Lama dah terima hadiah dari adik blogger Shalimar ni, lupa pulak nak update di sini. Nak nak lagi time PKP keluar pun tidak jadi tak sempat lah nak ber OOTD dengan jute bag hadiah dari Sha ni. Gambar yang ana ambil ni waktu keluar makan sebelum PKP 2.0 lagi dulu,upload dah di FB dan IG sebagai tanda penghargaan buat adik blogger kesayangan ramai ni. Ini merupakan hadiah kedua ana terima dari Sha, yang pertama dahulu Sha hadiahkan kakaknya ni sepasang kain pasang songket Ganu. Kali ini dapat pula Jute Bag custom made dengan nama Anajingga . 


jute bag

Alhamdulillah , seronok dapat Jute Bag comel ni dan mudah kalau ada sebab sekarang ni nak keluar sebolehnya semua benda kita akan bawa sendiri dari rumah. Dengan adanya Jute Bag ni senang nak isi kain telekung, sejadah, sanitizer dan sebagainya. Lagi pun tengah trend kan bawa Jute Bag ni di mana-mana. Hadiah Jute Bag ni ana menang dalam penyertaan Giveaway anjuran page Sha Your Jute Bag. Dan sudah tertulis rezeki kak ana sebagai salah seorang pemenang. 

jute bag

Kalau korang teringin nak ada juga jute bag comel macam ana punya ni , boleh lah usyaa-usyaa di FB Your Jute Bag . Korang boleh cetak nama sendiri, warna pilihan dan font untuk dekorasi jute bag masing-masing. Nanti Sha akan pos terus kepada korang. Ana pun dah tempah sebuah lagi Jute Bag dari Your Jute Bag ni dah hadiahkan buat kawan baik ana di Penang sempena birthdaynya. Memang cepat je Sha buat kan dan pos. 

Semoga Sha terus sukses dalam segala bidang yang di ceburinya sama ada dalam kerjaya, blogger dan juga bisnes Sha. Selain dari Jute Bag ana pun dah beberapa kali beli kain batik cantik-cantik dari Sha kerana Sha juga dropship Batik Raifali . Wah kan main adik manis kakak ni sekarang. Bagi yang tak mengenali Sha lagi boleh lah berkenalan dengannya di www.shalimaryusof.com

10 Comments

  1. ALHAMDULILLAH TAHNIAH DPT HADIAH JUT BAG YG CANTIK SIAP ADA NAMA LAGI

    ReplyDelete
  2. cantik!!! congrats dpt hadiah :)

    ReplyDelete
  3. Catik jute bag tu. Tahniah dapat hadiah!

    ReplyDelete
  4. Seronok terima hadiah kan Ana?
    Boleh terus guna.

    ReplyDelete
  5. Wahh lawa . .memang trens sekarang ni pakai jute bag . Tapi best jugak jute bag ni. Tahan lama .xmudah koyak or trputus

    ReplyDelete
  6. Nice!.. skrg ni mmg trend bag ni ye.. :)

    ReplyDelete
  7. Menarik hadiah tu. Ada custom buh nama. Boleh bawa pergi beli barang dapur.

    ReplyDelete
  8. tahniah.. cantiknya jute bag tu

    ReplyDelete