Terbaca perkongsian di laman facebook beberapa rakan mengenai adanya Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021 melalui pengumuman bajet 2021 yang lalu. Maklum lah kan waktu pembentangan bajet secara langsung, bukan semua aspek yang di bentang kan kita alert dan ambil tahu. Ada sahaja yang terlepas pandang dalam pembentangan yang panjang dan lama tu. Jadi bila ada sahaja posting yang berkaitan, waktu itulah baharu tahu, ada yang layak untuk kita memohon.

Samalah dengan Bantuan kepada Warga Emas RM500 ini, ana baharu mengetahuinya dan cuba nak mohon untuk  mak saudara di kampung. Bila rujuk pada syarat kelayakan yang di berikan nampaknya layak untuk memohon. Jadi ana cuba , kalau ada rezeki adalah nanti kan. Kalau tidak mungkin bukan rezeki tetapi tak salah untuk kita mencuba. 

Permohonan Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021 ini perlu mendaftar terlebih dahulu secara online dan kemudian pemohon atau wakil perlu ke Pejabat JKM terdekat dan menyerahkan borang pendaftaran yang di cetak dan di lengkapkan serta salinan dokumen yang di perlukan untuk melengkapkan urusan permohonan dalam tempoh masa 14 hari dari pendaftaran secara online dilakukan. Jom ana kongsikan di sini cara untuk memohon Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021 serta dokumen yang di perlukan sebagai rujukan dan panduan bersama, In Shaa Allah.


Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021


Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021

Syarat kelayakan Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021


Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

- Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.

- Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

- Warga emas yang bukan tinggal di:
i) Institusi kendalian JKM; atau
ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau

- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara memohon Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021


2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’

3.  Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.

4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’

Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Di akhir proses pendaftaran akan di berikan alamat pejabat JKM terdekat untuk menghantar borang permohonan dan juga dokumen yang di perlukan. Atau senarai direktori pejabat juga boleh boleh dirujuk melalui link: http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT0.


Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Bantuan kepada Warga Emas RM500 Dari JKM 2021


👉Salinan kad pengenalan diri pemohon.

Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.

 Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) & Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)

Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)


Soalan lazim mengenai Bantuan Warga Emas RM500 Dari JKM 2021

1. Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini? 
Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan. 

3. Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini? Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja. 

4. Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima? 
Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi. 

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi 
Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat: 
Jabatan Kebajikan Masyarakat Aras 6, 9-18 
No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 
No Tel: 03-8000 8000
 
Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk seluruh warganegara Malaysia. 

Rujukan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

8 Comments

  1. Alhamdulillah. Moga kebajikan warga emas sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah boleh kak cuba pohon ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada juga bantuan yang wajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga akan sampai kepada golongan sasar in shaa allah

      Delete
  4. Alhamdulillah.. ada juga rezeki untuk warga emas

    ReplyDelete