Hari-hari makan ikan yang sama berulang setiap minggu, ayam pula dah jemu. Petang tu ana ke pasaraya dan terpandanglah sepaket ikan dory frozen. Tak mahal sangat harga ikan dory ni sekitar RM8 ke RM10 sahaja sepaket. Dalam tu ana, dapat dalam 4 keping potongan ikan dory yang dah di bersihkan. Korang boleh beli filet ikan dory ni pasaraya, In Shaa Allah ada di bahagian frozen. 

Bawa balik dan ana cadang nak buat fish and chip sahaja ikan dory ni sebagai sajian makan malam sekeluarga. Caranya pun mudah sangat kiranya menu ikan goreng sahaja la di makan dengan sos mayo ala-ala tartar sauce bersama salad dan fries. Haa sebab tu lah namanya fish and chip , ada fish dan potato chip ye dak. 


resepi fish and chip ikan dory


Resepi fish and chip ikan dory

Bahan-bahan untuk filet ikan dory  adalah :

Kepingan ikan dory yang di bersihkan dan di potong keping mengikut saiz yang dikehendaki

1 biji telur - ambil kuningnya sahaja 

Tepung beras - ikut kuantiti ikan dory untuk salutannya

Garam secukup rasa 

Bread crumbs atau serbuk roti - boleh beli di pasaraya atau bakery 

Minyak untuk menggoreng

Cara masak fish and chip ikan dory 


fish and chip ikan dory



1. Rasakan tepung beras dengan garam , ketepi kan dalam pinggan. 

2. Salutkan kepingan ikan dory ke dalam tepung beras dan celup ke dalam telur kuning yang di pukul perlahan . 

3. Golekkan ke atas serbuk roti atau breadcrumbs secukupnya. 

4. Goreng ke dalam kuali berisi minyak dengan api perlahan supaya tidak hangus salutan ikan dan isi ikan masak sempurna. Toskan minyak dan siapkan sajian sampingan untuk di makan bersama isi ikan dory. 

Resepi Sos fish and chip mudah 

Bahan-bahannya sos fish and chip :

Mayonnaise
Bawang  holland di dadu kecil-kecil
Bawang putih di ketuk dan racik halus-halus 
Mixed Italian herbs jika suka 
Jus limau atau lemon




Cara buat sos fish and chip ala-ala tartar sauce ni satukan kesemua bahan di atas dan perahkan jus lemon atau limau. Fish and chip sedap di makan bersama fries atau kentang goreng, salad atau pun wedges . Untuk side dishes ni ikutlah kesukaan dan pilihan masing-masing. Selalu anak-anak yang gemar makan fish and chip ni kan sebab ianya tak pedas. Selamat mencuba naa bersama anak-anak waktu cuti persekolahan macam sekarang ni. Nak makan di luar pun masih was was jadi boleh lah cuba masak di rumah. 

12 Comments

  1. Dah lama tak jumpa fillet ikan dory ni di pasaraya dekat rumah. Jumpa nanti boleh try resepi kak ana ni :)

    ReplyDelete
  2. Aduh teringin pula. Hari itu ada nampak ikan dory sejuk beku.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah beli filet ikan dory ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Tak pernah lagi beli filet ikan dori ni.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap lah pulak. Boleh follow resepi kak Ana ni

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. mudah aje caranya bolehlah buat sendiri lagi berbaloi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann mama berbaloi buat sendiri di rumah ni :)

      Delete