantas dan cepat. Terbaik, bukan. Sesuai lah dengan pengamalan norma baharu kehidupan kita kini. 


mycitta

Membeli belah melalui myCITTA dari CITTA Mall 


mycitta


CITTA Mall secara rasminya telah melancarkan delivery platform yang di kenali sebagai myCITTA . Pelanggan kini cuma perlu membuat pesanan pembelian dari rumah melalui laman web www.citta.com.my . Di sana terdapat deretan premis perniagaan yang beroperasi di pusat membeli belah CITTA Mall dan boleh lah kita membuat pembelian secara online. Tak kira lah sama ada membeli barang dan produk keperluan harian mahupun membuat tempahan untuk penjagaan diri seperti spa sekali pun. Kita boleh memilih untuk penghantaran ke rumah atau pun datang untuk mengambil sahaja ( self-pickup ) di sana nanti. 


mycitta

Menurut Mr John Tam, General Manager CITTA Mall " Pendamik Covid-19 telah banyak memberi kesan kepada perniagaan dan ia memerlukan satu plan tidakan yang efisyen untuk membolehkan pengguna mendapatkan keperluan dalam kaedah yang lebih berkesan di samping menjadikan situasi membeli belah lebih selamat, selesa dan menyenangkan dengan penggunaan myCITTA . " Sehingga ke hari ini, terdapat hampir 35 premis perniagaan mengambli bahagian dengan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan. Dengan hanya membuat tempahan secara online di myCITTA , pembeli akan mendapatkan pelbagai jenis produk yang berbeza dengan satu penghantaran. 

Antara premis perniagaan yang terlibat dalam myCITTA adalah seperti A slice of Heaven, Beans N Beans, Wingstop, Fruitlab, Peak Fitness, Ashley Furniture HomeStore, Canning Heritage, Gajahmada, House of Malaya, Penyet Express, A Beauty Secret Studio, A&W, Boozeat, Gadget C Store, Iyakimono, JOMLaksa, Manjakaki, Marrybrown, Mikey’s Pizza, Onde Onde, Para Thai, Tail & Fin, The Barn, Twinbow, Union Roastery, MaggyMe, Universal Noodle, Ying Ker Lou, Waroeng Penyet, Wrappe, Deli Wau, B Optique, and Julia Gabriel & Chiltern House Preschool.


mycitta


Bersempena dengan pelancaran platform digital myCITTA pelanggan boleh menikmati beberapa tawaran promosi seperti di bawah : 

- Diskaun RM5 off untuk setiap tempahan di myCITTA dengan memasukkan kod CITTA2U  (terhad untuk 100 pelanggan pertama sahaja) 

- 3 hari free trial pass di Peak Fitness buat semua pelanggan yang membeli melalui myCITTA. 

3 outlet yang menarik perhatian ana untuk membeli belah melalui myCITTA ini adalah : 

Twinbow Cookies 


Twin bows cookies Citta Mall

Khas buat penggemar cookies macam ana ni, teringin sangat nak menikmati cookies yang sedap dari Twinbow Cookies ni. Korang juga boleh order secara online di myCITTA atau datang sendiri ke kiosk Twinbow yang terletak di 

G-K10 (Ground Floor)

Phone Number: +603-7846 3092

Homepage: https://www.facebook.com/twinbowmy/

Opening Hours: 10.00am to 10.00pm (daily)


Fruitlab 


fruitlab citta mall


Selain ctookies, kalau ke mall pasti ana akan membeli buah-buahan segar. Di Citta Mall ni korang boleh dapatkan pilihan buah-buahan segar di kiosk Fruitlab yang terletak di G-K03 (Ground Floor) , CITTA Mall atau pembelian secara online di myCITTA dan penghantaran sebakul buah-buahan segar akan sampai ke rumah. Layari ke : https://www.facebook.com/myfruitlab/


Manjakaki 


manjakaki citta mall


Pilihan foot refleksologi kalau ke CITTA Mall ni pastilah singgah urutan kaki di Manjakaki. Juga terdapat perkhidmatan urutan badan di sini yang telah bertapak dari tahun 2008 lagi. Kunjungi Manjakaki di : G-37 (Ground Floor) Hubungi talian : +6013-270 8650 untuk tempahan dan pertanyaan dan layari ke https://www.manjakaki.com.my/ . Kesemua outlet pilihan ana di atas di buka setiap hari 10 pagi hingga 10 malam. 


Cara-cara untuk membeli secara online di myCITTA 


1. Layari ke www.citta.com.my samada melalui pc ataupun telefon pintar.

2. Klik butang "Order Now" di ruang Best Sellers seksyen atau klik pada mana-mana logo premis perniagaan yang mengambil bahagian . 

3. Buat pilihan produk dan kuantiti ( add-ons jika ada ) dan klik ke "Add to Order"

4. Review semula senarai pembelian dengan klik pada ikon shopping cart , buat pilihan masa dan tarikh penghantaran dan isi kan butiran penghantaran yang di perlukan. 

5.  Selesai tempahan pembelian dan semak di kotak  ‘I understand and I’m ready to submit my order’ dan klik pada "Submit Order".

6. Lengkapkan pembayaran dan kita akan menerima pengesahan pembelian melalui WhatsApp dan tunggu lah penghantaran ke rumah. Senangkan dengan myCITTA ni. 


Untuk keterangan lanjut layari sahaja ke 
Laman web :  www.citta.com.my
Facebook :  


Selamat membeli belah secara digital tanpa perlu ke mall dengan myCITTA selaras dengan norma-norma baharu kehidupan kita kini. Stay safe semua. 

 


4 Comments