Ada kisah di sebalik kek hari lahir mak yang ke 82 tahun ini. Pertama kalinya pasti lah ana bersyukur yang teramat ke hadrat Allah swt kerana mengizinkan usia mak hingga ke saat entri ni di terbitkan. Alhamdulillah kami adik beradik dan menantu serta cucu nya masih berpeluang bermanja dan merasai kasih sayang mak dan opah pada cucu-cucunya. Satu pinjaman usia yang terlalu bernilai dariNya. Semoga sepanjang usianya sentiasa di dalam keredhaan Allah swt jua, aamiin Ya Rabb.

Kembali kepada kisah kek jelita marble yang cantik ni, ana tempah 4 hari sebelum hari lahir mak. Hari lahir mak pada 28hb Januari yang lalu. Ana dapat contact seller ni pun dari FB I love TI. Dapat whatsapp link terus hubungi dan bayar siap tempahan sekali COD. Ini kerana waktu ini kita semua masih dalam MCO 2.0 atau PKP 2.0. Bermakna mak dan abah sahaja berdua di kampung untuk sambut birthday mak dan juga dua orang mak saudara ana di sana. 


kek hari lahir mak

Ana pilih kek marble jelita sebab nak kan plain cake sahaja tanpa krim kerana mak tak berapa tahan makan kek yang berkirm atas faktor usianya. Seperti biasa ana akan bagitahu abah awal-awal jika ada apa-apa yang kami beli online dan nak kirim padanya kerana abah akan tunggu courier sampai. 

Namun siapa menduga, petang sehari sebelum hari lahir mak, abah yang ke HTI untuk pemeriksaan rutin setiap 3 bulan di tahan di wad kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah. Adik yang dapat tahu terus mohon ke balai dan balik dengan rentas daerah kerana di kampung waktu PKP ni cuma mak berdua dengan abah di rumah. Malam tu ana dah tak lena tidur memikirkan kesihatan abah dan sama ada kami dapat kebenaran juga untuk rentas negeri esok pagi. 

Walaupun keadaan abah stabil dan cuma doktor nak pantau kandungan gula dalam darah untuk beberapa hari tapi hati tetap tak tenang selagi tak lihat keadaan abah dan mak depan mata. Ana tahu waktu sekarang ni memang tak di benarkan menemani atau melawat pesakit, lagi lah hati tak keruan jadinya. 

Alhamdulillah pagi 28hb Jan 2021, ana dan suami mendapat permit rentas negeri untuk melihat keadaan abah dan mak di kampung. Ana dah terbit kannya di SINI bagaimana cara mendapatkan permit rentas negeri untuk rujukan sesiapa sahaja yang senasib dengan ana di waktu PKP ini. Hanya mereka yang berada dalam situasi seperti ini sahaja yang faham kenapa seseorang itu perlu rentas sekiranya mak ayah di kampung tidak sihat di masukkan ke hospital dan sebagainya. Bukan semua yang rentas dan balik kampung tu dengan tujuan suka-suka , tidak. Berhati-hatilah dengan apa yang kita cakap, yang kita komen dan posting di media sosial kerana bimbang akan terjadinya fitnah di akhir zaman ini. 

Dengan permit kebenaran rentas negeri kami sampai ke kampung dan walau pun demikian kami tetap menjaga SOP sebaik mungkin. Tiada salam dengan mereka dan tidak berkunjung malah singgah dalam perjalanan pun tidak. Terus dari balai ke rumah. Bersihkan diri berbual pun dalam jarak yang jauh dengan mereka. Petang tu waktu melawat dapatlah ana seorang masuk ke wad bertemu abah. Itupun dengan kebenaran pengawal dengan alasan menghantar makanan dan wad tertentu sahaja di benarkan masuk dalam masa yang terhad. 

Lega bila dah berjumpa sendiri dengan abah, bekalkan facemask dan sanitizer secukupnya. Dapat menatap wajahnya seketika pun dah terubat rindu dan syukur juga abah nampak sihat dan boleh uruskan dirinya di wad sendiri. 

Hampir dah lupa tentang hari lahir mak pada hari ini sehingga lah dapat call dari seller nak hantar kek. Lewat juga sampai kek dah nak masuk waktu Maghrib baru sampai runner ke rumah. Ana sendiri yang terima kek. Itulah rezeki namanya di sebalik musibah ada hikmahnya bila ana , suami dan adik dapat sama-sama sambut hari lahir mak walaupun dalam situasi yang tidak menyeronokkan tanpa abah di rumah. 

Itulah kisah di sebalik kek hari lahir mak tahun ini. Selamat hari lahir mak yang ke 82 tahun. Mak masih mampu mengurus diri sendiri di usianya ini, masak dan uruskan rumah dengan bantuan abah, menunaikan solat walau dalam posisi duduk semua itu dah cukup memadai bagi kami . Semoga mak sentiasa di dalam limpahan kasih sayang Allah swt dan diberikan kesihatan yang baik di dalam redha Nya jua. 

Keesokkannya selepas membeli keperluan mak dan abah di rumah, kami bertolak balik kerana perlu sampai ke destinasi sebelum bertukar tarikh selepas 48 jam. Alhamdulillah adik masih ada di kampung menemani mak sehingga lah abah dibenarkan balik pada keesokkan harinya selepas dua malam berada di wad 2C HTI. 

Ianya akan menjadi kenang-kenangan buat kami semua, atas setiap ujian yang hadir di waktu yang tak terduga. Sama-sama lah kita mendahulukan mak ayah di setiap kesempatan yang berbaki kerana kita tidak tahu bila kah kali terakhir kita dapat berbakti pada mereka berdua. Entah kita entah mereka yang akan pergi menemui Tuhan ... 

22 Comments

  1. Sanah Helwah buat mak Ana.. Ketentuan Allah.. Kami adik beradik dah yatim piatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih SS , alhamdulillah hingga saat ini masih diizinNya

      Delete
  2. selamat ulangtahun kelahiran buat mak Kak Ana. betul kak bila melibatkan kesihatan mak ayah, risau hati mikirkan cara untuk rentas balik kampung T__T

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah untuk mak kak Ana.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga makcik diberi kesihatan dan umur yang panjang

    ReplyDelete
  5. Jelitanya kek tu K.Ana seindahnya hehehe...
    Alhamdulillah kalau betul caranya pasti pihak berwajib akan benarkan kita rentas negeri. Samalah dengan Mrs. A adik-beradik kalau tiba masa nak hantar mak ke klinik check-up akan minta ke balai minta kebenaran rentas negeri/daerah dulu.

    ReplyDelete
  6. Happy birthday makcik. Comelnya cake tu.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir mak Ana yang ke 82 tahun. Mak Amie 83 tahun 3/2 lepas. Moga mak Ana sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga, anak cucu dan menantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin selamat ulang tahun kelahiran juga buat bonde Amie

      Delete
  8. jauh dimata tapi dekat dihati kan...semoga kesihatan kedua-duanya bertambah baik hendaknya :)

    ReplyDelete
  9. Jelita kek marble tu. Selamat harijadi makcik. Ayah kak ana dah sembuh ke? Harap keduanya sihat

    ReplyDelete
  10. ammi bersyukur dapat pulang rumah mama sebelum PKP sebab dah tau mama nak buat operaiton. Dan syukur juga sebab doctor dan izinkan sorang utk jaga mama lepas operation. Kalau tak tu rasa tak keruan sungguh...asyiklah terpikir macam mana mama nak gerak, macam mana nak ambil air, macam mana nak gi toilet.

    org tak paham akan kata... waktu pkp pun nak ngelat rentas negeri. hmmmmm.

    semoga ayah & mak AJ sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ammi dipermudahkanNya jua buat kita dalam urusan menjaga mak ayah di kampung dan urusan rentas ni. Aamiin terima kasih atas doa Ammi buat mak dan ayah kak AJ

      Delete