Selesai sudah bab i-Sinar KWSP malahan kategori 1 sudahpun mula menerima bayaran dan i-Sinar kategori 2 pula telah pun di buka permohonan beserta mengemukan dokumen sokongan yang di perlukan dalam permohonan untuk yang layak. Dan di waktu entri ini di terbitkan, beberapa buah negeri dan Wilayah Persekutuan sedang menjalani PKP 2.0 serta di kejutkan pula dengan pengishtiharan darurat politik selepas diperkenankan oleh YDPA. Apa pun ana yakin mereka yang arif dalam bidangnya sahaja yang telah membuat keputusan yang bukan mudah untuk kita.
Tenang, patuhi apa yang perlu dan teruskan kehidupan kerana setiap apa sahaja yang berlaku adalah ujian dan takdir yang di tulis untuk kita. Apa sahaja usaha yang dilakukan pasti ada matlamat dan untuk kesejahteraan kita semua kerana bukan mudah untuk memenuhi kemahuan semua rakyat. Bila bercakap tentang pendamik dan sebagainya, banyak bantuan telah di salurkan dan di berikan kepada mereka yang layak. Dan kini , jom sama-sama kita lihat pula satu lagi bantuan kewangan yang telah di luluskan dalam Bajet 2021 iaitu Bantuan Prihatin Rakyat atau dikenali sebagai BPR .
Semakan Status & Kemaskini Untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Apa itu Bantuan Prihatin Rakyat? Ia merupakan bantuan khas kewangan dari kerajaan yang menggantikan BSH diberikan kepada golongan B40 & M40 dalam pengumuman Bajet Belanjawan 2021 yang lalu.
Cara Mohon BPR 2021
Bagi mereka yang layak tetapi belum berdaftar, permohonan baharu akan dibuka mulai 15hb Januari 2021 sehingga 15hb Februari 2021. Oleh itu sekiranya pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah adalah layak untuk membuat permohonan baru di BPR 2021 ini.
Manakala bagi pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan bpr 2021
perlu membuat kemas kini data mulai dari tarikh yang sama di atas. Untuk pendaftaran baharu serta pengemaskinian, sila layari ke https://bpr.hasil.gov.my/
Untuk pendaftaran sila klik pada pautan di bawah banner 'permohonan baru ', isi kan butiran yang di minta dan kemudian perlu log masuk semula untuk semakan semula dan pengesahan permohonan. Mana kala untuk kemas kini, klik pada pautan 'Log Masuk' di bahagian atas kanan dan masukkan nombor kad pengenalan . Anda perlu menjawab beberapa soalan keselamatan dan jika betul baharu akan di bawa ke ruang kemas kini data sedia ada.
Bayaran bantuan ini akan disalurkan sebanyak dua kali ansuran atau dua fasa iaitu fasa 1 dan fasa 2. Menurut info daripada BERNAMA juga, bayaran pertama akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021. Manakala Bayaran Fasa 2 BPR: Akan Dikemaskini .
KADAR BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Kadar bayaran BPR adalah mengikut kategori isi rumah dan bilangan anak.
INDIVIDU BUJANG
Jika sebelum ini hanya individu bujang berumur 40 tahun ke atas sahaja menerima BSH, namun kini kadar umur dikurangkan sehingga 21 tahun. Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2500 dan berumur 21 tahun ke atas akan menerima BPR sebanyak RM350.
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500
Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima bantuan seperti berikut:
1 orang anak: RM1,200
2 orang anak atau lebih: RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 ~ RM4000
Isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 akan menerima bantuan seperti berikut:
1 orang anak: RM800
2 orang anak atau lebih: RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4001 ~ RM5000
Isi rumah yang berpendapatan RM4501 hingga RM5000 akan menerima bantuan seperti berikut:
1 orang anak: RM500
2 orang anak atau lebih: RM750
Semoga info-info di atas dapat memberi serba sedikit mengenai apakah itu Bantuan Prihatin Rakyat ( BPR ) dan sedikit sebanyak dapat membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Nantikan update terkini dari sumber yang sahih seperti di FB Page LHDN dan sebagainya.
Sumber rujukan entri :
https://bpr.hasil.gov.my/
https://www.mysumber.com/bpr-bantuan-prihatin-rakyat.html
16 Comments
Terima kasih kak perkongsian. Alhamdulillah. Sedikit atau banyak tetap rezeki yang boleh meringankan juga. Aamiin.
ReplyDeletein shaa allah PC semoga membantu mereka yang memerlukan :
Deletesemoga bantuan yang diberikan dapat membantu rakyat yang terjejas
ReplyDeleteaamiin in shaa allah Yan
DeleteSyukur Alhamdulillah. Di saat gelombang covid-19 yang semakin mengganas, memang perlu sangatlah rakyat mendapat bantuan yang sewajarnya.
ReplyDeleteramai yang terjejas dari segi pendapatan apatah lagi waktu sekarang ni ada negeri sedang menjalani PKP kan Amie :)
Deletesemoga membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletein shaa allah Syaz :)
Deletemugo2 wak pon dpt bpr nih.. aminn
ReplyDeleteaamiin
DeleteALHAMDULILLAH BANTUAN KEWANGAN KPD RAKYAT YG MEMERLUKAN
ReplyDeletealhamdulillah PI
DeleteMoga memberi manfaat buat penerima. :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)
ReplyDeletein shaa allah
Deletesemoga dapat memberi manfaat kepada yg dpt
ReplyDeleterumah mampu milik
rumah mampu milik johor
rumah pertamaku
semoga bermanfaat
Delete